Skip to content

syabil yusop

KENALI CONTENT CREATOR DAN PEMINAT FESYEN LELAKI, SYABIL YUSOP

Kongsikan artikel ini

GLAM Lelaki tertarik dengan kemunculan pencipta kandungan baharu, Syabil Yusop. Yang hadir dengan gaya peribadi tersendiri. Cita rasa fesyennya yang ringkas, selesa dan segar bukan sahaja mudah didekati, malah mampu menjadi sumber inspirasi buat lelaki masa kini. Kenali lebih dekat Syabil Yusop dan sisi peribadinya sebagai pencipta kandungan.

Boleh kongsikan sedikit tentang perjalanan anda dalam fotografi dan mencipta kandungan kreatif ? Apakah yang mendorong anda untuk bermula?

Sebelum menceburi bidang penciptaan kandungan, saya pernah bekerja di sebuah agensi pemasaran. Jadi, saya berpeluang untuk memahami bagaimana kandungan dan pemasaran berfungsi di sebalik tabir. Walaupun saya merupakan graduan Ijazah Linguistik dari UKM, perjalanan kerjaya saya akhirnya membawa saya ke arah yang sama sekali berbeza.

Selepas tamat pengajian, seorang rakan menawarkan saya pekerjaan dalam bidang pemasaran dan mengajak saya untuk bersama-sama membangunkan Bulan Bintang. Saya terlibat dalam perniagaan tersebut selama kira-kira tiga tahun, dan pengalaman itu banyak mengajar saya tentang penjenamaan, pemasaran serta cara menghasilkan kandungan yang mampu dekat dengan orang ramai. Selepas itu, saya membuat keputusan untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada bidang penciptaan kandungan.

Bagi fotografi pula, saya sememangnya sudah mempunyai minat terhadap kamera sejak zaman universiti. Saya pernah menjadi salah seorang fasilitator fotografi senior untuk program dan acara universiti. Dan dari situlah minat saya terhadap fotografi semakin mendalam. Sejak itu, fotografi bukan lagi sekadar hobi, malah menjadi sebahagian penting daripada perjalanan saya dan masih menjadi antara perkara utama yang saya lakukan sehingga hari ini sebagai seorang pencipta kandungan.

Bagaimanakah anda menggambarkan gaya peribadi anda? Adakah ia berubah dan berkembang seiring dengan masa?

Saya secara semula jadi lebih cenderung kepada sesuatu yang ringkas, selesa dan mempunyai nilai estetik. Mungkin boleh dikatakan gaya saya lebih kepada minimalis. Saya bukanlah seseorang yang gemar sesuatu yang terlalu sarat atau berlebihan. Contohnya, dalam soal dekorasi rumah, saya tidak kisah untuk mempunyai elemen hiasan. Tetapi saya lebih suka ruang yang kemas dan terbuka berbanding memenuhi setiap sudut dengan pelbagai dekorasi. 

Saya sukakan kediaman yang terasa luas dan menyenangkan mata. Begitu juga dalam soal fesyen. Jika terlalu banyak aksesori, penampilan boleh kelihatan agak berlebihan dan kurang profesional. Sudah tentu, semuanya bergantung kepada acara. Jika menghadiri pertunjukan fesyen atau acara istimewa, saya tidak kisah untuk bereksperimen dengan gaya yang lebih berani. Namun, untuk penampilan seharian, saya sentiasa memilih busana yang ringkas, selesa dan kelihatan effortless.

Boleh kongsikan tentang satu karya atau projek yang paling meninggalkan kesan kepada anda?

Antara pengalaman yang paling saya kenang sepanjang perjalanan kerjaya ialah apabila saya berpeluang menjadi model untuk beberapa jenama tempatan. Kali pertama saya mencuba bidang peragaan adalah kira-kira dua tahun lalu bersama AQ Intl. Ketika itu, saya langsung tidak mempunyai pengalaman sebagai model, tetapi mereka tetap memberi saya peluang. 

Pasukan mereka banyak mengajar saya tentang selok-belok peragaan, daripada cara melakukan pose sehinggalah memahami bagaimana sesebuah sesi penggambaran profesional dijalankan. 

