Skip to content

KATSEYE, ILLIT & LE SSERAFIM CURI PERHATIAN, 5 LAGI KOLABORASI RENTAS KUMPULAN K-POP YANG IKONIK

KATSEYE, ILLIT & LE SSERAFIM CURI PERHATIAN, 5 LAGI KOLABORASI RENTAS KUMPULAN K-POP YANG IKONIK

Kongsikan artikel ini

Kolaborasi antara kumpulan K-Pop seperti KATSEYE, ILLIT dan LE SSERAFIM sudah lama berlaku, dengan lagu-lagu yang juga ikonik. 

Dalam dunia K-Pop, kolaborasi antara artis daripada kumpulan berbeza sentiasa menjadi momen yang dinantikan peminat. Daripada konsep “super group” sehinggalah projek khas untuk satu lagu sahaja, gabungan ini sering menghasilkan sesuatu yang tidak dapat dilihat dalam aktiviti kumpulan biasa.

Terbaharu, KATSEYE, ILLIT dan LE SSERAFIM mencuri perhatian apabila bergabung untuk lagu “Iconic By Mistake”, mengingatkan semula peminat kepada beberapa kolaborasi rentas kumpulan paling ikonik sebelum ini.

Ini antara kumpulan dan projek khas yang pernah menyatukan bintang-bintang K-Pop daripada dunia berbeza.

#1 GOT the beat (BoA, Girls’ Generation, Red Velvet & aespa)

Ahli: BoA, Hyoyeon, Taeyeon, Seulgi, Wendy Winter & Karina

Dicipta sebagai sebahagian daripada projek Girls On Top (GOT) oleh SM Entertainment, GOT the beat merupakan supergroup wanita pertama yang menghimpunkan generasi berbeza dalam satu pasukan. Mereka debut pada tahun 2022 dengan lagu berjudul Step Back. Kemudian, mereka kembali dengan lagu berjudul Stamp On It pada tahun 2023.

Gabungan ini menyatukan legenda seperti BoA yang sudah berada dalam industri sejak awal era K-Pop, bersama ikon generasi kedua, ketiga dan keempat seperti Girls’ Generation, Red Velvet dan aespa. Walaupun ahli kumpulan datang daripada generasi berbeza, peminat tertarik melihat chemistry mereka. Terutama apabila Taeyeon dan Winter yang mempunyai warna vokal unik digandingkan dalam satu lagu.

#2 SUPER M (SHINee, EXO & NCT)

Ahli: Taemin, Kai, Baekhyun, Mark, Taeyong, Ten & Lucas

Digelar sebagai “The Avengers of K-Pop”, SUPER M merupakan projek supergroup yang dibentuk oleh SM Entertainment bersama label Capitol Records untuk memperkenalkan K-Pop ke pasaran global. Kumpulan ini menghimpunkan ahli daripada SHINee, EXO, NCT 127 dan WayV. Mereka debut pada tahun 2019 menerusi lagu “Jopping”, sebelum meneruskan momentum dengan beberapa lagu seperti “100”, “Tiger Inside” dan “One (Monster & Infinity)”. Setiap ahli membawa kekuatan tersendiri. Daripada pengalaman Taemin sebagai performer generasi kedua, vokal Baekhyun dan Kai daripada EXO, sehinggalah tenaga muda Mark, Taeyong dan Ten daripada NCT.

Gabungan ini menjadi perhatian kerana buat pertama kali peminat dapat melihat beberapa “ace” daripada SM Entertainment berada di bawah satu nama yang sama. Chemistry antara Taemin dan Kai juga sering dipuji kerana kedua-duanya dikenali sebagai antara penari terbaik dalam generasi masing-masing.

#3 WOW THING (Red Velvet, GFRIEND, i-dle & Chungha)

Ahli: Seulgi, SinB, Soyeon & Chungha

WOW THING merupakan kolaborasi khas yang hadir menerusi projek muzik STATION oleh SM Entertainment pada tahun 2018. Lagu ini menghimpunkan empat artis wanita dengan identiti berbeza. Seulgi daripada Red Velvet, SinB daripada GFRIEND, Soyeon daripada i-dle dan soloist, Chungha. Menariknya, setiap ahli mempunyai kelebihan tersendiri. Seulgi dan SinB terkenal dengan kemahiran tarian mereka, Soyeon membawa elemen rap serta penulisan lagu, manakala Chungha menyerlah sebagai seorang performer solo.

Walaupun hanya projek satu lagu, WOW THING menjadi kegemaran peminat kerana kombinasi mereka kelihatan sangat semula jadi sehingga ramai berharap mereka dapat kembali bersama pada masa akan datang.

