KINI SYED SADDIQ BEBAS DARI TUDUHAN, BELLA ASTILLAH TURUT HADIR TANDA SOKONGAN
Syed Saddiq kembali ke Istana Kehakiman untuk meneruskan perjuangan dan diiringi dengan sokongan dari ibu bapanya dan Bella Astillah.
Bella Astillah hadir ke Istana Kehakiman, Putrajaya seawal pagi bagi memberikan sokongan kepada tunangnya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Syed Saddiq kini menanti keputusan rayuan akhir membabitkan empat pertuduhan jenayah berkaitan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada). Syed Saddiq merupakan Ahli Parlimen Muar, juga baru bertunang pada bulan Mac yang lalu.
Bella Astillah tiba sekitar jam 7.30 pagi dengan mengenakan jubah bercorak rona putih dan biru sambil ditemani ahli keluarga. Meskipun menjadi perhatian media yang berkumpul di pekarangan mahkamah, dia memilih untuk tidak mengulas panjang mengenai prosiding yang bakal berlangsung.
“Insya-Allah… saya sentiasa mendoakan yang terbaik,” katanya ringkas ketika ditemui pemberita.
Apabila ditanya mengenai harapannya terhadap keputusan yang bakal diumumkan, Bella enggan memberikan sebarang kenyataan lanjut. Turut dilihat hadir memberikan sokongan ialah ibu bapa Syed Saddiq, Syed Abdul Rahman Syed Abdullah dan Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz.
Bella turut menunjukkan tanda sokongan terhadap tunangnya di akaun Instagram miliknya semalam dengan kapsyen “Tak banyak yang ingin saya katakan.
Hanya doa dan harapan agar segala urusan esok dipermudahkan, hati terus dikuatkan, dan kebenaran berpihak pada yang benar. Mohon titipkan doa yang baik-baik buat YB Syed Saddiq. Bismillah, Allah SWT Maha Adil dan saya percaya setiap doa yang baik dari orang baik2 tidak akan pernah sia-sia. InshaAllah amiin yra🤲🏻.”
Keputusan Rayuan Akhir Ditunggu
Mahkamah Persekutuan dijadualkan menyampaikan keputusan rayuan akhir pendakwaan terhadap pembebasan Syed Saddiq pada jam 9 pagi. Tiga panel hakim yang mendengar kes tersebut terdiri daripada Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Seri Abu Bakar Jais, Hakim Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali dan Datuk Collin Lawrence Sequerah.
Keputusan ini sebelum ini dijadualkan diumumkan pada 30 Jun lalu. Namun, ia ditangguhkan selepas seorang daripada anggota panel tidak dapat menghadiri prosiding kerana cuti sakit. Rayuan berkenaan melibatkan keputusan Mahkamah Rayuan yang sebelum ini. Keputusan sebelum ini membenarkan rayuan Syed Saddiq untuk mengetepikan sabitan serta hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan dan denda RM10 juta yang diputuskan Mahkamah Tinggi pada November 2023.
Empat Pertuduhan Yang Dihadapi
Syed Saddiq berdepan empat pertuduhan membabitkan dakwaan bersubahat melakukan pecah amanah dana Armada berjumlah RM1 juta. Selain itu, salah guna harta serta dua pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan pemindahan dana ke akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya.
Keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini bakal menjadi penentu sama ada Syed Saddiq akan kekal bebas atau diarahkan menjalani hukuman atas pertuduhan-pertuduhan tersebut.
Sementara itu, kehadiran Bella Astillah di mahkamah mencerminkan sokongan peribadinya terhadap tunang ketika berdepan detik penting dalam perjalanan kes yang telah mendapat perhatian meluas masyarakat sejak beberapa tahun lalu.
Syed Saddiq Disahkan Bebas
Kes Syed Saddiq berakhir dengan kebebasannya daripada empat pertuduhan yang dihadapi. Walaupun Hakim Abu Bakar tidak bersetuju dengan dapatan Mahkamah Rayuan, dua lagi hakim dalam panel berkenaan memutuskan bahawa Mahkamah Rayuan tidak melakukan sebarang kesilapan dalam keputusannya.
“Sekarang anda sudah tahu keputusan ini memihak kepada anda dengan majoriti, harap-harap perancangan itu dapat diteruskan,” kata Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah, yang dipercayai merujuk kepada perancangan perkahwinan Syed Saddiq. Keputusan tersebut sekali gus mengekalkan status Syed Saddiq sebagai bebas daripada empat pertuduhan berkaitan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram.
Pautan berkaitan: SYED SADDIQ DAN BELLA ASTILLAH BERTUNANG PADA 28 MAC 2026
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 SELEBRITI POPULAR MENGHADIRI MAJLIS PERTUNANGAN SYED SADDIQ & BELLA ASTILLAH
Majlis pertunangan Syed Saddiq dan Bella Astillah bukan sahaja mencuri perhatian kerana pasangan tersebut, tetapi juga kehadiran barisan selebriti terkenal yang tampil anggun dan bergaya.
SYED SADDIQ DAN BELLA ASTILLAH BERTUNANG PADA 28 MAC 2026
Hampir 4 tahun berkenalan, pasangan kesukaan ramai, YB Syed Saddiq dan Bella Astillah bakal bertunang pada 28 Mac 2026.
5 SEBAB YB SYED SADDIQ SEORANG IKON MASA KINI
YB Syed Saddiq merupakan antara ahli politik dari generasi kini yang sering menjadi perhatian masyarakat di Malaysia. Ketahu lima sebab kukuh mengapa Syed Saddiq seorang ikon masa kini.
#THROWBACK GAMBAR PHOTOSHOOT SYED SADDIQ BERSAMA GLAM LELAKI (2017 & 2018)
Cover Julai 2018 GLAM Lelaki mencipta sejarah tersendiri apabila menampilkan Syed Saddiq sebagai wajah penghias buat kali pertama.
MOMEN MANIS SYED SADDIQ & BELLA ASTILLAH DI MEDIA SOSIAL
Peminat melihat hubungan mereka sebagai sesuatu yang positif kerana kedua-duanya menunjukkan sikap saling menghormati dan memberi inspirasi.
5 PODCAST UNTUK TEMANI PETANG ANDA SEMENTARA MENUNGGU WAKTU BERBUKA
5 podcast tempatan menarik mengenai isu semasa dan juga berita hiburan untuk menemani petang anda sementara menunggu waktu berbuka.











