KOLEKSI ERLING HAALAND: 6 TAS HERMÈS YANG MEMBUKTIKAN BINTANG BOLA SEPAK INI IKON GAYA
Erling Halaand sekali lagi mencuri perhatian tetapi kali ini bukan kerana kemahirannya, tetapi kerana koleksi tas tangan Hermès yang dimiliki.
Apabila bercakap tentang gaya peribadi, nama Erling Haaland sering dikaitkan dengan siluet oversized, pakaian jalanan mewah dan aksesori yang berani. Penyerang sensasi ini bukan sahaja dikenali kerana ketajamannya di atas padang, malah semakin mencuri perhatian menerusi koleksi tas tangan mewah yang menjadi pelengkap gaya hariannya. Namanya kini semakin mendpaat perhatian sepanjang FIFA World Cup 2026. Selain daripada dunia bola sepak, nama Erling Haaland turut menjadi bualan dalam dunia fesyen.
Daripada pelbagai jenama fesyen mewah, Hermès jelas menjadi pilihan utama Haaland. Koleksinya dipenuhi dengan model Birkin HAC (Haut à Courroies) yang sukar diperoleh. Malah sebahagiannya merupakan edisi eksklusif yang hanya dimiliki oleh segelintir pengumpul di seluruh dunia.
Berikut merupakan enam tas Hermès yang pernah digayakan oleh Erling Haaland dan menjadi koleksi peribadinya.
#1 Hermès Birkin HAC Endless Road
Antara tas paling mencuri perhatian dalam koleksi Haaland ialah Birkin HAC Endless Road. Rekaan ini menggabungkan seni pertukangan tangan Hermès dengan motif grafik moden yang diinspirasikan daripada perjalanan tanpa penghujung, menjadikannya jauh berbeza daripada Birkin klasik. Dengan dua rona yang menarik, Haaland mendominasi kedua-dua warna ini, Bleu de Prusse dan Gris Perle. Dalam dunia pengumpulan Hermès, memiliki variasi warna bagi model yang sama bukan sesuatu yang luar biasa. Malah, ia sering dianggap sebagai simbol status dalam kalangan pengumpul tegar kerana akses kepada tas-tas ini amat terhad.


Saiznya yang lebih besar memberikan karakter maskulin dan praktikal, sesuai dengan gaya Haaland yang sering memilih pakaian longgar dan siluet santai ketika berada di luar padang. Tas ini juga menjadi antara model yang paling sukar ditemui di pasaran sekunder kerana pengeluarannya yang sangat terhad.
#2 Hermès Birkin HAC Rock
Seperti namanya, Birkin HAC Rock membawa imej yang lebih berani dan kontemporari. Rekaan ini menampilkan kemasan logam, perkakasan yang lebih menyerlah serta elemen moden yang memberikan karakter lebih edgy berbanding Birkin tradisional.
Pilihan ini cukup menggambarkan personaliti Haaland yang gemar bereksperimen dengan fesyen. Dipadankan bersama jaket kulit, cermin mata hitam dan kasut sneakers mewah, keseluruhan penampilannya kelihatan lebih segar tanpa kehilangan elemen sofistikated.
#3 Hermès Kelly Dépêches
Walaupun Birkin HAC mendominasi koleksinya, Haaland turut memiliki Kelly Dépêches, sebuah tas berbentuk briefcase yang terkenal dengan rekaan minimal dan elegan.
Model ini sering menjadi pilihan golongan profesional kerana siluetnya yang kemas, namun Haaland membuktikan ia juga sesuai digayakan bersama pakaian moden. Dengan hanya sehelai kemeja putih, seluar longgar dan loafers, Kelly Dépêches mampu memberikan sentuhan kemewahan yang tidak berlebihan.
#4 Hermès Birkin HAC Toile
Bagi mereka yang menggemari estetika lebih kasual, Birkin HAC Toile menawarkan gabungan kulit premium bersama fabrik kanvas ikonik Hermès. Kombinasi material ini menghasilkan tas yang lebih ringan tanpa mengorbankan identiti mewah jenama tersebut.
