POWER COUPLE DI MALAYSIA: 6 PASANGAN YANG MENJADI TUMPUAN RAMAI
Power couple di Malaysia cukup ramai dalam kalangan pasangan selebriti dalam industri. Setiap dari mereka cukup menawan dan ikonik.
Dalam dunia hiburan, ada pasangan yang bukan sahaja mencuri perhatian kerana kisah cinta mereka. Malah, memberi inspirasi menerusi kerjaya, pengaruh dan gaya hidup. Sama ada sebagai pasangan selebriti, figura fesyen mahupun ikon media sosial, mereka berjaya membina jenama tersendiri sehingga menjadi antara pasangan paling berpengaruh di Malaysia. Disamping menjadi selebriti dan figura dalam dunia seni, setiap dari mereka menerima satu sokongan yang sama, dari pasangan masing-masing.
Berikut merupakan enam power couple di Malaysia yang terus menjadi perhatian ramai.
#1 Awal Ashaari & Scha Al-Yahya
Apabila bercakap tentang power couple di Malaysia, nama Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya sememangnya berada dalam senarai teratas. Sejak mendirikan rumah tangga pada tahun 2012, pasangan ini terus menjadi inspirasi menerusi kerjaya, gaya hidup serta cita rasa fesyen yang sentiasa menjadi perhatian. Selain aktif dalam dunia hiburan, mereka juga berjaya membina empayar perniagaan dan sering bekerjasama dengan jenama-jenama antarabangsa. Kehidupan keluarga mereka bersama dua cahaya mata, Lara Alana dan Lyla Amina. Kedua-dua anak gadis mereka turut mendapat perhatian ramai menerusi media sosial, menjadikan mereka antara keluarga selebriti paling berpengaruh di Malaysia.
#2 Syed Saddiq & Bella Astillah
Nama Syed Saddiq dan Bella Astillah menjadi antara topik paling hangat diperkatakan sepanjang tahun ini. Selepas mengumumkan pertunangan mereka pada Mac 2026, pasangan ini terus menerima sokongan daripada peminat yang mengikuti perkembangan hubungan mereka. Selepas keputusan mahkamah yang memihak kepada Syed Saddiq, ramai menjangkakan pasangan ini akan meneruskan perancangan menuju alam perkahwinan. Walaupun masih belum mengumumkan tarikh rasmi, kemunculan mereka bersama sering mencuri perhatian dan menjadikan mereka antara pasangan paling popular di Malaysia ketika ini. Hubungan rapat Syed Saddiq bersama anak-anak Bella turut menjadi perhatian dan dia digelar figura bapa buat mereka.
Baca: SYED SADDIQ DAN BELLA ASTILLAH BUKTIKAN ‘POWER COUPLE’ MASIH RELEVAN
#3 Fattah Amin & Amira Othman
Fattah Amin dan Amira Othman turut menjadi antara pasangan yang sering menjadi bualan ramai. Bermula sebagai rakan sekerja, hubungan mereka berkembang sehingga membawa kepada perkahwinan, sekali gus membuka lembaran baharu dalam kehidupan mereka sebagai suami isteri. Kini, pasangan ini juga dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, menjadikan kehidupan mereka sebagai sebuah keluarga semakin lengkap. Selain aktif dalam bidang lakonan dan muzik, kedua-duanya sering menjadi pilihan jenama tempatan serta antarabangsa untuk pelbagai kempen fesyen dan gaya hidup.
#4 Aiman Hakim Ridza & Zahirah Macwilson
Dari segi visual dan gaya, Aiman Hakim Ridza dan Zahirah Macwilson sememangnya antara pasangan paling menyerlah dalam industri hiburan tempatan. Setiap penampilan mereka di acara fesyen, karpet merah atau media sosial sentiasa menerima pujian daripada peminat. Selain memiliki kerjaya yang kukuh sebagai pelakon, mereka juga dikenali sebagai pasangan yang mementingkan keluarga. Kehidupan mereka bersama anak-anak sering dikongsi secara sederhana, sekali gus menjadikan mereka antara pasangan selebriti yang sentiasa mendapat tempat di hati peminat.
