Skip to content

Coach Malaysia

COACH LANCAR INSTALASI IMERSIF RAMADAN DI PAVILION KL

Kongsikan artikel ini

Musim perayaan ini, Coach melancarkan instalasi imersif Ramadan dengan menampilkan beg tangan Quilted Tabby gergasi untuk pengalaman beli-belah bespoke yang mengujakan.

Ramadan tiba penuh keterujaan. Buat kali kedua, Coach meraikan kehadiran musim perayaan dengan melancarkan pengalaman beli-belah yang tersendiri di Malaysia. Label asal kota New York ini melancarkan instalasi imersif Ramadan 2024 dengan pengalaman interaktif dan rangkaian produk ikonik di perkarangan pusat beli-belah Pavilion Kuala Lumpur.

coach ramadan

Dengan menggabungkan tradisi tempatan dan semangat optimistik cara kota New York, Coach membawakan pengalaman beli-belah yang luar biasa. Beg tangan ikonik Coach yang timeless, Quilted Tabby diterjemahkan dengan saiz gergasi untuk meraikan setiap pengunjung yang hadir ke pintu utama pust beli-belah di Bukit Bintang itu. Sempena dengan kemeriahan Ramadan, instalasi unik ini turut membawakan pengalaman seni digital yang imersif. Ia diintergrasikan dengan motif-motif seperti bintang, bulan sabit pada paten quilted.

Buat peminat permainan video, Coach juga menyediakan pengalaman permainan digital yang diciptakan eksklusif untuk musim perayaan ini. Pengunjung yang menyertai permainan video ini berpeluang untuk memenangi sebuah beg tangan Quilted Tabby. Instalasi ini turut menampilkan sebuah troli yang menawarkan bungkusan kurma percuma kepada pengunjung untuk berbuka puasa Ramadan ini. Troli ini hanya dibuka dari Jumaat hingga hari Ahad sahaja.

coach pavilion kl

Inspirasi Coach “The Courage to Be Real”

Coach menyelami koleksi musim Spring 2024 melalui penceritaan mencari sisi keberanian. Dalam menterjemahkan definisi menjadi diri sebenar dengan cara tersendiri, instalasi ini merakamkan eksplorasi “The Courage to Be Real” terbaharu. Lantas, Coach berharap dapat menginspirasikan setiap pengunjung untuk mengekspresikan setiap sisi diri mereka yang sebenar. Denagn menampilkan pengalaman fizikal serta digital, instalasi dengan beg tangan Quilted Tabby gergasi ini dapat menjadi platform untuk mendekati koleksi Coach terbaharu sambil mengekspresikan diri mereka nanti.

Barisan selebriti dan bintang media sosial tempatan turut sama memeriahkan pengalaman instalasi Coach Ramadan tabun ini. Antaranya Sean Lee, Anna Jobling, Iyzdham, Cik Manggis, Zhen Ning dan kumpulan DOLLA. Tidak ketinggalan Sophia Liana, Hawa Rizwana, Jack Goar, Gajen, Yasmin Aziz dan ramai lagi.

Pengunjung dialukan untuk menyertai pengalaman unik instalasi imersif Ramadan ini bermula 14 Mac sehingga 14 April di Pavilion KL. Dan, jangan lupa untuk singgah ke butik Coach untuk melihat dengan lebih dekat koleksi Spring 2024. Kesemua stor Coach di seluruh Malaysia akan ditransformasikan menjadi destinasi beli-belah yang unik. Ia diinspirasikan daripada seleksi warna-warna terang dan motif dekorasi daripada koleksi terbaharu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by GLAM Lelaki (@glamlelaki)

 

Baca lebih lanjut: COACH KINI MEMBUKA THE COACH RESTAURANT PERTAMANYA DI JAKARTA

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

glam fashion party 2024

20 GAYA SELEBRITI WANITA TERBAIK DI GLAM X GLAM LELAKI FASHION PARTY 2024 

Bacaan Lanjut
Glam Lelaki Fashion Party 2024

25 GAYA SELEBRITI LELAKI TERBAIK DI GLAM X GLAM LELAKI FASHION PARTY 2024  

Bacaan Lanjut

NADHIR NASAR, THE LUCKY STRIKE!

Bacaan Lanjut

COACH KINI MEMBUKA THE COACH RESTAURANT PERTAMANYA DI JAKARTA

Bacaan Lanjut
Coach Fall 2024

LIVESTREAM – SAKSIKAN PEMENTASAN COACH FALL 2024 DI SINI

Bacaan Lanjut
Sisley Malaysia

SISLEY BUKA STOR FLAGSHIP PERTAMA DI MALAYSIA

Bacaan Lanjut