Saya sangat berterima kasih kepada pasukan AQ Intl kerana mempercayai saya dan meluangkan masa untuk membimbing saya. Sehingga hari ini, saya masih bekerjasama dengan mereka dan saya akan sentiasa menghargai peluang yang telah mereka berikan kepada saya. 

How do you stay updated with the men’s style?

Bagi mengikuti perkembangan scene streetwear tempatan, saya mengikuti beberapa jenama seperti AQIntl, SVG, All Love, OPT dan banyak lagi supaya saya tidak ketinggalan dengan apa yang sedang berlaku dalam dunia fesyen tempatan. 

Saya juga sentiasa mengikuti perkembangan rakan-rakan yang mempunyai minat dalam fesyen seperti Salman Farish, Fahd, Pipi Razi dan ramai lagi. Untuk gaya peribadi pula, saya menjadikan Daniel Simmons sebagai rujukan dan sumber inspirasi utama.

Apakah yang boleh kita nantikan daripada anda pada tahun 2026?

Tiada apa yang terlalu besar. Saya cuma mahu menghasilkan dan berkongsi lebih banyak video berkaitan fesyen, gaya hidup dan penjagaan diri. Harapnya saya dapat menambah lebih ramai pengikut juga, hahaha

Nasihat untuk content creators yang baru?

Menjadi seorang pencipta kandungan mungkin kelihatan mudah, tetapi sebenarnya tidak. Bagi saya, ilmu adalah segala-galanya. Pendidikan yang baik penting kerana ia membantu kita menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi, sama ada di dalam mahupun di luar media sosial. 

Kita perlu tahu bagaimana untuk berinteraksi dengan orang lain, menerima kritikan dan menghasilkan kandungan yang benar-benar dekat dengan audiens. Sebelum kita boleh berkongsi ilmu dengan orang lain, kita sendiri perlu mempunyai ilmu. Perkara kedua yang sama penting ialah membina hubungan. Sentiasalah bersikap baik terhadap orang lain, jenama dan semua yang berada di sekeliling kita. Hubungan yang baik serta reputasi yang positif membantu kita untuk terus relevan dan dipercayai dalam industri ini.

Syabil Yusop

Perkara yang ingin dicapai sebelum masuk usia 30 tahun?

Saya berharap dapat mencapai kestabilan dari segi kewangan dan pada masa yang sama memberikan peluang kepada ibu bapa saya untuk menunaikan ibadah Haji sebagai hadiah buat mereka. Selain itu, saya juga mahu menjadi seseorang yang mampu memberi inspirasi kepada golongan muda.

Artikel berkaitan: “CONFIDENCE IS THE KEY, KAN?” SHARUL KAMAL. KENALI PENYANYI DAN PELAKON YANG MULA MENJADI SEBUTAN.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

aksesori lelaki 2026

AKSESORI LELAKI 2026: 7 ITEM KECIL YANG TERUS NAIKKAN GAYA

Bacaan Lanjut
BAG CHARM UNTUK LELAKI? TREND YANG KIAN POPULAR DALAM MENSWEAR

BAG CHARM UNTUK LELAKI? TREND YANG KIAN POPULAR DALAM MENSWEAR

Bacaan Lanjut
BOLA SEPAK + FESYEN? KETAHUI TAS TANGAN YANG DIGAYAKAN OLEH PEMAIN BOLA SEPAK FIFA WORLD CUP 2026

BOLA SEPAK + FESYEN? KETAHUI TAS TANGAN YANG DIGAYAKAN OLEH PEMAIN BOLA SEPAK FIFA WORLD CUP 2026

Bacaan Lanjut
QUIET POWER: MASKULINITI LELAKI YANG TIDAK PERLU BISING

QUIET POWER: MASKULINITI LELAKI YANG TIDAK PERLU BISING

Bacaan Lanjut
salman farish

THE HYPEMAKERS, GLAM LELAKI NOVEMBER 2025 BERSAMA SALMAN FARISH

Bacaan Lanjut
THE HYPEMAKERS, KENALI 5 JEJAKA WAJAH HADAPAN NOVEMBER 2025 INI

THE HYPEMAKERS, KENALI 5 JEJAKA WAJAH HADAPAN NOVEMBER 2025 INI

Bacaan Lanjut