FENOMENA CHROME HEARTS DALAM DUNIA K-POP
Sejak dahulu lagi, jenama Chrome Hearts sudah menjadi kesukaan kebanyakkan idola K-Pop sebagai item fesyen yang sering digayakan.
Bermula dengan ikon fesyen, G-DRAGON yang sudah menggayakan jenama ini sejak tahun 2011. Kini, tahun 2026 turut menjadi tahun utama buat jenama ini. Dikenali dengan estetik gothic, elemen perak sterling, motif salib, fleur-de-lis serta rekaan yang berani, jenama dari Los Angeles ini telah lama menjadi simbol eksklusiviti dalam kalangan selebriti global.
Di arena K-Pop pula, Chrome Hearts bukan sekadar aksesori atau pakaian mewah. Ia menjadi lambang identiti, personaliti dan gaya individu setiap idola. Daripada cincin, rantai, cermin mata hitam sehinggalah hoodie, ramai bintang lelaki K-Pop memilih Chrome Hearts sebagai jenama utama untuk melengkapkan penampilan mereka, sama ada di pentas, lapangan terbang mahupun dalam kehidupan seharian. Walaupun trend fesyen sentiasa berubah, tahun 2026 membuktikan bahawa pengaruh Chrome Hearts masih utuh dalam industri hiburan Korea.
Berikut merupakan antara idola lelaki yang paling sinonim dengan jenama Chrome Hearts hingga hari ini.
1. G-DRAGON (BIGBANG)
Jika ada seorang individu yang boleh dianggap sebagai wajah tidak rasmi Chrome Hearts dalam dunia K-Pop, sudah tentu ia adalah G-Dragon. G-Dragon telah menggayakan pelbagai item Chrome Hearts termasuk jaket kulit, denim, aksesori perak, rantai, cincin dan cermin mata sejak tahun 2011. Hubungan rapatnya dengan jenama ini menjadikan Chrome Hearts sebahagian daripada identiti fesyennya. Gaya eksperimental dan keberaniannya menggabungkan elemen mewah dengan streetwear turut menjadikan ramai peminat mula mengenali jenama tersebut. Sehingga hari ini, dia masih dilihat memakai Chrome Hearts dalam pelbagai penampilan rasmi dan kasual.
2. Bang Chan (Stray Kids)
Sebagai ketua Stray Kids, Bang Chan sering memilih penampilan yang maskulin dengan sentuhan rock dan street luxury. Chrome Hearts menjadi antara aksesori kegemarannya, khususnya cincin, rantai dan pakaian berlogo silang ikonik jenama itu. Dia sering menggabungkan hoodie Chrome Hearts kesukaannya bersama pakaian serba hitam, menghasilkan gaya yang santai tetapi tetap mempunyai karakter tersendiri.
3. Felix (Stray Kids)
Felix mempunyai gaya yang lebih fleksibel, mampu membawa imej lembut mahupun edgy. Chrome Hearts menjadi pilihan utamanya apabila mahu menyerlahkan sisi lebih berani dan eksklusif. Daripada hoodie, aksesori perak hinggalah beanie, Felix sering memadankan item Chrome Hearts dengan siluet oversized dan gaya kasual moden. Penampilannya membuktikan bahawa jenama ini boleh disesuaikan dengan pelbagai personaliti fesyen.
4. Ni-ki (ENHYPEN)
Sebagai antara idola generasi baharu yang semakin menyerlah dalam dunia fesyen, Ni-ki dilihat kerap menggayakan Chrome Hearts ketika menghadiri acara, sesi fotografi dan penampilan di lapangan terbang. Pilihannya terhadap pakaian serta aksesori Chrome Hearts melengkapkan imej cool dan minimal yang menjadi identitinya. Walaupun masih muda, gaya Ni-ki menunjukkan kematangan dalam memilih jenama mewah yang mempunyai nilai estetik tinggi.
