FUGAZZI POMEGRANOUDH: GABUNGAN DELIMA & OUDH DALAM HARUMAN NICHE MEMIKAT
FUGAZZI Fragrances memperkenalkan wangian terbaharu mereka, Pomegranoudh, ke pasaran Malaysia menerusi TROVE.
Acara pelancaran Pomegranoudh menandakan satu lagi langkah penting buat jenama niche dari Amsterdam, FUGAZZI dalam memperkukuhkan kehadirannya di Asia Tenggara. Wangian ini mengangkat gabungan dua bahan paling ikonik dalam dunia perfumery iaitu delima (pomegranate) dan oudh. Pomegranoudh hadir sebagai interpretasi moden yang mengimbangi kesegaran buah-buahan dengan kedalaman aroma kayu yang mewah. Ia dicipta sebagai wangian serba boleh yang mampu bergerak daripada suasana siang ke malam, membawa aura keyakinan diri, sensualiti dan sofistikasi yang tidak berlebihan.

Interpretasi Moden Buah Delima & Oudh
Pomegranoudh membuka tirai dengan nota atas yang segar dan bertenaga menerusi gabungan delima, bergamot dan buah merah. Ia menghasilkan sentuhan awal yang juicy, cerah dan mengasyikkan. Wangian ini kemudiannya berkembang kepada lapisan tengah yang lebih mendalam dengan kehadiran kayu oudh dan patchouli, sebelum meninggalkan jejak hangat menerusi nota asas vanila, amber kering dan musk.
Direka berdasarkan konsep kontras, pengasas merangkap perfumer FUGAZZI, Bram Niessink menggambarkan Pomegranoudh sebagai haruman “di mana kawalan dan dorongan bertemu”. Sebuah wangian yang berubah mengikut masa, daripada intensiti malam yang penuh misteri kepada ketenangan pagi yang lebih elegan.

Dengan karakter niche yang tersendiri, Pomegranoudh menampilkan sisi gelap dan tahan lama menerusi nota oudh. Namun, diseimbangkan dengan kesegaran delima yang menjadikannya mudah dipakai dalam pelbagai situasi.
Berani selepas gelap. Tenang pada waktu pagi. Dari malam menuju siang.
Pomegranoudh direka untuk mencipta pengalaman yang lebih panjang, mendalam, kaya dan intens. Seolah-olah ia meninggalkan kesan yang kekal lama selepas seseorang melangkah pergi.
TROVE X Lavantha KL: Wangian Bertemu Seni Mixologi
Bagi meraikan pelancaran Pomegranoudh di Malaysia, TROVE menjalinkan kerjasama bersama destinasi koktel terkenal Kuala Lumpur, Lavantha KL. Bartender ternama, Jon Lee turut menghasilkan pengalaman multi-sensori yang menggabungkan dunia wangian dan mixologi.

Kolaborasi eksklusif bertajuk ONGRIJPBAAR. Perkataan Belanda yang membawa maksud “tidak dapat difahami”. Perkataan ini diterjemahkan melalui empat minuman istimewa yang diinspirasikan daripada evolusi aroma Pomegranoudh, bermula daripada nota pembukaan sehingga ke haruman akhir yang kekal pada kulit.
Bagi melengkapkan pengalaman ini, pelanggan yang membeli mana-mana minuman daripada menu eksklusif ONGRIJPBAAR akan menerima vial mini FUGAZZI Pomegranoudh secara percuma sementara stok masih ada.
Malam Eksklusif Raikan Pelancaran Pomegranoudh
Pelancaran rasmi FUGAZZI Pomegranoudh berlangsung menerusi sebuah acara intim anjuran TROVE yang menghimpunkan para tetamu untuk menyaksikan pengalaman pertama wangian terbaru ini.

Tetamu diperkenalkan kepada inspirasi di sebalik penciptaan Pomegranoudh sebelum Jon Lee berkongsi bagaimana perjalanan aroma wangian tersebut diterjemahkan ke dalam empat koktel eksklusif. Suasana malam turut dimeriahkan dengan persembahan muzik daripada DJ Ashley Lau, selain kehadiran personaliti seperti Jane Lau, Han Pin Ma, Angel (Dolla) dan Sam Wong.

Acara tersebut meraikan pertemuan antara wangian, kreativiti dan budaya kehidupan malam moden. Ini membuktikan bahawa pengalaman perfumery hari ini bukan sekadar tentang aroma, tetapi juga tentang emosi, memori dan penceritaan.
Dengan gabungan kesegaran buah delima dan kemewahan oudh, FUGAZZI Pomegranoudh menjadi simbol gaya lelaki moden — yakin, berkarisma dan meninggalkan kesan yang sukar dilupakan.
Pautan berkaitan: NAIL ART KINI UNTUK LELAKI JUGA! TREND TERBAHARU UNTUK TAMBAH GAYA
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
SCENT OF THE YEAR: HARUMAN LELAKI PILIHAN EDITORIAL GLAM LELAKI
Total Grooming Check GLAM Lelaki 2025 menampilkan haruman lelaki pilihan editorial, merangkumi niche, ikonik dan signature scent moden.
DARI PASAR KE PERSONALITI ANDA, FUGAZZI HADIR BERSAMA TROVE
Jenama wangian FUGAZZI Frangrances kini boleh didapati di Kuala Lumpur dibawah naungan TROVE sebagai tanda kolaborasi di Asia Tenggara.







