Skip to content

“CINTA HATI KAMI” - MALUMA KINI BERGELAR BAPA

“CINTA HATI KAMI” – MALUMA KINI BERGELAR BAPA

Kongsikan artikel ini

Bintang Latin, Maluma dan teman wanita, Susana Gomez baru saja menerima kehadiran orang baru dalam hidup mereka.

Dalam satu perkongsian di Instagram, pelantun lagu Coco Loco itu mengumumkan bahawa anak perempuannya selamat dilahirkan pada 9 Mac lalu.

“Pada 9 Mac jam 8.23 pagi, cinta hati kami Paris Londono Gomez dilahirkan ke dunia. Terima kasih atas segala ucapan dan doa daripada kalian semua.

Susana, terima kasih kerana menjadikan impian terbesar saya untuk bergelar bapa satu kenyataan. Saya tidak akan melupakan momen terindah ini,” tulisnya dalam bahasa Sepanyol.

Dalam hantaran tersebut, dia memuat naik tiga foto puterinya dalam versi hitam-putih.

anak Maluma

Rakan Selebriti Meraikan Kegembiraan Maluma

Perkongsian ini mengundang ucapan tahniah dan komen daripada rakan artis termasuk J Balvin, Diplo, Prince Royce, Wisin dan Paris Hilton.

“Tahniah! Paris sudah pun mendapat teman lelaki, kamu pun tahu. Rio bakal membuka langkah,” tulis J Balvin, merujuk kepada anak lelakinya Rio yang berusia tiga tahun.

“Papa Luma,” tambah Diplo manakala Wisin pula memberi komen, “Tahniah… Cinta luar biasa.” Sosialit dan usahawan Paris Hilton pula menulis, “Tahniah Maluma! Selamat datang ke kelab! Saya suka namanya!”

Foto: Getty Images

Maluma mendedahkan tentang kehamilan teman wanitanya pada Oktober 2023 ketika mengadakan konsert jelajah Don Juan. Pengumuman itu diikuti dengan video muzik yang mendokumentasikan perhubungan cintanya dengan Susana.

Pasangan ini bertemu buat kali pertama di set penggambaran video muzik pada 2017. Persahabatan mereka berkembang menjadi percintaan selepas tiga tahun dan mereka sah menjadi pasangan kekasih pada Ogos 2020.

 

Foto: Haute Living/Instagram

Pautan berkaitan: RANVEER SINGH & DEEPIKA PADUKONE BAKAL TIMANG ANAK SULUNG

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

HENRY GOLDING KINI BAPA KEPADA DUA CAHAYA MATA

HENRY GOLDING KINI BAPA KEPADA DUA CAHAYA MATA

Bacaan Lanjut
HILANG 25KG BERAT BADAN, POST MALONE HANYA AMALKAN SATU RAHSIA INI

HILANG 25KG BERAT BADAN, POST MALONE HANYA AMALKAN SATU RAHSIA INI

Bacaan Lanjut
5 TETAMU STYLISH DI MEN’S FASHION WEEK

5 TETAMU STYLISH DI MEN’S FASHION WEEK

Bacaan Lanjut
MARC ANTHONY DIKURNIA ANAK KETUJUH PADA HARI BAPA

MARC ANTHONY DIKURNIA ANAK KETUJUH PADA HARI BAPA

Bacaan Lanjut
5 SELEBRITI INI MEMEGANG STATUS BAPA SEBELUM MENCECAH USIA 20 TAHUN

5 SELEBRITI INI MEMEGANG STATUS BAPA SEBELUM MENCECAH USIA 20 TAHUN

Bacaan Lanjut
SONG JOONG KI BERGELAR BAPA BUAT KALI PERTAMA

SONG JOONG KI BERGELAR BAPA BUAT KALI PERTAMA

Bacaan Lanjut