Skip to content

LE LABO PERKENALKAN KOLEKSI INCENSE, CAMPURAN SENI TRADISIONAL JEPUN DAN KETENANGAN MODEN

LE LABO PERKENALKAN KOLEKSI INCENSE, CAMPURAN SENI TRADISIONAL JEPUN DAN KETENANGAN MODEN

Kongsikan artikel ini

Le Labo hadir dengan koleksi Incense yang bakal mengharumkan ruangan peribadi anda dengan bau-bau yang menenangkan. 

Jenama wangian niche terkenal, Le Labo, terus mengembangkan dunia olfaktori mereka dengan pelancaran koleksi Incense pada 1 Jun 2026. Berinspirasikan Kōdō, atau lebih dikenali sebagai The Way of Incense, koleksi ini bukan sekadar menawarkan aroma yang memikat. Malah, ia mengajak pengguna meluangkan masa untuk bermeditasi, mencari ketenangan dan menikmati detik refleksi diri.

le labo incense

Mengangkat tradisi Jepun yang telah diwarisi sejak berabad-abad, setiap batang incense dihasilkan secara teliti di sebuah bengkel milik keluarga generasi ke-12 di Kyoto. Menggunakan teknik pembuatan tradisional Jepun, Le Labo menggabungkan warisan budaya dengan falsafah moden yang meraikan kesedaran diri dan kehidupan yang lebih perlahan.

Tiga Haruman Ikonik Dalam Bentuk Incense

Setiap kotak mengandungi 35 batang incense yang mampu terbakar sehingga 25 minit setiap satu. Turut disertakan ialah pemegang seramik eksklusif untuk melengkapkan pengalaman menikmati aroma.

SANTAL 26

Haruman ikonik Le Labo ini diterjemahkan ke dalam bentuk incense dengan karakter yang lembut namun berkarisma. Gabungan nota berasap, kulit (leather) dan kayuan menghasilkan aroma yang elegan serta menenangkan.

AMBROXYDE 17

Menampilkan molekul sintetik bebas kekejaman terhadap haiwan (cruelty-free), AMBROXYDE 17 menawarkan aroma moden yang bersih dan ketagihan. Haruman ini diperkaya dengan gabungan musk, kayuan, melur dan lumut, menghasilkan profil yang segar serta sofistikated.

ENCENS 9

Pilihan paling klasik dalam koleksi ini, ENCENS 9 menggabungkan frankincense bersama amber yang hangat dan sentuhan cengkih yang kaya, menghasilkan aroma yang mendalam, resinous dan penuh karakter.

Aksesori Yang Melengkapkan Pengalaman

Selain koleksi incense, Le Labo turut memperkenalkan pemegang incense konkrit yang dihasilkan secara buatan tangan di Amerika Syarikat. Berukuran 7 x 1.75 x 0.5 inci, aksesori ini dijual secara berasingan. Ia turut direka untuk berubah mengikut peredaran masa apabila permukaannya membentuk patina semula jadi, menjadikan setiap unit tampil dengan karakter yang tersendiri.

le labo incense

Menurut Deborah Royer, Global Brand President & Creative Director Le Labo, koleksi ini merupakan penghormatan kepada kebijaksanaan tradisi yang telah bertahan selama berabad-abad. Pada masa yang sama, ia mencerminkan sifat manusia yang sentiasa berubah dan berkembang.

Produk ini lebih daripada sekadar wangian untuk ruang kediaman. Koleksi Incense menggalakkan pengguna untuk berhenti seketika daripada kesibukan harian. Selain itu menikmati keheningan dan memberi ruang kepada diri sendiri untuk kembali tenang. Melalui gabungan seni pembuatan Jepun dan identiti olfaktori Le Labo, setiap batang incense menjadi satu ritual kecil yang membawa pengalaman deria yang lebih bermakna.

Pautan berkaitan: FUGAZZI POMEGRANOUDH, GABUNGAN DELIMA & OUDH DALAM HARUMAN MEMIKAT

Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

AROMATIK APRIL: 5 WANGIAN 'NICHE' YANG BAKAL MENJADI IDENTITI BARU ANDA

AROMATIK APRIL: 5 WANGIAN ‘NICHE’ YANG BAKAL MENJADI IDENTITI BARU ANDA

Bacaan Lanjut

5 WANGIAN LELAKI MASKULIN MASA KINI

Bacaan Lanjut