Skip to content

NAIL ART KINI UNTUK LELAKI JUGA! TREND TERBAHARU UNTUK TAMBAH GAYA

NAIL ART KINI UNTUK LELAKI JUGA! TREND TERBAHARU UNTUK TAMBAH GAYA

Kongsikan artikel ini

Tahun ini, nail art menjadi antara trend terbaharu buat lelaki, termasuklah selebriti K-Pop yang berseni mengikut konsep masing-masing. 

Dunia fesyen lelaki kini semakin berkembang dan tidak lagi terhad kepada pakaian, kasut atau aksesori semata-mata. Jika dahulu penjagaan kuku hanya sinonim dengan wanita, kini nail art untuk lelaki mula mencuri perhatian sebagai salah satu cara baharu untuk mengekspresikan personaliti dan gaya diri. Daripada selebriti Hollywood hingga bintang K-pop, semakin ramai lelaki berani bereksperimen dengan seni kuku sebagai statement fesyen yang unik.

Trend ini sebenarnya bukan sesuatu yang terlalu asing. Sejak beberapa tahun lalu, ramai selebriti lelaki seperti Harry Styles, Machine Gun Kelly dan A$AP Rocky sering tampil dengan kuku berwarna atau dihiasi corak kreatif di karpet merah. Dalam dunia K-pop pula, artis lelaki kerap menggunakan nail art sebagai sebahagian daripada konsep visual mereka ketika promosi album atau persembahan pentas. Antara selebriti K-Pop yang kerap berkongsi hasil nail art mereka sendiri ialah Hyunjin dari Stray Kids dan Keeho dari P1Harmony.

nail art trend

Apa yang membuatkan nail art semakin popular dalam kalangan lelaki adalah fleksibilitinya. Tidak semua nail art perlu kelihatan “bold” atau keterlaluan. Ada yang memilih gaya minimal seperti lapisan clear polish, warna matte gelap, atau garis geometri halus yang memberi sentuhan moden dan maskulin. Pada masa sama, mereka yang gemar tampil berani boleh mencuba corak abstrak, elemen metalik atau hiasan 3D yang lebih menyerlah, seperti G-DRAGON.

nail art trend

Persepsi Maskuliniti Semakin Terbuka

Nail art untuk lelaki juga selari dengan perubahan persepsi terhadap maskuliniti hari ini. Gaya lelaki moden tidak lagi dikongkong oleh stereotaip lama. Penjagaan diri kini dilihat sebagai simbol keyakinan, disiplin dan self-expression. Sama ada melalui skincare, gaya rambut atau seni kuku, semuanya adalah cara untuk seseorang menampilkan versi terbaik diri mereka.

Hakikatnya, fesyen sentiasa berevolusi. Apa yang dahulu dianggap luar biasa kini menjadi sebahagian daripada arus perdana. Jadi, jika anda mahu mencuba sesuatu yang baharu untuk menaikkan gaya, mungkin nail art boleh menjadi langkah seterusnya. Sedikit warna pada kuku mungkin cukup untuk menjadikan penampilan anda lebih standout. Selebriti Gen Z seperti CORTIS turut mengikuti trend ini.

nail art trend

Dengan impak yang bermula daripada generasi terdahulu seperti G-DRAGON dan Hyunjin, kini selebriti yang lebih muda turut mengikuti trend ini. Nail art turut menjadi satu cara untuk selebriti ini ekspres kesenian mereka. Maki dari &TEAM, Keeho yang membuat nail artnya sendiri, serta Leehan dari BOYNEXTDOOR juga menggunakan cara yang sama untuk eskpres kesenian mereka.

Pautan berkaitan: GAYA RAMBUT PALING HANGAT TAHUN 2026

Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

3 KONSERT YANG DIADAKAN DI STADIUM MERDEKA PADA JANUARI 2026

3 KONSERT YANG DIADAKAN DI STADIUM MERDEKA PADA JANUARI 2026

Bacaan Lanjut
BINTANG K-POP DENGAN AURA FESYEN TERKUAT TAHUN 2025

BINTANG K-POP DENGAN AURA FESYEN TERKUAT TAHUN 2025

Bacaan Lanjut
DOMINASI G-DRAGON DAN STRAY KIDS, SENARAI PEMENANG MAMA AWARDS 2025

DOMINASI G-DRAGON DAN STRAY KIDS, SENARAI PEMENANG MAMA AWARDS 2025

Bacaan Lanjut
KENALI KUMPULAN K-POP GENERASI TERKINI, CORTIS

KENALI KUMPULAN K-POP GENERASI TERKINI, CORTIS

Bacaan Lanjut
KOLEKSI JAM TANGAN MEWAH MILIK G-DRAGON

KOLEKSI JAM TANGAN MEWAH MILIK G-DRAGON

Bacaan Lanjut
G-DRAGON BAKAL GEGARKAN PENTAS AXIATA ARENA BUKIT JALIL

G-DRAGON BAKAL GEGARKAN PENTAS AXIATA ARENA BUKIT JALIL

Bacaan Lanjut