Skip to content

3 KONSERT YANG DIADAKAN DI STADIUM MERDEKA PADA JANUARI 2026

3 KONSERT YANG DIADAKAN DI STADIUM MERDEKA PADA JANUARI 2026

Kongsikan artikel ini

Pada bulan Januari 2026 ini, Stadium Merdeka yang diberi nafas baharu akan bersinar dengan konsert-konsert yang menjadi tumpuan. 

Stadium Merdeka, sebuah monumen yang penuh dengan nilai sejarah dan nostalgia. Kini, ia kembali menjadi tumpuan utama rakyat Malaysia. Selepas melalui proses restorasi intensif bagi mengembalikan kegemilangan reka bentuk asalnya dari tahun 1957, stadium ini bukan sekadar mercu tanda kemerdekaan. Kini, ia turut berfungsi sebagai ruang acara bertaraf moden. Pada bulan Januari ini, Stadium Merdeka menjadi hos kepada tiga konsert berskala besar. Mereka yang membawa pelbagai genre muzik dari seluruh pelosok dunia.

#1 Hip Hop Tamizha World Tour

Membuka tirai 2026 pada 17 Januari 2026, Stadium Merdeka digegarkan dengan persembahan Hip Hop Tamizha World Tour: Return of the Dragon. Duo popular dari India, Adhi dan Jeeva, berjaya mengumpulkan ribuan peminat muzik hip hop Tamil dalam satu malam penuh bertenaga. Dengan sistem bunyi yang dipertingkatkan di stadium tersebut, lagu-lagu hit seperti Club le Mabbu le dan Vaadi Pulla Vaadi bergema dengan cukup padu. Ini menjadi bukti bahawa Stadium Merdeka masih merupakan lokasi terbaik untuk konsert muzik yang rancak.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Stadium Merdeka (@stadiummerdeka)

#2 Healing Nite Kuala Lumpur

Beralih ke pertengahan bulan, pada 24 Januari 2026, suasana stadium berubah menjadi lebih tenang dan sentimental melalui acara Healing Nite Kuala Lumpur. Konsert ini direka khas untuk peminat yang ingin mencari ketenangan jiwa melalui alunan vokal artis-artis hebat Nusantara. Barisan artis yang memeriahkan malam tersebut termasuklah legenda tanah air seperti Anuar Zain, Dayang Nurfaizah, dan Ratu Rock, Ella. Kehadiran bintang Indonesia seperti Kangen Band dan Lyodra turut menambah seri, menjadikan stadium ini saksi penyatuan muzik serantau yang penuh emosi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Stadium Merdeka (@stadiummerdeka)

#3 K-SPARK In Malaysia

Sebagai penutup tirai bulan yang cukup gemilang, K-SPARK In Malaysia dijadualkan berlangsung pada 31 Januari 2026. Acara ini merupakan antara yang paling dinantikan. Penampilan  ikon global K-Pop, G-Dragon, yang membuat kemunculan semula di pentas Malaysia. Selain itu, kumpulan ITZY, Hwasa, dan DPR Ian turut memeriahkan barisan artis antarabangsa. Manakala kumpulan tempatan seperti DOLLA dan 3P diberikan penghormatan untuk berkongsi pentas yang sama. Acara ini dijangka bakal menarik ribuan pelancong luar negara ke Stadium Merdeka. Mereka sekaligus menghidupkan semula ekonomi sekitar Kuala Lumpur. Agak-agal, lagu terkenal apa yang bakal bergema pada malam terakhir bulan Januari 2026 ini?

Pautan berkaitan:

Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

AJL 40 TV3

10 LAGU BAKAL BERENTAP MEMBURU GELARAN JUARA ANUGERAH JUARA LAGU 40

Bacaan Lanjut
FENOMENA CHROME HEARTS DALAM DUNIA K-POP

FENOMENA CHROME HEARTS DALAM DUNIA K-POP

Bacaan Lanjut
NAIL ART KINI UNTUK LELAKI JUGA! TREND TERBAHARU UNTUK TAMBAH GAYA

NAIL ART KINI UNTUK LELAKI JUGA! TREND TERBAHARU UNTUK TAMBAH GAYA

Bacaan Lanjut

20 LAGU YANG BAKAL BERENTAP DI ANUGERAH JUARA LAGU KE-40 SEPARUH AKHIR

Bacaan Lanjut

GL PLAYLIST: KOLEKSI LAGU RAYA TERBARU TAHUN 2026, DARI ALPHA, MIERUL AIMAN & HAEL HUSAINI.

Bacaan Lanjut

5 PERSONALITI LELAKI TAMPIL STYLISH DALAM REKAAN RIZMAN RUZAINI

Bacaan Lanjut