8 KUMPULAN K-POP SELF-PRODUCED YANG MENJADI BUKTI BAKAT MEREKA
Selain daripada sekadar bernyanyi dan menari, 8 kumpulan K-Pop ini membuktikan bakat mereka sebagai kumpulan self-produced.
Dalam industri K-pop yang terkenal dengan sistem latihan ketat dan penglibatan besar daripada agensi, semakin ramai artis mula mengambil peranan lebih besar dalam proses kreatif mereka sendiri. Daripada menghasilkan muzik, menulis lirik, mencipta koreografi sehinggalah menentukan konsep kumpulan, kumpulan self-produced kini menjadi antara nama paling dihormati dalam industri. Berbeza daripada sekadar menyampaikan lagu yang diberikan oleh penerbit, kumpulan-kumpulan ini terlibat secara langsung dalam pembentukan identiti muzik mereka.
Berikut adalah 8 kumpulan K-pop self-produced yang membuktikan kreativiti artis mampu membawa kejayaan global.
#1 SEVENTEEN
SEVENTEEN sering dianggap sebagai antara contoh terbaik kumpulan self-produced dalam generasi moden K-pop. Sejak debut pada 2015, ahli kumpulan ini memainkan peranan besar dalam menghasilkan muzik dan persembahan mereka. Woozi terkenal sebagai penerbit utama kumpulan yang banyak terlibat dalam penulisan dan komposisi lagu, manakala S.Coups, Hoshi dan The8 turut aktif dalam menghasilkan idea berkaitan rap, koreografi serta persembahan. Dengan sub-unit seperti Vocal Team, Hip-Hop Team dan Performance Team, SEVENTEEN berjaya membina identiti tersendiri melalui gabungan muzik, tarian dan konsep yang konsisten.
#2 Stray Kids
Stray Kids merupakan salah satu kumpulan generasi keempat yang paling dikenali dengan identiti muzik mereka yang kuat. Kumpulan ini terkenal dengan unit produksi dalaman mereka, 3RACHA, yang terdiri daripada Bang Chan, Changbin dan Han. Mereka bertanggungjawab dalam banyak aspek penghasilan muzik Stray Kids termasuk penulisan lirik, komposisi dan penerbitan lagu. Daripada lagu seperti God’s Menu, MANIAC hingga Do It, Stray Kids berjaya mencipta bunyi unik yang agresif, eksperimental dan mudah dikenali oleh peminat seluruh dunia. Selepas pelancaran mini album THIS & THAT, Bang Chan bakal mencipta sejarah sebagai idola K-pop dengan kredit lagu paling banyak berdaftar di KOMCA (Korea Music Copyright Association), dengan jumlah keseluruhan 244 lagu berdaftar.
Baca: KATSEYE, ILLIT & LE SSERAFIM CURI PERHATIAN, 5 LAGI KOLABORASI RENTAS KUMPULAN K-POP YANG IKONIK
#3 i-dle
(G)I-DLE, yang kini dikenali sebagai i-dle, merupakan antara kumpulan wanita K-pop yang paling aktif dalam aspek kreatif. Soyeon memainkan peranan besar sebagai penerbit, penulis lirik dan pencipta konsep kumpulan sejak debut. Penglibatanya membantu membentuk identiti i-dle yang berani, eksperimental dan berbeza daripada kumpulan wanita lain. Lagu seperti TOMBOY, Nxde dan Super Lady menunjukkan keberanian mereka bereksperimen dengan tema, genre serta mesej yang lebih kuat. Soyeon merupakan idola K-Pop wanita dengan kredit lagu paling banyak di KOMCA.
#4 BTS
BTS merupakan salah satu kumpulan yang membuka jalan kepada artis K-pop untuk lebih terlibat dalam proses kreatif mereka sendiri. Sejak awal kerjaya, ahli seperti RM, SUGA dan j-hope aktif dalam penulisan lirik, rap dan penerbitan muzik. RM dan SUGA khususnya dikenali sebagai artis yang banyak menyumbang kepada pembentukan identiti muzik BTS. Daripada isu anak muda, impian, tekanan sosial hingga pencarian diri, BTS berjaya menghasilkan karya yang dekat dengan peminat kerana datang daripada pengalaman dan perspektif mereka sendiri.
#5 CORTIS
CORTIS merupakan antara kumpulan generasi baharu yang menarik perhatian kerana pendekatan kreatif mereka. Diperkenalkan sebagai kumpulan yang mempunyai penglibatan ahli dalam proses penciptaan, CORTIS membawa imej generasi muda yang lebih bebas dalam muzik dan persembahan. Dengan pendekatan yang lebih dekat dengan budaya kreatif Gen Z, kumpulan ini menjadi antara nama baharu yang menunjukkan evolusi industri K-pop. Di mana idol bukan hanya menjadi performer, tetapi juga pencipta. Walaupun baru debut kurang dari setahun, setiap ahli CORTIS sudah berdaftar di KOMCA, hasil lagu mereka sendiri.
