SYED SADDIQ DAN BELLA ASTILLAH BERTUNANG PADA 28 MAC 2026
Hampir 4 tahun berkenalan, pasangan kesukaan ramai, YB Syed Saddiq dan Bella Astillah bakal bertunang pada 28 Mac 2026.
Selepas ura-ura dan hint yang diberi oleh rakan-rakan terdekat pasangan terhangat Syed Saddiq dan Bella Astillah, mereka kini bakal bertunang pada 28 Mac 2026. Syed Saddiq telah melamar Bella Astillah sebagai bakal isterinya bertempat di lokasi yang unik iaitu puncak Gunung Kinabalu dan Bella menerima lamaran tersebut. Momen penuh makna itu dikongsi sendiri oleh Syed Saddiq dan Bella melalui hantaran Instagram pada pagi 28 Mac, kira-kira pukul 10 pagi.
“I asked, she said yes 💍
Ini bukan pengakhiran cerita, ini permulaan kita.
Dan hari ini majlis pertunangan kami, doakan.
Bermula dengan kerjasama biasa yang akhirnya meraih lebih RM6 juta untuk rakyat, tanpa sedar turut menyatukan dua hati.
Allah SWT sebaik-baik perancang.
P/s Proposal di atas Gunung Kinabalu masa hujan lebat 😬”
Momen bahagia ini semestinya menjadi satu penantian setelah sekian lama. Bella dikatakan pertama kali bertegur sapa bersama Syed Saddiq pada 4 tahun lepas. Mereka bertemu di sebuah konti radio. Antara momen-momen istimewa pasangan ini yang membuatkan peminat lebih yakin dengan perhubungan istimewa mereka apabila Bella Astillah menghadirkan diri ke mahkamah untuk memberi sokongan buat Syed Saddiq.
Kejutan istimewa dari YB Syed Saddiq buat Bella Astillah ketika ulang tahun kelahiran dan menyambut raya bersama baru-baru ini juga mengukuhkan lagi hubungan cinta mereka. Bella memiliki dua orang anak (lelaki dan perempuan) sewaktu perkahwinan pertamanya bersama Alif Aziz.

Hubungan pasangan manis ini sememangnya diterima ramai, lebih-lebih lagi selepas kontroversi yang menimpa Bella akibat rumah tangga yang pertama. Peminat Bella Astillah dan Syed Saddiq sama-sama mendoakan kebahagian buat pasangan yang bakal menjadi suami isteri ini. Tahniah GLAM Lelaki ucapkan!
Pautan berkaitan: IMBAS SEMULA GAMBAR RAYA 2026 BELLA ASTILA DAN SYED SADDIQ PILIHAN GLAM LELAKI
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
CLOSE-UP BAJU KAHWIN SYED SADDIQ & BELLA ASTILLAH UNTUK KENDURI RAKYAT SABAH
Majlis resepsi Syed Saddiq dan Bella Astillah di Sabah disambut meriah dengan kehadiran masyarakat yang meraikan kepelbagaian budaya dan warisan tempatan.
PERJALANAN PENUH HUBUNGAN BELLA ASTILLAH DAN SYED SADDIQ
Baru sahaja selesai akad dalam satu majlis intimate Sabtu lalu, Bella Astillah dan Syed Saddiq kini memulakan babak baru dalam kisah cinta mereka.
5 FAKTA TENTANG PERNIKAHAN SYED SADDIQ & BELLA ASTILLAH
Syed Saddiq bersama Bella Astillah selamat diijabkabulkan pada 10 Oktober 2026. Ketahui lima perkaran mengenai pernikahan mereka.
GAMBAR PRA-PERKAHWINAN SYED SADDIQ DAN BELLA ASTILLAH
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq melangkah ke alam perkahwinan bersama selebriti terkenal, Bella Astillah, hari ini, 10 Oktober.
SELEBRITI TEMPATAN YANG HADIR KE F1 GRAND PRIX BAHRAIN DI SEPANG
Selain dari dentuman kereta F1 hujug minggu yang lalu, kehadiran selebriti tempatan di Sepang turut dinantikan oleh peminat.
SYED SADDIQ & BELLA ASTILLAH BAKAL BERNIKAH 10 OKTOBER 2026
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Bella Astillah akhirnya terjawab apabila pasangan itu mengumumkan bakal disatukan pada 10 Oktober ini.