5. Leo (ALPHA DRIVE ONE)
Leo merupakan antara wajah baharu yang semakin mendapat perhatian dalam dunia K-Pop dan fesyen. Antara jenama yang sering menghiasi gayanya ialah Chrome Hearts, khususnya aksesori serta pakaian yang menampilkan logo silang ikonik. Pemilihannya membuktikan bahawa pengaruh Chrome Hearts bukan sahaja kekal dalam kalangan idola senior, malah terus menjadi pilihan generasi baharu yang mahu membina identiti fesyen tersendiri.

6. Baekhyun (EXO)
Baekhyun terkenal dengan gaya yang lebih bersih dan sofistikated, namun dia sering menambah elemen Chrome Hearts untuk memberikan sentuhan lebih edgy pada penampilannya. Aksesori seperti rantai Chrome Hearts menjadi pelengkap kepada gaya minimalisnya. Gabungan ini menghasilkan keseimbangan antara kemewahan moden dan karakter rock yang menjadi DNA jenama tersebut.
7. Chanyeol (EXO)
Dengan ketinggian serta aura yang dimilikinya, Chanyeol sering tampil bergaya dalam pelbagai item Chrome Hearts. Sama ada hoodie, topi, rantai mahupun aksesori perak, dia berjaya menyerlahkan imej kasual mewah yang menjadi trend dalam kalangan selebriti lelaki. Chrome Hearts melengkapkan personaliti Chanyeol yang gemar bereksperimen dengan gaya streetwear premium tanpa kelihatan berlebihan.
Chrome Hearts Masih Relevan Pada 2026
Walaupun dunia fesyen sentiasa memperkenalkan trend baharu setiap musim, Chrome Hearts kekal sebagai antara jenama paling berpengaruh dalam kalangan idola K-Pop. Eksklusiviti, rekaan buatan tangan serta identiti yang sukar ditiru menjadikan setiap item mempunyai nilai tersendiri.
Daripada G-Dragon yang mempopularkan jenama ini lebih sedekad lalu hinggalah generasi baharu seperti Ni-ki dan Leo, Chrome Hearts terus membuktikan bahawa ia bukan sekadar trend sementara. Sebaliknya, ia merupakan simbol gaya hidup dan ekspresi diri yang masih menjadi pilihan ramai bintang K-Pop pada tahun 2026.
Pautan berkaitan: BAG CHARM UNTUK LELAKI? TREND YANG KIAN POPULAR DALAM MENSWEAR
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
NAIL ART KINI UNTUK LELAKI JUGA! TREND TERBAHARU UNTUK TAMBAH GAYA
Tahun ini, nail art menjadi antara trend terbaharu buat lelaki, termasuklah selebriti K-Pop yang berseni mengikut konsep masing-masing.
3 KONSERT YANG DIADAKAN DI STADIUM MERDEKA PADA JANUARI 2026
Pada bulan Januari 2026 ini, Stadium Merdeka yang diberi nafas baharu akan bersinar dengan konsert-konsert yang menjadi tumpuan.
SENI TAMPIL BERGAYA PENUH EFFORTLESS BUAT LELAKI
Penggayaan yang effortless, minimalist dan clean bakal membuatkan lelaki tampak lebih menarik, kemas dan masih bergaya.
19 BINTANG K-POP TERSENARAI DALAM TOP 100 MOST HANDSOME FACES OF 2025
Tahun ini, senarai TOP 100 Most Handsome Faces 2025 menjadi perhatian global, terutama dalam komuniti peminat K-pop.
GL25: 25 MOMEN ISTIMEWA BERSAMA GLAM LELAKI SEPANJANG TAHUN 2025
GLAM Lelaki imbas semula momen istimewa bersama selebriti, GL Team serta jenama-jenama sepanjang tahun 2025 di GL25.
BINTANG K-POP DENGAN AURA FESYEN TERKUAT TAHUN 2025
Tahun 2025 bawakan barisan bintang K-Pop dengan aura fesyen terkuat melalui kehadiran mereka dalam dunia fesyen sebagai tetamu dan duta.











