8 BINTANG K-POP SPOTTED DI F1 GRAND PRIX SINGAPURA 2026
F1 Grand Prix Singapura 2026 bertukar menjadi F1 GP K-Pop dengan kehadiran bintang K-Pop yang memeriahkan lagi acara itu.
F1 Grand Prix Singapura mendapat gelaran baharu, F1 Grand Prix K-Pop apabila hujung minggu di Singapura itu dihadiri oleh bintang-bintang K-Pop sebagai wakil kumpulan F1 masing-masing. Selain daripada persembahan, ada juga yang hadir bagaikan minggu fesyen. Selain itu, ada juga yang hadir sebagai peminat tegar sukan pemotoran ini. Bagi peminat-peminat K-Pop di Singapura, hujung minggu yang lalu semestinya hujung minggu yang ikonik buat mereka.
Kemenangan menjadi milik Max Verstappen apabila menaiki podium di tempat pertama, diikuti Charles Leclrec dan Kimi Antonelli. Ini merupakan kemenangan kedua Verstappen untuk musim ini, selepas mendominasi F1 GP Bahrain di Malaysia, minggu lalu. Dengan kehadiran bintang-bintang K-Pop ke acara sukan berprestij ini, F1 kini bukan sekadar buat peminat kereta, namun buat peminat muzik yang ingin memberi sokongan.
Berikut merupakan wajah-wajah K-Pop yang mengahdiri F1 Grand Prix Singapura 2026 di Marina Bay hujung minggu yang lalu.
#1 Felix (Stray Kids) – Scuderia Ferrari
Sebagai peminat F1 yang terkenal, ini bukan kali pertama Felix menghadiri acara F1 Grand Prix untuk tahun ini. Pada bulan Mac yang lalu, Felix membuat kemunculan sebagai tetamu Mercedes dan adidas di Shanghai F1 GP. Kini, mewakili pasukan yang diminati olehnya, Felix hadir bersama Ferrari. Felix yang cukup dikenali sebagai peminat Charles Leclerc juga berpeluang berjumpa dan melihat sendiri perlumbaan itu.
#2 Bang Chan (Stray Kids) – Aston Martin
Hadir sempena kolaborasi Breitling x Aston Martin, Bang Chan membuat kemunculan di pop-up mereka di Raffles City sebelum ke Marina Bay untuk melawat trackside mereka. Kehadirannya membuktikan minat Bang Chan terhadap F1 yang dikatakan baru bermula. Bang Chan turut berpeluang melawat garaj Aston Martin walaupun tidak berkesempatan untuk menonton perlumbaan akhir acara itu.
#3 MEOVV – Scuderia Ferrari
Bagaikan minggu fesyen, wajah jelita MEOVV menghiasi Marina Bay dengan kehadiran mereka sebagai tetamu Ferrari. MEOVV membuat kemunculan pada hari pertama, 10 Oktober 2026 sebelum bergambar bersama bintang Ferrari, Lewis Hamilton. Sooin, Gawon, Anna, Ella dan Narin turut hadir untuk melawat garaj dan paddock Ferrari pada hari yang sama.