#4 ZOO (NCT & aespa)

Ahli: Taeyong, Jeno, Hendery, YangYang & Giselle
Lagu: ZOO

“ZOO” merupakan kolaborasi khas yang menghimpunkan ahli daripada NCT dan aespa menerusi projek SMTOWN Winter Album 2021: SMCU EXPRESS. Lagu ini menampilkan Taeyong daripada NCT 127 bersama Jeno daripada NCT DREAM, Hendery dan YangYang daripada WayV, serta Giselle daripada aespa. Gabungan ini mempertemukan lima artis dengan karakter berbeza dalam satu lagu yang membawa konsep lebih eksperimental dan penuh tenaga.

Kolaborasi ini turut menjadi perhatian kerana ia memperlihatkan chemistry antara generasi baharu SM Entertainment. Ramai peminat memuji gabungan Taeyong dan Giselle kerana kedua-duanya dikenali dengan kemahiran rap, manakala kehadiran ahli NCT yang lain menambahkan lagi tenaga dalam persembahan.

#5 NOBODY (i-dle, aespa & IVE)

Ahli: Soyeon, Winter & Liz

“Nobody” merupakan projek kolaborasi yang menghimpunkan tiga bintang daripada tiga kumpulan generasi keempat popular. Soyeon daripada i-dle, Winter daripada aespa dan Liz daripada IVE. Lagu ini dikeluarkan pada tahun 2023 sebagai projek khas yang mempertemukan tiga warna muzik berbeza dalam satu karya. Soyeon membawa identiti rap dan penulisan lagu yang kuat, Winter memberikan vokal uniknya, manakala Liz menyerlah dengan suara yang lembut dan penuh emosi.

Kolaborasi ini menjadi perhatian kerana ia menyatukan tiga kumpulan wanita yang mempunyai pengaruh besar dalam era K-Pop generasi baharu.

#6 ICONIC BY MISTAKE (KATSEYE, ILLIT & LE SSERAFIM)

Ahli: Semua ahli

Lagu: Iconic By Mistake

Kolaborasi terbaharu ini mempertemukan tiga kumpulan wanita di bawah keluarga HYBE — KATSEYE, ILLIT dan LE SSERAFIM dalam satu projek istimewa. Gabungan ini menarik perhatian kerana setiap kumpulan membawa identiti tersendiri. KATSEYE dikenali dengan imej global mereka, ILLIT hadir dengan konsep youthful dan dreamy. Manakala LE SSERAFIM terkenal dengan aura yakin serta persembahan bertenaga.

Walaupun datang daripada kumpulan yang berbeza, gabungan mereka memperlihatkan bagaimana generasi baharu K-Pop terus mencipta trend dengan konsep kolaborasi yang lebih terbuka dan kreatif.

Dengan kemunculan projek seperti ini, peminat dapat melihat sisi baharu artis kegemaran mereka. Bukan sahaja sebagai ahli kumpulan masing-masing, tetapi sebagai sebahagian daripada satu dunia K-Pop yang lebih besar. Daripada supergroup generasi kedua sehingga kolaborasi global generasi baharu, gabungan rentas kumpulan ini membuktikan bahawa dalam K-Pop, dunia berbeza boleh bergabung untuk mencipta sesuatu yang ikonik.

Pautan berkaitan: HARI BAPA 2026: K-POP IDOL YANG TURUT BERGELAR SEORANG BAPA

Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

KUMPULAN K-POP YANG BAKAL COMEBACK TAHUN 2026

KUMPULAN K-POP YANG BAKAL COMEBACK TAHUN 2026

Bacaan Lanjut
19 BINTANG K-POP TERSENARAI DALAM TOP 100 MOST HANDSOME FACES OF 2025

19 BINTANG K-POP TERSENARAI DALAM TOP 100 MOST HANDSOME FACES OF 2025

Bacaan Lanjut
5 LAGU K-POP HAMPIR POPULAR SEPERTI GANGNAM STYLE DAN APT

5 LAGU K-POP HAMPIR POPULAR SEPERTI GANGNAM STYLE DAN APT

Bacaan Lanjut
GABUNGAN HEBAT NMIXX DAN DOLLA DI K-WAVE SUPER CONCERT KUALA LUMPUR

GABUNGAN HEBAT NMIXX DAN DOLLA UNTUK K-WAVE SUPER CONCERT KUALA LUMPUR

Bacaan Lanjut
KEHANGATAN FILEM ANIMASI NETFLIX, K-POP DEMON HUNTERS

KEHANGATAN FILEM ANIMASI NETFLIX, K-POP DEMON HUNTERS

Bacaan Lanjut
LAGU NEW RELEASE K-POP ANDA PATUT DENGAR DI SPOTIFY

NEW RELEASE K-POP ANDA PATUT DENGAR DI SPOTIFY

Bacaan Lanjut