GAYA SELEBRITI MALAYSIA DI PREMIER THE DEVIL WEARS PRADA 2 PILIHAN GLAM LELAKI
Selebriti Malaysia tidak ketinggalan dengan kehangatan dalam dunia fesyen, The Devil Wears Prada 2 dengan gaya mereka di malam premier.
Fenomena filem fesyen The Devil Wears Prada kembali dengan filem sekuel, The Devil Wears Prada 2. Kini kembali dengan pelakon-pelakon yang masih ikonik walaupun selepas 20 tahun, The Devil Wears Prada 2 menghangatkan dunia perfileman walaupun baru kurang dari seminggu dilancarkan. Anne Hathaway, Meryl Streeps, Emily Blunt dan Stanley Tucci kembali untuk sekuel ini, dengan penuh kemunculan ikonik. Wajah baharu seperti Simone Ashley turut menjadi tambahan yang memeriahkan lagi filem ini.
Berlatar belakangkan dunia majalah fesyen, filem ini kembali dengan cabaran baharu, dunia digital. Dua dekad selepas meninggalkan jawatannya sebagai pembantu di majalah Runway, Andrea “Andy” Sachs kini telah menjadi seorang wartawan yang disegani di New York. Namun, seluruh bilik berita tempatnya bekerja tiba-tiba diberhentikan melalui mesej teks ketika mereka menghadiri sebuah majlis anugerah.
Dalam masa yang sama, Miranda Priestly, bekas bos Andy di Runway, berdepan kritikan hebat kerana gagal menilai dengan teliti sebuah artikel promosi tentang jenama yang menggunakan buruh kilang berpeluh (sweatshop). Bagi memulihkan reputasi majalah tersebut, Irv Ravitz, pemilik syarikat induk Runway iaitu Elias-Clarke serta ketua kepada Miranda, melantik Andy sebagai Feature Editor tanpa persetujuannya. Sesuatu yang menimbulkan rasa tidak puas hati dalam diri Andy.
Pada 29 April 2026, barisan selebriti tempatan menghadiri malam premier filem The Devil Wears Prada 2 yang diadakan di Aurum Theater The Exchange TRX. Setiap dari mereka hadir dengan busana-busana yang menggambarkan filem itu sendiri. Pelbagai jenama-jenama ternama yang membuat kemunculan pada malam yang dinantikan itu. Hun Haqeem, Eyka Farhana, Zhen Ning, ALVN dan Dolla antara yang hadir dengan penuh gaya, bersama ramai selebriti tempatan yang lain.
Berikut merupakan barisan selebriti Malaysia yang menghadiri acara premier The Devil Wears Prada 2, penuh gaya dan fesyen.
#1 Hun Haqeem
#2 Qasrina Karim
#3 Eyka Farhana
#4 Zhen Ning
#5 Shalma Ainaa
#6 ALVN
#7 Dolla
#8 Azfar Heri
#9 Alicia Amin
#10 Sharifah Rose
Pautan berkaitan: 5 FILEM HEBAT LAKONAN MERYL STREEP
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 FILEM HEBAT LAKONAN MERYL STREEP
Terokai 5 filem terbaik lakonan legenda Meryl Streep sebelum kemunculannya dalam filem baru The Devil Wears Prada 2.
MAKSIMALISME 2026 : MENGAPA SUDAH TIBA MASANYA LELAKI BERHENTI ‘PLAY SAFE’
Tinggalkan minimalisme. Terokai trend Maksimalisme 2026 bersama Hael Husaini, Hun Haqeem, dan Syed Syafiq. Berhenti bermain selamat sekarang!
10 SELEBRITI LELAKI ASIA YANG LAHIR PADA BULAN JANUARI
Bulan Januari dipenuhi dengan senarai selebriti-selebriti lelaki Asia yang dilahirkan sebagai pembuka tahun baru.
SELAMAT HARI JADI YANG KE-28 HUN HAQEEM! KETAHUI LIMA PERKARA MENGENAI HUN HAQEEM & GLAM LELAKI LOVES HUN!
Sempena hari jadi Hun Haqeem pada 7 Januari hari ini, ketahui lima perkara menarik mengenai Hun Haqeem, termasuk latar belakang dirinya.
TOP 5 FILEM MALAYSIA PALING HANGAT TAHUN 2025
Industri perfileman Malaysia pada tahun 2025 banyak mengeluarkan filem-filem hangat dengan pencapaian yang cukup tinggi.
KETAHUI 6 SELEBRITI LELAKI PALING MENYERLAH 2025
6 selebriti lelaki paling menyerlah 2025 yang wajib diketahui! Dari Hun Haqeem hingga Fattah Amin, lihat bakat, karisma & gaya mereka.











