5 PEMAIN MUDA YANG MENYERLAH SEPANJANG FIFA WORLD CUP 2026
FIFA World Cup 2026 kali ini menampilkan barisan pemain muda yang menyerlah dengan bakat bola sepak mereka, dalam usia muda.
FIFA World Cup 2026 bukan sahaja menyaksikan Sepanyol muncul sebagai juara dunia. Malah, ia menjadi pentas terbaik buat generasi baharu bola sepak membuktikan kemampuan mereka. Beberapa pemain muda tampil tanpa rasa gentar, mempamerkan kematangan permainan yang jauh mengatasi usia mereka. Ada yang menjadi tonggak utama pasukan. Manakala ada juga yang mencuri perhatian dunia menerusi aksi konsisten di pentas terbesar bola sepak.
Berikut merupakan lima pemain muda yang menyerlah sepanjang kejohanan FIFA World Cup 2026.
#1 Pau Cubarsí (Sepanyol)
Pada usia hanya 19 tahun, Pau Cubarsí membuktikan dirinya antara pertahanan tengah terbaik dunia. Pemain pertahanan Barcelona itu menjadi nadi benteng Sepanyol sepanjang kempen Piala Dunia. Dia mempamerkan ketenangan, kebijaksanaan membaca permainan dan disiplin bertahan yang luar biasa. Cubarsí bermain setiap minit sepanjang kejohanan dan membantu Sepanyol muncul juara dengan rekod pertahanan yang hampir sempurna. Persembahan cemerlangnya turut menyaksikan dia dinobatkan sebagai Pemain Muda Terbaik FIFA World Cup 2026. Ia sekali gus mengukuhkan statusnya sebagai salah seorang pertahanan paling bernilai untuk masa depan bola sepak dunia.

#2 Lamine Yamal (Sepanyol)
Selepas mencipta fenomena di Euro 2024, Lamine Yamal sekali lagi membuktikan bahawa dirinya bukan sekadar pemain muda berbakat, tetapi bintang bertaraf dunia. Walaupun sering dikawal rapi oleh pertahanan lawan, pemain sayap Barcelona itu terus menjadi ancaman menerusi kelajuan, kreativiti serta kebolehannya mencipta ruang buat rakan sepasukan. Keupayaannya bermain secara matang dalam sistem Luis de la Fuente menjadi antara faktor utama kejayaan Sepanyol menjulang trofi dunia.

Baca: SELEBRITI YANG HADIR KE FINAL FIFA WORLD CUP 2026
#3 Pablo Gavi (Sepanyol)
Kepulangan Gavi selepas tempoh panjang dibelenggu kecederaan menjadi antara kisah paling menggembirakan buat penyokong Sepanyol. Pemain tengah berusia 21 tahun itu kembali mempamerkan intensiti tinggi, semangat juang serta kemampuan mengawal tempo permainan yang menjadi identitinya sejak awal karier. Bersama Rodri, Gavi memainkan peranan penting menguasai bahagian tengah dan membantu Sepanyol mendominasi hampir setiap perlawanan. Walaupun masih muda, pengalaman bermain di pentas antarabangsa menjadikannya antara pemimpin generasi baharu skuad La Roja.

#4 Antonio Nusa (Norway)
Walaupun Norway tidak mara sehingga ke pentas akhir, Antonio Nusa muncul sebagai salah seorang pemain muda yang paling menghiburkan sepanjang kejohanan. Pemain sayap RB Leipzig itu menggunakan kepantasan, kemahiran menggelecek dan keberanian mencabar pertahanan lawan untuk membantu Norway melakar perjalanan mengejutkan sehingga ke suku akhir. Nusa membuktikan bahawa Norway memiliki generasi baharu yang mampu bersaing dengan kuasa besar bola sepak dunia.

Baca: FIFA WORLD CUP: 5 PERKARA ANDA PERLU TAHU TENTANG PETI TROFI EKSKLUSIF LOUIS VUITTON
#5 Ayyoub Bouaddi (Morocco)
Nama Ayyoub Bouaddi mungkin belum begitu dikenali sebelum kejohanan bermula, namun persembahannya bersama Morocco menjadikannya antara pemain muda paling mendapat perhatian kelab-kelab elit Eropah. Pemain tengah Lille itu mempamerkan ketenangan ketika menguasai bola, keupayaan memutuskan serangan lawan serta visi permainan yang mengagumkan untuk usianya. Aksi mantapnya membantu Morocco mara jauh dalam kejohanan, selain melonjakkan reputasinya sebagai antara prospek tengah terbaik dunia ketika ini.
FIFA World Cup 2026 membuktikan bahawa masa depan bola sepak dunia berada di tangan generasi muda yang semakin berani memikul tanggungjawab di pentas terbesar. Daripada pertahanan sehinggalah pemain sayap dan pemain tengah, lima nama ini bukan sahaja menyerlah sepanjang kejohanan, malah berpotensi menjadi wajah utama bola sepak dunia untuk sedekad akan datang.
Pautan berkaitan: 10 PENERIMA ANUGERAH GOLDEN BOOT FIFA WORLD CUP SEPANJANG ZAMAN
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
SPAIN BERGELAR JUARA PIALA DUNIA SETELAH MENENTANG ARGENTINA 1-0
20 percubaan gol, momen full-circle Yamal dan Messi, serta kemenangan Spain— saksikan semua sorotan perlawanan akhir Piala Dunia FIFA.
SELEBRITI YANG HADIR KE FINAL FIFA WORLD CUP 2026
Perlawanan final FIFA World Cup 2026 tahun ini cukup mengujakan, lebih-lebih lagi dengan kehadiran selebriti terkenal di seat penonton.
7 TEMPAT BERHIMPUN UNTUK MENONTON FIFA WORLD CUP 2026 FINALE DI KL & PJ
Meriahkan tontonan perlawanan akhir FIFA World Cup 2026 anda dengan tujuh tayangan awam di sekitar KL & PJ.
GL PLAYLIST: SENARAI LAGU FIFA WORLD CUP 2026
Selain daripada permainan yang menjadi penantian, lagu-lagu tema buat FIFA World Cup 2026 turut dinanti-nantikan.
10 PEMAIN BOLA SEPAK YANG DINANTIKAN INI BAKAL BERMAIN DI FIFA WORLD CUP 2026
Di dalam demam bola sepak bersama FIFA World Cup 2026, ada pemain-pemain yang dijangka menjadi perhatian sepanjang perlawanan ini.
REXONA MALAYSIA PENAJA RASMI FIFA WORLD CUP 2026™
Rexona Malaysia melangkah ke pentas global sebagai Penaja Rasmi FIFA World Cup 2026™, meraikan semangat bola sepak dengan Rexona.












