PARIS MEN’S FASHION WEEK 2026: APA KATA PENULIS GLAM LELAKI?
Penulis GLAM Lelaki merungkai pandangannya tentang Paris Men’s Fashion Week 2026 buat musim sejuk kali ini. Yang penting, barisan selebriti Asia yang hadir!
Paris Men’s Fashion Week bukan lagi sekadar acara eksklusif untuk warga elit Eropah. Ia kini telah bertukar menjadi pentas global yang dikuasai oleh pengaruh luar biasa dari benua Asia. Sebaik sahaja kalendar fesyen beralih ke Januari 2026, tumpuan seluruh dunia terarah ke ibu kota Perancis untuk menyaksikan bagaimana jenama gergasi seperti Louis Vuitton dan Dior merai kepelbagaian budaya melalui duta-duta mereka. Sambil anda menikmati gambar dan setiap satu penggayaan selebriti Asia yang hadir ke pentas Paris Fashion Week kali ini, saya akan meluahkan kata-kata yang berada di fikiran tentang musim ini.
Tahun ini, kehadiran ikon-ikon dari Korea Selatan, Jepun, Thailand, malah wakil kebanggaan Malaysia, telah mencipta gelombang digital yang luar biasa di platform media sosial. Kehadiran mereka di bawah payung jenama mewah bukan sekadar soal gaya, tetapi satu kenyataan tentang siapa yang memegang pengaruh besar dalam pasaran fesyen masa kini. Berikut adalah rangkuman gaya paling memukau 13 selebriti lelaki Asia yang telah memeriahkan PFW 2026.
#1 Hyunjin – Dior

Seterusnya, jenama yang sentiasa menjadi buah mulut lebih-lebih lagi selepas diambil alih secara kreatif oleh Jonathan Anderson, pereka kesukaan ramai. Cukup unik, pelbagai bualan disampaikan mengenai koleksi musim sejuknya kali ini. Buat tetamunya pula, semestinya Mingyu, Apo Nattawit dan Mile Phakphum berada di barisan hadapan. Untuk musim kali ini, kita dikejutkan dengan kehadiran Hyunjin, yang lebih dikenali sebagai Versace Prince dalam dunia fesyen. Adakah ini satu permulaan baru buat Hyunjin bersama rumah fesyen Dior? Akhirnya, kita akan dapat lebih banyak Hyunjin in Paris? Jonathan kelihatan seperti sudah jatuh cinta dengan auranya. Everybody say thank you Dior!
#2 Mingyu – Dior

#3 Jackson Wang – Louis Vuitton

Bermula dengan koleksi Louis Vuitton yang memukau, hasil karya Pharrell Williams sendiri. Lokasi, muzik serta koleksi yang ditayangkan menguatkan lagi sejarah Louis Vuitton sebagai satu jenama fesyen yang penuh budaya. Lebih membanggakan lagi, acara ini ditutup oleh model yang mewakili Malaysia, Ridzman Zidaine. Bintang terkenal dari Thailand, BamBam turut menjadi perhatian ramai apabila tidak muncul sebagai tetamu barisan hadapan, tetapi di atas pentas peragaan.
#4 Sho Hirano – Louis Vuitton

#5 ALVN – Louis Vuitton
Tidak mungkin nama dari Malaysia tidak menanda kehadiran mereka. ALVN dan Jack Gohr, kedua-duanya muncul di kota Paris selepas selesai di Milan Fashion Week. Kehadiran mereka di acara Louis Vuitton turut membanggakan Malaysia. Sebagai wakil dari Malaysia yang penuh keyakinan dan gaya yang tinggi, ALVN dan Jack Gohr selayaknya berada di pentas fesyen antarabangsa. Kami mahukan lebih ramai wakil dari Malaysia, untuk tunjuk kepada dunia personaliti tempatan yang amat bergaya.
#6 THE8 – Louis Vuitton

