Skip to content

LOAFERS VS SNEAKERS: APA PILIHAN LELAKI BERGAYA 2026?

LOAFERS VS SNEAKERS: APA PILIHAN LELAKI BERGAYA 2026?

Kongsikan artikel ini

Semakin banyak pilihan kasut buat lelaki pada tahun 2026. But back to basic, antara loafers dan sneakers, mana satu pilihan anda? 

Jika suatu ketika dahulu sneakers dianggap sebagai pilihan utama lelaki moden, tahun 2026 menyaksikan perubahan menarik dalam landskap fesyen. Loafers kini kembali menjadi rebutan, bukan sahaja sebagai kasut formal, malah dipakai bersama gaya kasual dan streetwear. Dalam masa yang sama, sneakers masih kekal relevan dengan siluet lebih minimal dan sofistikated.

Jadi, antara loafers dan sneakers, yang manakah lebih sesuai untuk lelaki bergaya pada tahun 2026?

Loafers: Simbol Kematangan Gaya

Selepas beberapa musim mendominasi pentas fesyen lelaki, loafers kini menjadi antara kasut paling versatil dalam almari moden. Ia bukan lagi sekadar pelengkap sut atau pakaian pejabat, malah mudah dipadankan dengan seluar denim, chinos, cargo mahupun shorts.

Trend smart casual yang semakin popular menjadikan loafers sebagai pilihan utama kerana ia memberi keseimbangan antara formal dan santai. Ramai selebriti dan ikon fesyen memilih loafers bersama oversized shirt, tank top, blazer longgar atau seluar wide-leg, membuktikan kasut klasik ini boleh kelihatan sangat kontemporari.

Sumber: Dior

Jenama seperti Dior, Prada, Miu Miu, Gucci dan Saint Laurent terus memperkenalkan interpretasi baharu melalui rekaan chunky sole, leather berkilat, suede dan kemasan metal hardware yang memberikan karakter lebih moden. Antara gaya yang sesuai untuk menggayakan loafers adalah gaya formal seperti ke pejabat atau makan malam romantik.

Sneakers: Keselesaan Yang Tidak Pernah Hilang

Walaupun loafers sedang meningkat populariti, sneakers masih menjadi pilihan ramai kerana faktor keselesaan dan fleksibiliti. Bezanya pada tahun 2026, trend sneakers lebih tertumpu kepada rekaan yang lebih maximalist dan complicated, agar perhatian dialih ke arah kasut sahaja.

Retro runners, suede sneakers dan silhouette klasik menjadi pilihan berbanding kasut bersaiz besar yang pernah menjadi fenomena beberapa tahun lalu. Warna neutral seperti putih, coklat, kelabu, hitam dan krim juga masih digemari kerana mudah dipadankan dengan pelbagai gaya.

Sumber: New Balance

Sneakers juga semakin banyak digayakan bersama blazer, seluar tailoring dan knitwear, menunjukkan kasut sukan kini sudah diterima dalam penampilan yang lebih matang. Aktiviti harian, travel, serta waktu bersukan juga amat sesuai untuk bergaya dengan sneakers.

Apa Kata Trend 2026?

Tahun ini memperlihatkan sempadan antara formal dan kasual semakin kabur. Ramai lelaki tidak lagi memiliki kasut mengikut kategori tertentu, sebaliknya memilih berdasarkan gaya hidup mereka. Jika dahulu sneakers hanya dipakai bersama hoodie atau jogger pants, kini ia dipadankan dengan sut longgar dan seluar tailoring. Begitu juga loafers yang tidak lagi eksklusif untuk pakaian formal, malah menjadi aksesori utama gaya kasual yang lebih sofistikated.

Trend ini menunjukkan bahawa fesyen lelaki kini lebih mengutamakan personaliti berbanding peraturan berpakaian. Jawapannya bergantung kepada imej yang ingin ditampilkan. Jika anda mahukan penampilan yang lebih matang, kemas dan mewah tanpa perlu berusaha terlalu keras, loafers ialah pelaburan terbaik. Ia mampu menaikkan keseluruhan gaya walaupun dipadankan dengan pakaian yang ringkas.

Sumber: @jutdwae

Namun, jika keselesaan dan mobiliti menjadi keutamaan, sneakers kekal sebagai pilihan paling praktikal. Pilih rekaan yang minimal dan berkualiti untuk memastikan ia mudah dipadankan dengan pelbagai jenis pakaian.

Tahun 2026 bukan lagi soal memilih antara loafers atau sneakers, tetapi mengetahui bila masa yang sesuai untuk memakai kedua-duanya. Loafers melambangkan keyakinan, kematangan dan gaya yang lebih refined, manakala sneakers pula menawarkan keselesaan serta estetika moden yang santai. Lelaki bergaya hari ini tidak terikat kepada satu pilihan sahaja. Sebaliknya, mereka memiliki kedua-duanya dan tahu bagaimana menggayakan setiap pasangan mengikut situasi.

Sumber: Zeve Shoes

Kerana akhirnya, kasut terbaik bukan sekadar yang mengikut trend, tetapi yang mampu melengkapkan identiti dan gaya peribadi anda.

Pautan berkaitan: 5 JENAMA KASUT LOKAL & ANTARABANGSA MENGUBAH SEMPADAN GAYA LELAKI KINI

Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 SNEAKER TRENDY PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut

STOR NEW BALANCE ERA BAHARU KINI DIBUKA DI THE EXCHANGE TRX

Bacaan Lanjut

5 TREND SNEAKER LELAKI PALING POPULAR 2023

Bacaan Lanjut

5 TIP BERGAYA DENGAN KASUT KULIT LELAKI

Bacaan Lanjut
new balance Malaysia

NEW BALANCE MELANCARKAN STOR KONSEP ‘AESTHETIC’ BAHARU DI MALAYSIA

Bacaan Lanjut
5 PRODUK FESYEN MENARIK BULAN INI

5 PRODUK FESYEN MENARIK BULAN INI

Bacaan Lanjut