HENRY GOLDING KINI BAPA KEPADA DUA CAHAYA MATA
Dalam diam-diam aktor Crazy Rich Asians, Henry Golding rupanya telah pun menyambut kehadiran anak kedua bulan lalu.
Khabar gembira itu dikongsi Henry Golding dan isterinya, Liv Lo dalam satu hantaran di Instagram. Puteri kedua mereka dilahirkan pada 9 September 2023.
“Proses kelahiran penuh dengan pahit manis, namun ia tidak dapat menandingi kehebatannya. Ini pengalaman kami fit-sphere.com,” tulis mereka.
Video montaj yang dimuat naik menunjukkan momen-momen indah keluarga kecil mereka di hospital. Dari proses kelahiran, sehinggalah detik puteri mereka dibawa pulang ke rumah buat kali pertama.

Foto: The Star
Anak Kedua Henry Golding Mengalami Komplikasi
Di laman web kesihatan Fitsphere, Liv Lo berkongsi lebih lanjut tentang anak keduanya termasuk masalah yang dialami selepas dilahirkan.
“Selepas tiga kali meneran, Florence Likan Golding seberat 3.18 kilogram selamat dilahirkan jam 9.03 pagi pada 9/9/23,” tulisnya.
Dia menambah, puterinya terpaksa diberi antibiotik selama sepuluh hari kerana mengalami kesukaran bernafas.
“Hampir dua minggu pertama dalam hidupnya, dia perlu berada di NICU (Unit Perawatan Intensif Neonatal),” tulisnya.
Liv Lo turut ditahan di hospital tiga hari selepas bersalin kerana mengalami jangkitan darah. Syukur kedua-duanya kini telah pulih sepenuhnya.
Henry Golding dan isterinya mengikat tali perkahwinan pada 20 Ogos 2016 di sebuah resort di Sarawak. Mereka dikurnia anak sulung, Lyla lima tahun kemudian.
Dalam temu bual bersama Good Morning America pada Julai 2021, aktor Iban-Inggeris itu berkata menjadi bapa meletakkan segala-galanya dalam perspektif sempurna.
“Ia membuatkan saya betul-betul fokus pada perkara yang benar-benar penting dalam hidup.”

Foto: Instagram
Foto: Getty Images
Pautan berkaitan: HENRY GOLDING ANTARA 10 LELAKI TERKACAK DUNIA, SIAPA DI TANGGA PERTAMA?
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 AKTOR YANG MENIMANG CAHAYA MATA SULUNG PADA USIA LEBIH 50-AN
Ramai selebriti memilih untuk memulakan keluarga pada lewat usia kerana bimbang komitmen akan mengganggu perjalanan kerjaya.
CRAZY RICH ASIANS BAKAL MUNCUL DENGAN DRAMA SEKUEL
Naskah arahan Jon M. Chu yang ditayangkan di layar perak pada 2018 ini bakal diterbitkan dalam bentuk drama.
“SATU DETIK PENTING DALAM PERJALANAN SEBAGAI BAPA ADALAH KETIKA ANAK PERTAMA ALIF DILAHIRKAN.” – ALIF SATAR
Duta Garmin Malaysia, Alif Satar berkongsi mengenai perjalanannya sebagai seorang bapa, dipengaruhi oleh hubungan rapat bersama bapanya sendiri.
10 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG JUN 2024
Dari filem buatan Malaysia berjudul “Abang Adik” kepada siri Joko Anwar’s Nightmares and Daydreams” yang menakutkan, laman penstriman utama membariskan 10 rancangan yang ‘must watch’ sepanjang Jun 2024.
HENRY GOLDING TERAJUI FILEM SERAM PSIKOLOGI HEAD GAMES DI SAMPING SAMUEL L. JACKSON
Henry Golding menggalas watak utama sebagai pengintip korporat yang menyamar sebagai chef peribadi kepada bekas pengasas firma neuroprostetik.
“CINTA HATI KAMI” – MALUMA KINI BERGELAR BAPA
Bintang Latin, Maluma dan teman wanita, Susana Gomez baru saja menerima kehadiran orang baru dalam hidup mereka.