Skip to content

REZEKI RAMADAN! CAPRICE TIMANG CAHAYA MATA SULUNG

REZEKI RAMADAN! CAPRICE TIMANG CAHAYA MATA SULUNG

Kongsikan artikel ini

Lebih dua tahun mendirikan rumah tangga, Caprice dan isteri, Farra Inalis selamat menyambut kelahiran anak pertama mereka pada Ahad lalu bersamaan 6 Ramadan.

Berita gembira itu dikongsikan menerusi satu perkongsian di Instagram. Caprice memuat naik sebuah vido pendek yang memperlihatkan dia sedang mendukung bayinya yang baru dilahirkan ke dunia.

“17 Mac, Alhamdulillah Lil Cappy selamat dilahirkan. Salam Malaysia,” tulisnya ringkas. Pemilik nama Ariz Ramli ini tidak berkongsi butiran lanjut. Namun di ruangan komen, dia mendedahkan dia dan isteri dikurniakan anak lelaki.

Foto: Instagram

Menerusi satu perkongsian di Instagram Story, penyanyi dan aktivis kemanusiaan ini berkata dia dan isteri masih mencari nama yang sesuai. Malah pasangan ini turut meminta cadangan beberapa nama yang baik daripada pengikut.

Kegembiraan Caprice Dirasai Peminat & Rakan Artis

Perkongsian itu mengundang keterujaan peminat dan rakan seindustri yang membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah dan doa.

Fizo Omar menulis, “Congrats bro! Welcome to the club,” manakala Catriona Ross pula menambah, “I’m just so happy for you.”

Pelantun lagu Kau Hade ini sempat merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang menitipkan doa baik-baik buat keluarga kecilnya. “Terima kasih untuk segala doa dan ucapan, baru sempat baca semua. Ia sangat bermakna buat kami. Syukur Alhamdulillah.”

caprice

Foto: Instagram

Caprice berkongsi berita kehamilan isterinya kepada umum pada September tahun lalu. Pasangan ini disatukan sebagai suami isteri dalam satu majlis tertutup pada November 2021. Farra juga memiliki seorang puteri, Aleesya Sofea hasil perkahwinan terdahulu.

 

Pautan berkaitan: “CINTA HATI KAMI” – MALUMA KINI BERGELAR BAPA

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

SELEBRITI YANG MENIMANG ‘ANAK RAMADAN’ PADA 2024

SELEBRITI YANG MENIMANG ‘ANAK RAMADAN’ PADA 2024

Bacaan Lanjut
DALER YUSUF KINI BAPA KEPADA EMPAT CAHAYA MATA

DALER YUSUF KINI BAPA KEPADA EMPAT CAHAYA MATA

Bacaan Lanjut
REZEKI RAMADAN! CAPRICE TIMANG CAHAYA MATA SULUNG

“SIAPA SANGKA SIFAT BARAN SAYA RUPANYA BERPUNCA DARI…” – CAPRICE SAHKAN DIRINYA MENGHIDAP PENYAKIT

Bacaan Lanjut
CAPRICE - DI SEBALIK FIGURA YANG BERJIHAD DENGAN CARA TERSENDIRI

CAPRICE – DI SEBALIK FIGURA YANG BERJIHAD DENGAN CARA TERSENDIRI

Bacaan Lanjut