7 TEMPAT BERHIMPUN UNTUK MENONTON FIFA WORLD CUP 2026 FINALE DI KL & PJ
MERIAHKAN TONTONAN PERLAWANAN AKHIR FIFA WORLD CUP 2026 ANDA DENGAN TUJUH TAYANGAN AWAM DI SEKITAR KL & PJ.
Bermula daripada kolesi tas tangan mewah Hermès Erling Haaland sehinggalah kekalahan Christiano Ronaldo dalam Portugal, tidak dinafikan bahawa FIFA World Cup 2026 telah menjadi antara bualan yang paling hangat dibincangkan pada bulan ini. Kini, penantian untuk menyaksikan juara Piala Dunia bakal berakhir, manakala keterujaan semakin memuncak.
Ahad ini, daripada jam tiga hingga lima pagi, satu dunia bakal menjadi saksi jaguh pasukan pemain bola dunia. Acara yang hanya berlangsung empat tahun sekali ini cukup bermakna dan semestinya tidak patut diraikan bersendirian. Kami telah menghimpunkan tujuh lokasi terbaik yang menayangkan siaran langsung perlawanan akhir Piala Dunia 2026 agar anda dapat berkongsi detik bersejarah ini bersama keluarga dan rakan-rakan.
1. IKEA Damansara
Siapa saja tidak lazim dengan jenama perabot dari Sweden ini? Ahad ini, IKEA mempersembahkan SPARKA Football Fever Watch Party di Restoran IKEA, dimana makanan dan suasana akan mengiringi sorakan bola sepak. Kopi disajikan secara percuma bagi para tetamu yang hadir, manakala menu-menu terpilih seperti chicken wings dan hot dog boleh dibeli di kaunter sebagai pembakar semangat.
2. Sunsan Reserve
Bola sepak, taman landskap, dan sunrise— kombinasi menyeluruh yang cukup memujakan. Di FIFA Garden Nights, selesakan diri sambil dilingkungi beg kacang, kerusi khemah, dan fairy lights malap. Banglo-berubah-kafe ini memberikan atmosfera yang tersendiri, disertakan dengan pastri, pencuci mulut, dan snek bagi meningkatkan lagi keterujaan.
3. The Paddock PJ
The Paddock PJ sering kali menjadi hotspot buat setiap musim bola, dan FIFA World Cup bukan pengecualian. Raikan kejohanan bersama seramai 700 orang, didampingi empat projektor besar dan empat TV sambil menikmati nasi lemak dan teh tarik yang ternyata sungguh Malaysia-coded.
4. KL Festival Park
Bukan sekadar saringan bola sepak, KL Festival Park juga menyediakan pelbagai aktiviti menarik dari jam enam petang hingga enam pagi. Dibarisi bazar makanan dan persembahan muzik secara langsung, lokasi ini menjanjikan suasana penuh kemeriahan pada hari Piala Dunia— tidak kira sama ada pasukan pilihan anda menang atau kalah.
5. Unifi Arena Bukit Jalil
Ingin menonton beramai-ramai namun tempat yang lebih selesa? Sertai tayangan skrin besar perlawanan akhir di Unifi Arena Bukit Jalil, dari jam 10.30 malam hingga 6.00 pagi. Selain food truck dan cabutan bertuah, skrin luas berkuasa LED juga dapat memberikan anda pengalaman menonton terbaik.
6. GSC UP3 Rooftop Melawati Mall
Tayangan bola beramai-ramai di rooftop? Yes please! Dengan kolaborasi bersama Coca-Cola, GSC menyediakan screening bersaiz pawagam selain freebies, bazar, dan pelbagai goodies yang disediakan. The best part? Free flow air coke dan popcorn sepanjang malam!
7. ZUS Coffee
Saksikan perlawanan akhir dengan kesenangan rasa kopi kegemaran. ZUS Coffee menyediakan pesta menonton FIFA World Cup 2026 di empat lokasi berbeza: Decathlon Shah Alam, Petron Ukay Perdana, malah kawasan luar Selangor seperti Dataran Segar Lukut dan Garden Square.
Artikel berkaitan: KOLEKSI ERLING HAALAND: 6 TAS HERMÈS YANG MEMBUKTIKAN BINTANG BOLA SEPAK INI IKON GAYA
Tags
Artikel Yang Berkaitan
GL PLAYLIST: SENARAI LAGU FIFA WORLD CUP 2026
Selain daripada permainan yang menjadi penantian, lagu-lagu tema buat FIFA World Cup 2026 turut dinanti-nantikan.
10 PEMAIN BOLA SEPAK YANG DINANTIKAN INI BAKAL BERMAIN DI FIFA WORLD CUP 2026
Di dalam demam bola sepak bersama FIFA World Cup 2026, ada pemain-pemain yang dijangka menjadi perhatian sepanjang perlawanan ini.
FIFA WORLD CUP 2026 KEMBALI, KETAHUI PEMENANG-PEMENANG TAHUN SEBELUM INI
Kurang dari sebulan, dunia bakal digegarkan dengan kehadiran terbesar dalam dunia bola sepak, FIFA World Cup 2026 yang dianjurkan di 3 negara.
REXONA MALAYSIA PENAJA RASMI FIFA WORLD CUP 2026™
Rexona Malaysia melangkah ke pentas global sebagai Penaja Rasmi FIFA World Cup 2026™, meraikan semangat bola sepak dengan Rexona.
MANCHESTER UNITED 2025: ERA BAHARU RED DEVILS
Buat para penyokong setia Old Trafford, Manchester United musim baharu membawa gelombang harapan tetapi 2025 terasa berbeza yakni lebih membara.
MANCHESTER UNITED KEMBALI KE KUALA LUMPUR
Manchester United bakal kembali ke Malaysia untuk perlawanan persahabatan bersama pasukan ASEAN All Stars pada bulan Mei ini.











