Skip to content

BOLA SEPAK + FESYEN? KETAHUI TAS TANGAN YANG DIGAYAKAN OLEH PEMAIN BOLA SEPAK FIFA WORLD CUP 2026

BOLA SEPAK + FESYEN? KETAHUI TAS TANGAN YANG DIGAYAKAN OLEH PEMAIN BOLA SEPAK FIFA WORLD CUP 2026

Kongsikan artikel ini

Bukan hanya beraksi di atas padang, malah di atas pentas fesyen. Tas tangan pemain bola sepak FIFA World Cup 2026 cukup bergaya!

Dunia bola sepak moden kini bukan sekadar tentang aksi di atas padang, jaringan gol atau trofi kejuaraan. Hari ini, para pemain bola sepak turut mencipta pengaruh besar dalam dunia fesyen, menjadikan setiap kemunculan mereka di luar stadium sebagai satu style statement tersendiri. Daripada tas tangan mereka, kita dapat lihat pemain-pemain elit FIFA World Cup 2026 membuktikan bahawa gaya peribadi mereka sama hebat dengan prestasi di padang.

Antara item fesyen yang semakin menjadi pilihan para pemain adalah tas tangan mewah, yang kini bukan lagi aksesori eksklusif wanita. Siluet ikonik daripada rumah fesyen seperti Hermès, Louis Vuitton, Dior, dan Chanel semakin kerap dilihat digayakan oleh bintang bola sepak dunia. Ia mencerminkan evolusi maskuliniti moden. Lelaki hari ini lebih berani bereksperimen dengan fesyen tanpa batasan stereotaip.

GLAM Lelaki senaraikan tas tangan yang digayakan oleh pemain bola sepak FIFA World Cup 2026!

#1 Erling Haaland (Norway) – Hermès Birkin 50 HAC Endless Road Gris Perle Togo PHW

Bintang Norway ini terkenal dengan aura dominan di padang, namun gaya fesyennya juga tidak kurang mencuri perhatian. Haaland dilihat membawa Hermès Birkin 50 HAC Endless Road Gris Perle Togo PHW, sebuah tas ikonik yang menyerlahkan cita rasa ultra-luxury. Pemilihan Birkin bersaiz besar ini sepadan dengan personaliti Haaland yang bold dan berkarisma. Selain itu, Erling turut terkenal dengan koleksi tas tangannya dari Hermès.

tas tangan pemain world cup

#2 Luis Díaz (Colombia) – Hermès Birkin 50 HAC Ecru Gold Canvas PHW

Pemain kebangsaan pasukan Colombia, Luis Díaz tampil bergaya dengan Hermès Birkin 50 HAC Ecru Gold Canvas PHW. Rekaan gabungan kanvas dan kulit ini memberi sentuhan lebih santai namun tetap eksklusif. Tas ini membuktikan Díaz bijak mengimbangi elemen kasual dan mewah dalam penampilannya.

tas tangan pemain world cup

#3 David Alaba (Austria) – Hermès Birkin 50 HAC Multipocket Black PHW

Sebagai antara pemain yang terkenal dengan fashion game yang kuat, David Alaba memilih Hermès Birkin 50 HAC Multipocket Black PHW. Rekaan multipocket yang moden memberi sentuhan utilitarian, menjadikan tas ini bukan sahaja mewah tetapi juga praktikal.

#4 Keito Nakamura (Jepun) – Louis Vuitton Keepall Bandoulière 50 Monogram Canvas Borneo Green

Keito Nakamura membawa aura streetwear mewah menerusi Louis Vuitton Keepall Bandoulière 50 Monogram Canvas Borneo Green. Warna hijau Borneo yang unik memberi nafas segar kepada corak monogram klasik LV, sesuai dengan estetika fesyen Jepun yang sering bermain dengan elemen eksperimental. Keito Nakamura turut menjadi salah seorang pemain yang meningkat tahun ini, bukan sahaj kerena kemahirannya, malah rupa segaknya.

tas tangan pemain world cup

 

#5 Kylian Mbappé (Perancis) – Dior A5 Triangle Pouch Brown Dior Oblique Jacquard

Tidak mengejutkan apabila ikon bola sepak Perancis ini tampil dengan pilihan daripada rumah fesyen tempatan. Mbappé menggayakan Dior A5 Triangle Pouch Brown Dior Oblique Jacquard, tas kompak yang sleek dan moden. Minimal tetapi berimpak, aksesori ini melengkapkan imej sofistikatednya.

