Skip to content

KETAHUI FAKTA MENARIK TENTANG PEMAIN BOLA HANGAT, JUDE BELLINGHAM

KETAHUI FAKTA MENARIK TENTANG PEMAIN BOLA HANGAT, JUDE BELLINGHAM

Kongsikan artikel ini

Bintang muda England, Jude Bellingham kembali menghangatkan dunia bola sepak dengan prestasi cemerlang, dan rupa kacaknya.

Dalam dunia bola sepak moden, nama Jude Bellingham bukan lagi asing. Bintang muda England ini bukan sahaja dikenali kerana prestasi cemerlang di atas padang, malah turut menjadi ikon gaya generasi baharu. Pada usia yang masih muda, Bellingham berjaya membina reputasi sebagai pemain tengah bertaraf dunia, selain sering mencuri perhatian menerusi penampilannya yang sofistikated di luar padang.

Jude Bellingham merupakan seorang pemain bola sepak profesional yang kini beraksi sebagai pemain tengah untuk Borussia Dortmund dan pasukan kebangsaan England. Dilahirkan pada 29 Jun 2003 di Stourbridge, England, dia memulakan karier profesional bersama kelab Birmingham City.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Jude Bellingham (@judebellingham)

Dalam tempoh singkat, Bellingham berjaya mencipta nama sebagai antara bakat muda paling menjanjikan dalam bola sepak England. Sejak menyertai Dortmund, perkembangan Bellingham semakin menyerlah apabila dia membuktikan dirinya sebagai salah seorang pemain muda paling berbakat dalam bola sepak Eropah. Keupayaan teknikal, kematangan ketika beraksi serta sikap profesional di dalam dan luar padang sering mendapat pujian, malah dia mula dibandingkan dengan beberapa pemain terbaik dunia.

Walaupun masih muda, Bellingham telah mencapai pelbagai kejayaan besar dalam kariernya dan dilihat mempunyai masa depan yang cerah dalam sukan ini. Nama Jude Bellingham juga semakin meningkat sepanjang musim Piala Dunia 2026 ini.

Daripada memecahkan rekod di usia remaja hinggalah menjadi wajah jenama fesyen mewah, berikut antara fakta menarik mengenai Jude Bellingham.

1. Minat Terhadap Bola Sepak Datang Dari Keluarga

Bakat bola sepak Jude bukanlah sesuatu yang hadir secara kebetulan. Bapanya, Mark Bellingham, merupakan penyerang prolifik dalam liga bukan profesional England dengan lebih 700 jaringan sepanjang kariernya. Malah adiknya, Jobe Bellingham, turut mengikut jejak langkah sebagai pemain bola sepak profesional dalam Borussia Dortmund, menjadikan sukan ini sebahagian daripada identiti keluarga mereka.

2. Beraksi Bersama Pasukan Bawah 23 Tahun Pada Usia 15 Tahun

Bellingham mula mencuri perhatian apabila membuat penampilan bersama skuad bawah 23 tahun Birmingham City ketika baru berusia 15 tahun. Tidak lama kemudian, dia dinaikkan ke pasukan utama dan melakukan penampilan sulung dalam skuad senior pada tahun 2019, sekali gus membuktikan bakat luar biasanya sejak usia remaja.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Jude Bellingham (@judebellingham)

3. Birmingham City ‘Menghapuskan’ Jersi Nombor 22

Selepas perpindahannya ke Borussia Dortmund pada tahun 2020, Birmingham City mengambil langkah luar biasa dengan memencenkan jersi nombor 22 sebagai penghargaan terhadap sumbangan dan potensi besar yang ditunjukkan Bellingham ketika bersama kelab itu. Penghormatan sebegini jarang diberikan kepada pemain yang masih muda, sekali gus menggambarkan impak besar yang ditinggalkannya.

May be an image of football, American football and text

4. Kini Berada Di Bawah Naungan Real Madrid

Selepas 3 tahun bermain untuk Borussia Dortmund, Bellingham kemudiannya menyertai Real Madrid dengan nilai perpindahan mencecah €103 juta. Pada musim pertamanya bersama kelab gergasi Sepanyol itu, dia terus memberikan impak besar apabila muncul sebagai penjaring terbanyak pasukan dalam saingan liga. Prestasi luar biasanya membantu Real Madrid merangkul kejuaraan liga serta trofi Liga Juara-Juara UEFA, selain dirinya dinobatkan sebagai Pemain Terbaik La Liga Musim Ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Jude Bellingham (@judebellingham)

5. Pemain England Termuda Menjaringkan Gol Di Liga Juara-Juara UEFA

Pada November 2020, Bellingham mencipta sejarah apabila menjadi pemain England termuda menjaringkan gol dalam saingan Liga Juara-Juara UEFA ketika berusia 17 tahun dan 85 hari. Rekod tersebut mengukuhkan statusnya sebagai salah seorang prospek terbaik bola sepak Eropah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Jude Bellingham (@judebellingham)

6. Idola Bola Sepak Jude Bellingham: Wayne Rooney Dan Steven Gerrard

Sejak kecil, Bellingham membesar dengan mengagumi dua legenda bola sepak England, Wayne Rooney dan Steven Gerrard. Menurutnya, kedua-dua pemain tersebut banyak mempengaruhi cara permainannya, malah dia pernah mengimpikan untuk memiliki jersi mereka ketika masih kanak-kanak.

7. Ikon Fesyen Lelaki Generasi Baharu

Di luar padang, Jude Bellingham turut dikenali sebagai antara atlet yang mempunyai pengaruh besar dalam dunia fesyen. Selain itu, dia turut menjadi model bagi koleksi pakaian lelaki SKIMS. Bellingham sering memilih gaya yang ringkas tetapi mewah. Sut berpotongan kemas, jaket kulit, knitwear premium serta aksesori minimalis menjadi identiti penampilannya ketika menghadiri acara rasmi.

Bellingham juga merupakan Friend of the House untuk Louis Vuitton dan pernah membintangi kempen formalwear di bawah arahan kreatif Pharrell Williams. Selain sut formal, Bellingham juga mempunyai minat terhadap dunia streetwear. Antara label yang sering digayakannya ialah Y-3 hasil kolaborasi Yohji Yamamoto dan Adidas.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Louis Vuitton (@louisvuitton)

Tidak hairanlah namanya terus menjadi pilihan jenama-jenama global, selain dianggap sebagai antara ikon lelaki paling berpengaruh dalam generasi baharu. Pada usia yang masih muda, Bellingham sudah memiliki segala ramuan untuk terus mencipta legasi. Bukan sahaja sebagai pemain bola sepak bertaraf dunia, malah sebagai simbol gaya hidup moden.

Pautan berkaitan: KENALI WAGS PEMAIN BOLA SEPAK FIFA WORLD CUP 2026

Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

MANIFESTASI ADIBUSANA LOEWE DI PADANG HIJAU

Bacaan Lanjut