SELEBRITI YANG HADIR KE FINAL FIFA WORLD CUP 2026
Perlawanan final FIFA World Cup 2026 tahun ini cukup mengujakan, lebih-lebih lagi dengan kehadiran selebriti terkenal di seat penonton.
Perlawanan akhir Piala Dunia FIFA berlangsung pada Ahad di Stadium New York-New Jersey, East Rutherford. Ia bukan sahaja mencipta sejarah di atas padang, malah turut menjadi antara final paling ikonik dalam sejarah kejohanan itu. Ribuan penyokong membanjiri stadium untuk menyaksikan pertembungan antara Argentina dan Sepanyol. Sepanyol kembali merangkul trofi paling berprestij dalam bola sepak dunia itu apabila menewaskan Argentina 1-0 selepas masa tambahan dalam aksi final Piala Dunia yang penuh debaran dan drama.
Gol kemenangan yang dijaringkan oleh Ferran Torres menjadi pemisah antara dua pasukan gergasi itu, sekali gus menamatkan misi Argentina untuk mempertahankan kejuaraan dan menghadiahkan gelaran Piala Dunia kedua buat Sepanyol. Kekalahan itu turut menjadi detik paling menyentuh hati buat Lionel Messi, yang dilihat meninggalkan padang dalam keadaan sebak selepas menerima pingat naib juara. Perlawanan tersebut dijangka menjadi penampilan terakhir Messi di pentas Piala Dunia, menambahkan lagi emosi kepada hari yang bersejarah itu.
Selain itu perlawanan sengit dan drama antara peminat bola sepak mengenai final kali ini, deretan selebriti mencuri perhatian di tempat duduk penonton. Antara nama besar yang hadir termasuk Tom Cruise, Matt Damon bersama isterinya Luciana, Jay-Z dan Beyoncé, Rihanna dan A$AP Rocky. Setiap dari mereka hadir dengan sokongan buat dua pasukan utama ini.
Berikut merupakan selebriti yang turut hadir menonton perlawanan final FIFA World Cup 2026.
#1 Timothée Chalamet

#2 Tom Cruise

Tom Cruise turut memainkan peranan penting dalam acara pembukaan apabila muncul di tengah padang untuk menyampaikan ucapan pembukaan sebelum sepak mula. Dalam ucapannya, dia mengimbau perjalanan 48 negara yang bertanding sepanjang kejohanan dan menekankan bagaimana bola sepak mampu menyatukan manusia tanpa mengira sempadan. “Bola sepak ialah bahasa yang dituturkan tanpa kata-kata. Ia menyatukan manusia, mengubah orang asing menjadi sahabat dan mengingatkan kita tentang apa yang kita semua miliki bersama.” Tom Cruise mengakhiri ucapan dengan menyeru semua pihak meraikan semangat perpaduan yang dibawa oleh sukan tersebut.
Baca: GL PLAYLIST: SENARAI LAGU FIFA WORLD CUP 2026
#3 David Beckham & Victoria Beckham

#4 Carlos Alcaraz and Hoyeon

Pelakon dan model Jung Ho-yeon turut membuat penampilan mengejut bersama bintang tenis Sepanyol, Carlos Alcarazpada pada hari final itu. Ho-yeon mencipta sejarah sebagai pelakon Korea Selatan pertama yang mengambil bahagian dalam upacara rasmi final Piala Dunia. Trofi Piala Dunia dibawa di dalam kotak khas rekaan Louis Vuitton. Rumah fesyen mewah dari Perancis itu telah menghasilkan kotak rasmi untuk membawa trofi Piala Dunia sejak kejohanan edisi 2010 di Afrika Selatan, menjadikan tradisi tersebut sebagai simbol gabungan antara dunia sukan dan fesyen mewah.
#5 BTS

Lebih mencuri tumpuan ialah persembahan separuh masa pertama dalam sejarah final Piala Dunia FIFA. Konsert mega itu menghimpunkan barisan artis bertaraf dunia termasuk Madonna, BTS, Justin Bieber, Shakira, dan ramai lagi. Turut membuat kemunculan istimewa ialah watak-watak ikonik The Muppets. Gabungan persembahan muzik bertaraf antarabangsa bersama aksi bola sepak menjadikan final kali ini bukan sekadar acara sukan, malah sebuah hiburan global yang menyatukan jutaan penonton dari seluruh dunia.
Baca: BOLA SEPAK + FESYEN? KETAHUI TAS TANGAN YANG DIGAYAKAN OLEH PEMAIN BOLA SEPAK FIFA WORLD CUP 2026
#6 Justin Bieber

#7 Jay-Z & Beyonce

#8 Matt Damon

#9 Pharrell Williams

#10 Anya Taylor-Joy
#11 Shakira
Simbol muzik bagi FIFA World Cup, Shakira turut membuat persembahan di Half Time show pertama dalam World Cup. Dendangan lagu Dai Dai, salah satu lagu rasmi World Cup 2026 dimeriahkan dengan gerak tarinya yang cukup mengujakan.
Pautan berkaitan: FIFA WORLD CUP: 5 PERKARA ANDA PERLU TAHU TENTANG PETI TROFI EKSKLUSIF LOUIS VUITTON
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
7 TEMPAT BERHIMPUN UNTUK MENONTON FIFA WORLD CUP 2026 FINALE DI KL & PJ
Meriahkan tontonan perlawanan akhir FIFA World Cup 2026 anda dengan tujuh tayangan awam di sekitar KL & PJ.
IKON Y2K SEBENAR, IMBAS GAYA 2000’S DAVID BECKHAM
Gaya David Beckham pada tahun 2000's menjadi satu perbualan yang cukup ikonik dan sinonim dengan makna sebenar gaya Y2K.
GL PLAYLIST: SENARAI LAGU FIFA WORLD CUP 2026
Selain daripada permainan yang menjadi penantian, lagu-lagu tema buat FIFA World Cup 2026 turut dinanti-nantikan.
10 PEMAIN BOLA SEPAK YANG DINANTIKAN INI BAKAL BERMAIN DI FIFA WORLD CUP 2026
Di dalam demam bola sepak bersama FIFA World Cup 2026, ada pemain-pemain yang dijangka menjadi perhatian sepanjang perlawanan ini.
KETAHUI FAKTA 3 ANAK LELAKI DAVID & VICTORIA BECKHAM
Selami fakta menarik dan sisi jarang didedahkan tentang tiga putera anak kepada pasangan sensasi, David & Victoria Beckham.
MENCARI SUT BAHARU? PERGI KE BOSS, SACOOR BROTHERS, MASSIMO DUTTI DAN BANYAK LAGI
Sut adalah refleksi keyakinan dan kematangan gaya lelaki. Terokai jenama sut antarabangsa yang menjadi rujukan utama dunia fesyen lelaki moden