#4 BamBam (GOT7) – Mercedes-AMG PETRONAS
Sebagai kolaborasi antara adidas Thailand dan pasukan F1 Mercedes-AMG PETRONAS, BamBam hadir mewakili jenama itu. BamBam membuat kemunculan di pop-up adidas x Mercedes-AMG PETRONAS di Mercedes-Benz Studio Singapore dan bergambar bersama bintang kumpulan itu, Kimi Antonelli. Selain daripada pop-up, dia turut berpeluang melawat garaj dan paddock Mercedes di Marina Bay.
#5 Tzuyu (TWICE) – Atlassian Williams
Salah satu kolaborasi yang tidak dijangka, Tzuyu hadir ke F1 GP Singapura mewakili pasukan F1 Atlassian Williams. Tzuyu dijangka bakal melancarkan lagu sebagai penyanyi rasmi kolaborasi antara K-Pop, sukan pemotoran dan anime sempena F1 GP Jepun. Di Singapura, selain daripada melawat garaj Atlassian Williams, Tzuyu juga merakam beberapa kandungan bersama Alex Albon dan Carlos Sainz Jr.
#6 Hyoyeon (Girls Generation) – Cadillac
Sebagai salah seorang wajah kesukaan Tommy Hilfiger, Hyoyeon terbang ke Singapura sempena pop-up F1 Tommy Hilfiger x Cadillac di Paragon Singapura. Selain dari hadir sebagai wakil Tommy Hilfiger dan Cadillac, Hyoyeon juga membuat persembahan sebagai DJ untuk acara berikut. Dalam kesibukannya, Hyoyeon juga sempat dijemput sebagai penyampai Pirelli Pole Position Award kepada Max Verstappen.

#7 CORTIS – Red Bull Racing
Kurang dari dua tahun dalam industri, CORTIS telah dijemput sebagai headliner di F1 GP Singapura 2026 menjadikan mereka salah satu bintang K-Pop yang hadir, dengan 60,000 penonton. Ini membuktikan impak besar CORTIS dalam dunia hiburan, walaupun masih muda. CORTIS juga sempat melawat garaj Red Bull dan bergambar bersama bintang mereka, Max Verstappen sebelum menggegarkan pentas dengan lagu mereka seperti REDRED, GO!, Acai dan banyak lagi.
#8 Sandara Park (2NE1) – Red Bull Racing
Bintang lagenda generasi kedua ini menjadi tetamu rasmi buat kumpulan Oracle Red Bull Racing di Singapura. Sandara Park menghabiskan masa bersama Liam Lawson and Arvid Lindblad, atlet pemotoran Visa Cash App Racing Bulls (VCARB). Selain daripada kemunculannya di paddock, Sandara Park turut dilihat bersama selebriti Filipino seperti Anne Curtis, serta kehadirannya di acara eksklusif Réservé Singapura.

Pautan berkaitan: SELEBRITI TEMPATAN YANG HADIR KE F1 GRAND PRIX BAHRAIN DI SEPANG
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
LEBIH DARI 50 TETAMU, INI LINE-UP ASIA ARTIST AWARDS 2026 DI KAOHSIUNG!
Asia Artist Awards 2026 dibarisi lebih 50 tetamu dan bakal diadakan selama dua hari di Kaohsiung National Stadium Disember 2026 ini.
5 KERETA F1 YANG PALING MAHAL PERNAH DIJUAL DI AUCTION
Lihatkan lima kereta lumba F1 yang termahal pernah dijual di auction sementara menanti jualan 1996 McLaren F1 GTR yang bakal mengukir sejarah di Monterey Sabtu ini.
KM CHART AWARDS 2026: SELEBRITI DI KARPET MERAH SERTA PEMENANG ANUGERAH!
Acara anugerah KM Chart Awards 2026 meraikan barisan artis K-pop yang paling menyerlah sepanjang tahun dalam dunia muzik.
SEPANG BAKAL KEMBALI MENGGEGARKAN F1? MALAYSIA BERPELUANG JADI TUAN RUMAH GRAND PRIX 2026
Malaysia dikatakan berpeluang menjadi tuan rumah sempena Grand Prix 2026 berikutan konflik yang dilaporkan di kawasan Timur Tengah.
CORTIS MENDEFINISI SEMULA GAYA STREETWEAR MEWAH GENERASI BAHARU
CORTIS mendefinisi semula gaya streetwear mewah generasi baharu. Ketahui estetik skater-punk Y2K subversif yang mengubah fesyen kontemporari.
8 KUMPULAN K-POP SELF-PRODUCED YANG MENJADI BUKTI BAKAT MEREKA
Selain daripada sekadar bernyanyi dan menari, 8 kumpulan K-Pop ini membuktikan bakat mereka sebagai kumpulan self-produced.