#6 DAY6
DAY6 membuktikan bahawa kumpulan muzik K-pop juga mampu berdiri sebagai artis sebenar melalui penglibatan mereka dalam penciptaan lagu. Sebagai sebuah band, ahli DAY6 terlibat secara aktif dalam penulisan dan komposisi muzik mereka. Young K khususnya terkenal sebagai penulis lirik yang menghasilkan banyak lagu kumpulan ini. Dengan gaya pop rock yang emosional dan lirik yang dekat dengan kehidupan sebenar, DAY6 berjaya membina hubungan istimewa bersama peminat melalui muzik yang lebih autentik.
Baca: 5 LAGU K-POP HAMPIR POPULAR SEPERTI GANGNAM STYLE DAN APT
#7 LNGSHOT
LNGSHOT merupakan kumpulan baharu yang membawa pendekatan lebih moden terhadap konsep idol. Kumpulan ini mendapat perhatian kerana imej mereka yang lebih berani dan penglibatan ahli dalam aspek muzik serta persembahan. LNGSHOT mewakili generasi baharu artis yang mahu menunjukkan personaliti sebenar mereka melalui karya yang dihasilkan. Dengan pengaruh hip-hop dan budaya jalanan dari CEO mereka, Jay Park, LNGSHOT menjadi antara kumpulan rookie yang membawa identiti berbeza dalam industri K-pop. Selepas 6 bulan debut, hampir setiap lagu LNGSHOT sejak pre-debut dicipta oleh mereka sendiri.
#8 BOYNEXTDOOR
BOYNEXTDOOR dikenali dengan konsep yang lebih santai, dekat dengan kehidupan harian dan mempunyai warna muzik tersendiri. Ahli seperti Jaehyun, Taesan dan Woonhak terlibat dalam proses kreatif termasuk penulisan lirik dan idea muzik. Pendekatan ini membantu BOYNEXTDOOR menghasilkan lagu yang terasa lebih natural dan menggambarkan pengalaman remaja masa kini. Dengan konsep neighbourhood youth, kumpulan ini membuktikan bahawa kejujuran dan personaliti ahli mampu menjadi kekuatan utama sesebuah kumpulan. Mereka turut menyambung bakat CEO mereka, Zico yang juga terkenal dengan lagu yang dicipta sendiri.
Trend kumpulan self-produced menunjukkan perubahan besar dalam industri K-pop. Peminat kini bukan sahaja mencari persembahan hebat, tetapi juga menghargai artis yang mempunyai suara, visi dan identiti sendiri. Daripada SEVENTEEN hingga kumpulan generasi baharu seperti CORTIS dan LNGSHOT, mereka membuktikan bahawa kejayaan dalam K-pop bukan sekadar bergantung kepada konsep yang diberikan agensi, tetapi juga hasil kreativiti dan usaha artis itu sendiri.
Pautan berkaitan: FENOMENA CHROME HEARTS DALAM DUNIA K-POP
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
STRAY KIDS TERUSKAN KEJAYAAN GLOBAL DENGAN MINI ALBUM THIS & THAT
Selepas 9 bulan, Stray Kids, kumpulan terhangat generasi keempat ini akhirnya kembali dengan mini album terbaharu, THIS & THAT.
GL PLAYLIST: 10 LAGU K-HIPHOP MENGUASAI PLAYLIST GLAM LELAKI
Selain daripada K-Pop, genre K-HipHop juga kini menerima perhatian yang cukup banyak daripada peminat muzik walaupun dikira lebih niche.
NAIL ART KINI UNTUK LELAKI JUGA! TREND TERBAHARU UNTUK TAMBAH GAYA
Tahun ini, nail art menjadi antara trend terbaharu buat lelaki, termasuklah selebriti K-Pop yang berseni mengikut konsep masing-masing.
KATSEYE, ILLIT & LE SSERAFIM CURI PERHATIAN, 5 LAGI KOLABORASI RENTAS KUMPULAN K-POP YANG IKONIK
Kolaborasi antara kumpulan K-Pop seperti KATSEYE, ILLIT dan LE SSERAFIM sudah lama berlaku, dengan lagu-lagu yang juga ikonik.
EYE MAKEUP PADA LELAKI, TREND YANG WAJAR DIIKUTI? APA PENDAPAT ANDA?
Trend eye makeup dalam kalangan selebriti lelaki antarabangsa semakin mendapat perhatian selepas beberapa penampilan ikonik di acara fesyen antarabangsa.
KUMPULAN K-POP YANG BAKAL COMEBACK TAHUN 2026
2026 menjadi tahun yang direbuti oleh kumpulan K-Pop untuk mengadakan comeback yang ditunggu-tunggu oleh peminat.