#6 Jules Koundé (Perancis) – Louis Vuitton Reporter GM Bag Monogram Canvas GHW

Jules Koundé sememangnya dikenali sebagai salah seorang pemain bola sepak paling bergaya masa kini. Pilihannya, Louis Vuitton Reporter GM Bag Monogram Canvas GHW, menonjolkan personaliti fesyennya yang berani dan trend-forward. Koundé sering dianggap sebagai fashion darling dalam kalangan pemain bola sepak generasi baharu. Selain daripada minatnya terhadap jenama Louis Vuitton, Jules juga seringkali menjadi tetamu jemputan di acara-acara mereka, menandakan hubungan baiknya bersama jenama itu.

tas tangan pemain world cup

#7 Virgil van Dijk (Netherlands) – Chanel C26 Large Shopping Bag Black Grained Calfskin

Kapten Belanda ini membuktikan bahawa gaya maskulin boleh hadir bersama elemen mewah yang refined. Virgil dilihat membawa Chanel C26 Large Shopping Bag Black Grained Calfskin, sebuah tas yang cukup jarang dilihat pada figura atlet lelaki. Pilihan ini menyerlahkan keyakinan diri dan pendekatan fesyen yang sofistikated. Aura kaptenya cukup sesuai dengan elemen elegan Chanel, terutamaya tas tangan yang menjadi pilihan.

#8 Ronaldo (Portugal) – Gucci Mega Web

Sebagai antara ikon bola sepak dan fesyen terbesar dunia, tidak mengejutkan apabila Cristiano Ronaldo sentiasa tampil dengan aksesori mewah yang mencuri perhatian. Bintang Portugal ini dilihat membawa Gucci Mega Web Duffle Bag. Sebuah tas travel premium daripada Gucci yang menampilkan jalur ikonik hijau-merah jenama itu. Dengan rekaan kulit hitam yang sleek serta siluet travel bag yang klasik, pilihan Ronaldo menyerlahkan estetika maskulin yang sofistikated.

tas tangan pemain world cup

Jelas sekali, FIFA World Cup 2026 bukan sahaja medan untuk melihat persaingan pemain terbaik dunia, tetapi juga pentas tidak rasmi untuk menilai evolusi gaya mereka. Pemain bola sepak hari ini semakin berani menolak sempadan fesyen tradisional, membuktikan bahawa maskuliniti moden tidak lagi terhad kepada satu definisi sahaja. Di luar padang, mereka bukan sekadar atlet, mereka juga trendsetter global yang membentuk landskap fesyen lelaki masa kini.

Pautan berkaitan: KENALI WAGS PEMAIN BOLA SEPAK FIFA WORLD CUP 2026

Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

QUIET POWER: MASKULINITI LELAKI YANG TIDAK PERLU BISING

QUIET POWER: MASKULINITI LELAKI YANG TIDAK PERLU BISING

Bacaan Lanjut
PANTONE'S COLOUR 2026: 6 TAS TANGAN BERONA CLOUD DANCER BUAT LELAKI

PANTONE’S COLOUR 2026: 6 TAS TANGAN BERONA CLOUD DANCER BUAT LELAKI

Bacaan Lanjut

THE HYPEMAKERS, GLAM LELAKI NOVEMBER 2025 BERSAMA ISMAIL IZZANI

Bacaan Lanjut
PEREKA FESYEN MENSWEAR MALAYSIA: DARI TRADISI KE MODEN

PEREKA FESYEN MENSWEAR MALAYSIA: DARI TRADISI KE MODEN

Bacaan Lanjut
ESSENTIAL WARDROBE 2025: 10 ITEM ASAS SETIAP LELAKI PERLU ADA UNTUK GAYA VERSATIL

ESSENTIAL WARDROBE 2025: 10 ITEM ASAS SETIAP LELAKI PERLU ADA UNTUK GAYA VERSATIL

Bacaan Lanjut

GAYA LELAKI MODEN DENGAN LINEN DI CUACA PANAS

Bacaan Lanjut