Wajah ikonik, in iconic pieces. Salah satu look kesukaan saya, diantara tetamu-tetamu barisan hadapan Louis Vuitton. THE8 is the fashion king indeed.
#7 BamBam – Louis Vuitton

#8 Jack Gohr – Louis Vuitton
#9 Gong Yoo – Louis Vuitton

Wajah-wajah yang mewakili Louis Vuitton tidak akan pernah menghampakan. Bukan sekadar idol K-Pop yang membawa impak besar, malah pelakon-pelakon Asia yang menjiwai watak sebagai wakil jenama penuh budaya ini.
#10 Apo Nattawin – Dior

#11 Mile Phakphum – Dior

T-Pop is the new K-Pop? Mungkin. Dengan kehadiran wajah-wajah baharu dan kacak dari Thailand, nama mereka semakin hari semakin besar. Kehadiran mereka yang cukup ramai di Paris Men’s Fashion Week kali ini cukup untuk menjadi bukti kukuh populariti mereka yang sedang melonjak.
#12 Fourth Nattawat – Louis Vuitton

#13 Song Mingi – Christian Louboutin

Salah satu rekaan sulung yang paling dinantikan pada Paris Men’s Fashion week kali ini, semestinya dari Jaden Smith buat Christian Louboutin. Masih banyak pendapat mengenai koleksi anak muda ini. Namun, kreativiti dan idea tersendiri amat penting. Masih panjang masa buat Jaden berkarya sebagai seorang pengarah kreatif di rumah mewah itu. Selain daripada koleksi Jaden, kehadiran hot idol dari ATEEZ, Mingi turut menjadi perbualan ramai. Siapakah dia? Mingi sememangnya membuatkan masa anda berbaloi untuk dihabiskan. Mengapa? Just look at him! Terima kasih, Christian Louboutin.
Kali ini, bagi saya setiap satu jenama cuba untuk memberi penonjolan dalam rekaan masing-masing. Namun, mereka semestinya tidak gagal dalam memilih tetamu yang betul. Guest list buat musim kali ini, it’s sexy!
Pautan berkaitan: SENSASI HEATED RIVALRY BAWA HUDSON WILLIAMS KE RUNWAY DSQUARED2
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
SEPANG BAKAL KEMBALI MENGGEGARKAN F1? MALAYSIA BERPELUANG JADI TUAN RUMAH GRAND PRIX 2026
Malaysia dikatakan berpeluang menjadi tuan rumah sempena Grand Prix 2026 berikutan konflik yang dilaporkan di kawasan Timur Tengah.
TEMUBUAL EKSKLUSIF: JUSTIN CHIEN, KARENA LAM, JESSIE MEI LI TENTANG SIRI BAHARU, THE SEASON
Justin Chien, Karena Lam dan Jessie Mei Li bergabung di dalam siri The Season, GLAM Lelaki sempat menemubual mereka bersama Viu Malaysia.
GLAM LELAKI JULAI 2026 MENAMPILKAN AMIR AHNAF, PEMBENTUK SINEMA MALAYSIA KINI
Amir Ahnaf semakin menyerlah dalam industri seni tanah air. Namanya mula mendapat perhatian menerusi watak Kahar dalam Projek: High Council.
10 MODEL LELAKI YANG BAKAL BERJALAN DI PENTAS FESYEN KLFW 2026
Seperti biasa, KLFW 2026 bukan sahaja dihiasi rekaan penuh gaya, malah wajah-wajah model yang bakal menghiasi pentas runway.
Digital Cover Issue
Personality Name Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis aute irure dolor in reprehenderit in voluptate velit esse cillum dolore eu fugiat nulla pariatur. Excepteur…
EMPAT TREND FESYEN PALING HANGAT SELEPAS FIFA WORLD CUP 2026
Daripada fenomena tas Hermès Haaland hingga trend warna icy blue, lihat empat trend hangat yang membuktikan hubungan rapat antara FIFA dan fesyen.