Haaland sering menggayakan model ini ketika tiba di lapangan terbang atau menghadiri sesi latihan, membuktikan bahawa tas mewah juga boleh dipadankan dengan pakaian harian seperti hoodie, jaket bomber dan seluar denim.
#5 Hermès Birkin HAC Multipockets
Fungsi bertemu fesyen menerusi Birkin HAC Multipockets. Seperti namanya, model ini dilengkapi beberapa poket tambahan pada bahagian luar, menjadikannya lebih praktikal untuk kegunaan harian. Rekaan utilitarian ini selari dengan trend menswear semasa yang memberi penekanan terhadap aksesori berfungsi tanpa mengabaikan nilai estetik. Tidak hairanlah model ini menjadi antara Birkin HAC paling mendapat perhatian dalam kalangan peminat fesyen lelaki.

Pilihan Haaland membuktikan bahawa tas tangan bukan lagi sekadar aksesori wanita. Hari ini, semakin ramai lelaki berprofil tinggi memilih tas bersaiz besar sebagai sebahagian daripada identiti gaya mereka.
Selain Haaland, selebriti seperti Pharrell Williams, Lewis Hamilton, ASAP Rocky dan Colman Domingo turut menjadikan tas mewah sebagai aksesori utama dalam penampilan harian mereka. Daripada tote bag hingga Birkin HAC, trend “man bag” kini menjadi simbol keyakinan, fungsi dan kemewahan moden.
Dengan koleksi Hermès yang dianggarkan bernilai ratusan ribu ringgit, Erling Haaland membuktikan bahawa gaya seorang atlet moden tidak lagi terhad kepada jam tangan mewah atau kasut sneakers eksklusif. Sebaliknya, tas tangan kini menjadi pelaburan fesyen yang mencerminkan personaliti, status dan cita rasa yang semakin matang.
Pautan berkaitan: BOLA SEPAK + FESYEN? KETAHUI TAS TANGAN YANG DIGAYAKAN OLEH PEMAIN BOLA SEPAK FIFA WORLD CUP 2026
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
FESYEN MUSIM PANAS LELAKI MODEN DAN MINIMALIS KINI
Fesyen musim panas lelaki menumpukan perhatian kepada perkara paling asas iaitu dari segi pemilihan fabrik dan siluet longgar. Kemuncak industri fesyen adalah apabila tiba musim bunga dan musim panas, di mana para pereka fesyen menumpukan sepenuh perhatian mereka terhadap koleksi terbaru yang bakal dipersembahkan atas pentas runway. Koleksi fesyen musim panas lelaki kali ini menumpukan…
5 WANGIAN ZESTY & CITRUS BUAT LELAKI
Wangian ringan ini adalah keperluan musim panas yang sempurna, sesuai untuk dipakai pada waktu siang, percutian atau aktiviti kasual.
9 HADIAH HARI VALENTINE UNTUK SI CANTIK
Ungkapkan 'Aku cinta padamu'. GLAM Lelaki bentangkan hadiah Hari Valentine terbaik yang bersifat sentimental serta mempunyai elemen kejutan.
10 SANDAL LELAKI YANG MENGGABUNGKAN KESELESAAN, GAYA DAN FUNGSI UNTUK 2024
GLAM Lelaki memperkenalkan sandal lelaki terbaik untuk penampilan yang santai dan gaya dalam setiap langkah.
BIZ OF RE X PORTLUXE: BELI-BELAH AMAL UNTUK ANAK SENI
Biz of RE X Portluxe membawakan kepada anda pelbagai tas tangan dan aksesori berjenama, membantu mengumpul dana industri Seni dan Hiburan.
EKSPLORASI DUA RODA
Berbasikal di pinggir kota cipta momen penuh bermakna. It’s the ultimate symbol of freedom! Sambil berkayuh sambil menikmati pemandangan indah ditambah manfaat bersenam yang effortless.