#5 Sky Iskandar & Nia Atasha
Sky Iskandar dan Nia Atasha merupakan antara pasangan yang cukup sinonim dengan dunia fesyen. Kedua-duanya memulakan kerjaya sebagai model sebelum mengembangkan bakat ke bidang lakonan, sekali gus menjadikan mereka antara wajah baharu yang semakin mendapat perhatian. Dengan gaya yang moden dan penuh karakter, pasangan ini sering menjadi pilihan jenama fesyen serta kecantikan untuk pelbagai kempen. Kehadiran mereka dalam industri membuktikan bahawa mereka bukan sahaja mempunyai rupa paras menarik, malah turut memiliki potensi besar dalam dunia hiburan.
#6 Karel Susanteo & Anna Jobling
Hubungan Anna Jobling bersama pelakon dan penyanyi muda Indonesia, Karel Susanteo, turut menjadi perhatian peminat di Malaysia dan Indonesia. Selepas sekian lama menjadi tanda tanya, Anna akhirnya mengesahkan bahawa mereka sedang mengenali hati budi masing-masing. Menurut Anna, personaliti Karel merupakan antara faktor yang membuatkan dirinya tertarik. Walaupun hubungan mereka masih di peringkat awal dan belum bersedia untuk melangkah ke fasa yang lebih serius, pasangan ini terus menerima sokongan daripada peminat yang menyukai keserasian mereka.
Setiap pasangan mempunyai perjalanan dan kisah cinta yang tersendiri. Ada yang sudah lama membina keluarga, ada juga yang masih berada di fasa awal hubungan. Namun, satu perkara yang pasti, keenam-enam pasangan ini berjaya membuktikan bahawa mereka bukan sekadar pasangan romantis. Malah, mereka turut menjadi ikon dalam bidang masing-masing melalui pengaruh, kerjaya dan gaya hidup yang memberi inspirasi kepada ramai.
Pautan berkaitan: TAHNIAH! FATTAH AMIN & IKMAL AMRY SAMBUT KEHADIRAN AHLI KELUARGA BAHARU
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
SYED SADDIQ DAN BELLA ASTILLAH BUKTIKAN ‘POWER COUPLE’ MASIH RELEVAN
Antara pasangan yang mendapat gelaran power couple pada tahun ini ialah Syed Saddiq dan Bella Astillah yang cukup sepadan.
KINI SYED SADDIQ BEBAS DARI TUDUHAN, BELLA ASTILLAH TURUT HADIR TANDA SOKONGAN
Syed Saddiq kembali ke Istana Kehakiman untuk meneruskan perjuangan dan diiringi dengan sokongan dari ibu bapanya dan Bella Astillah.
TAHNIAH! FATTAH AMIN & IKMAL AMRY SAMBUT KEHADIRAN AHLI KELUARGA BAHARU
Berita gembira hadir apabila dua GL Boys, Fattah Amin dan Ikmal Amry berkongsi khabar bahagia mengenai kelahiran cahaya mata mereka.
JAZMY JUMA DAN ANNA JOBLING BAWA WATAK UTAMA DALAM “YES! CAPTAIN ZUL AARYAN”
Jazmy Juma akan muncul dalam drama terbaharu bertajuk Yes! Captain Zul Aaryan. Bergandingan dengan Anna Jobling dan ia bakal mencetus fenomena baharu.
5 SELEBRITI POPULAR MENGHADIRI MAJLIS PERTUNANGAN SYED SADDIQ & BELLA ASTILLAH
Majlis pertunangan Syed Saddiq dan Bella Astillah bukan sahaja mencuri perhatian kerana pasangan tersebut, tetapi juga kehadiran barisan selebriti terkenal yang tampil anggun dan bergaya.
SYED SADDIQ DAN BELLA ASTILLAH BERTUNANG PADA 28 MAC 2026
Hampir 4 tahun berkenalan, pasangan kesukaan ramai, YB Syed Saddiq dan Bella Astillah bakal bertunang pada 28 Mac 2026.











