FESYEN MUSIM PANAS LELAKI MODEN DAN MINIMALIS KINI
Fesyen musim panas lelaki menumpukan perhatian kepada perkara paling asas iaitu dari segi pemilihan fabrik dan siluet longgar.
Kemuncak industri fesyen adalah apabila tiba musim bunga dan musim panas, di mana para pereka fesyen menumpukan sepenuh perhatian mereka terhadap koleksi terbaru yang bakal dipersembahkan atas pentas runway. Koleksi fesyen musim panas lelaki kali ini menumpukan perhatian pada yang paling asas iaitu dari segi fabrik dan material, sentuhan, warna dan siluet tubuh yang tidak terlalu ketat.
‘Future Flesh’: Era sensualiti fesyen musim panas lelaki baharu
Pada musim panas kali ini, para pereka fesyen tidak lagi bergantung pada struktur atau gaya yang keterlaluan. Malah mereka memilih sesuatu yang lebih lembut dan peribadi. Inilah era ‘Future Flesh’ di mana fabrik menyentuh kulit seperti nafas baru dan pakaian lelaki mula mengadaptasi kelembutan sebagai satu bentuk kekuatan baharu.
Sentuhan Mengatasi Gaya
Antara perkara paling menarik perhatian dalam fesyen musim panas lelaki kali ini adalah asas potongan baju, dari segi tekstur kain dan pemilihan material. Kain dengan potongan longgar ke bawah, lut sinar, atau melekap lembut pada tubuh seperti kabus. Bayangkan linen ringan, rajutan nipis, sutera matte, dan mesh yang bermain dengan sedikit pendedahan kulit namun masih penuh dengan kesopanan. Pakaian ini menjadi kulit kedua atau kadang-kadang merupakan lapisan perlindungan yang tidak kelihatan. Ia bukan tentang tarikan seksual, tetapi tentang intimasi dan rasa kemanusiaan. Potongan baju juga mula berubah sedikit demi sedikit meninggalkan struktur ketat dan tted, bahu dijatuhkan, silhouette membulat dan memberi ruang kepada pergerakan. Ia seperti pakaian yang dibentuk oleh tubuh, bukan mengawal tubuh.
Potongan longgar yang lebih selesa berbanding potongan mengikut tubuh badan.
Fesyen musim panas lelaki kali ini tidak lagi meraikan potongan ketat atau gaya “streetwear” berlebihan. Sebaliknya, ia lebih menumpukan kepada kelonggaran, pergerakkan dan hubungan semula jadi dengan tubuh si pemakai. Seluar potongan lebar, baju tanpa lengan yang tidak agresif, kemeja berbalut seperti jubah; semuanya menjemput angin dan cahaya menyentuh kulit. Beberapa rekaan mengimbas siluet tradisional; sarung, jubah longgar, atau lapisan gaya 90-an.
Artikel berkaitan: KLFW 2025 BAKAL HADIR PADA BULAN OGOS INI!
Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
KOLEKSI ERLING HAALAND: 6 TAS HERMÈS YANG MEMBUKTIKAN BINTANG BOLA SEPAK INI IKON GAYA
Erling Halaand sekali lagi mencuri perhatian tetapi kali ini bukan kerana kemahirannya, tetapi kerana koleksi tas tangan Hermès yang dimiliki.
AKSESORI LELAKI 2026: 7 ITEM KECIL YANG TERUS NAIKKAN GAYA
Salah satu cara mudah untuk lelaki meningkatkan gaya fesyen mereka pada tahun 2026 ialah dengan aksesori yang menyerlah, tetapi effortless.
BAG CHARM UNTUK LELAKI? TREND YANG KIAN POPULAR DALAM MENSWEAR
Salah satu trend yang boleh dilihat dari minggu fesyen tahun ini ialah bag charm, yang kini menjadi aksesori utama buat lelaki.
BOLA SEPAK + FESYEN? KETAHUI TAS TANGAN YANG DIGAYAKAN OLEH PEMAIN BOLA SEPAK FIFA WORLD CUP 2026
Bukan hanya beraksi di atas padang, malah di atas pentas fesyen. Tas tangan pemain bola sepak FIFA World Cup 2026 cukup bergaya!
KOLABORASI LOUIS VUITTON DAN J-HOPE, DENGAN LV BUTTERSOFT SNEAKER
Louis Vuitton mengukuhkan kedudukan sebagai peneraju inovasi fesyen dengan LV Buttersoft Sneaker sebagai kolaborasi bersama J-Hope.
5 PENGARAH KREATIF FESYEN TERBAHARU, DARI OAKLEY KE ZARA
Kenali 5 Pengarah Kreatif Fesyen 2026. Dari Matthew Williams ke John Galliano ke Zara, lihat siapa yang mengubah gaya global.




















