Skip to content

LEVI’S® BLUE TAB™, EVOLUSI DENIM DALAM DIMENSI BAHARU

LEVI’S® BLUE TAB™, EVOLUSI DENIM DALAM DIMENSI BAHARU

Kongsikan artikel ini

Levi’s® memperkenalkan koleksi baharu mereka dengan acara Blue Tab™ Exhibit yang diadakan di The Grey Box, GMBB. 

Terinspirasi daripada semangat ketukangan halus, Levi’s® memperkenalkan Blue Tab™ sebagai koleksi paling sofistikated dan premium dalam sejarah jenama ikonik ini. Sebagai pelopor kepada seluar jean biru dan simbol demokratisasi denim, Levi’s® terus mengangkat warisan mereka ke tahap baharu melalui pendekatan reka bentuk yang lebih kontemporari dan berani.

Koleksi terkini Blue Tab™ menampilkan reinterpretasi klasik yang direkonstruksi. Ia diinspirasikan daripada helaian denim vintaj yang diolah semula menjadi pernyataan moden. Siluet yang ditampilkan lebih kemas, tajam dan bersifat skulptural.

Koleksi ini direka bukan sahaja untuk digayakan, tetapi untuk dihayati dengan elegan dalam kehidupan seharian.

Levi’s® Blue Tab™

Setiap helaian dalam koleksi ini hadir dengan perincian autentik yang diteliti rapi. Ini menjadikannya sebuah kapsul denim yang dramatik namun kekal setia kepada DNA Levi’s®. Penggunaan fabrik Jepun eksklusif serta pilihan material premium dari seluruh dunia menambah nilai pada setiap rekaan. Ini termasuk set denim ringan yang sesuai untuk musim panas dan adunan sutera yang memberi sentuhan mewah pada gaya harian.

Koleksi Lelaki Dan Wanita Yang Menarik Perhatian

Bagi koleksi lelaki, mereka memfokuskan kepada inovasi melalui rekonstruksi siluet klasik. Rekaan seperti Customized Sawtooth Jacket dan 1980s 501® Jeans menampilkan gabungan warisan dan pendekatan moden. Manakala Unstructured Jacket dan Pleated Trouser memberikan pilihan gaya yang lebih santai namun tetap kemas. Elemen versatility diteruskan dengan helaian seperti Work Shacket, Wide Pleat Crop dan 1980s 501® yang mengekalkan karakter klasik Levi’s®.

levi's blue tab

Sementara itu, koleksi wanita Blue Tab™ mengangkat semula denim klasik dengan pendekatan lebih refined. Antara sorotan utama termasuk Roper Jean yang tampil dengan potongan high-rise dan kaki lebar yang flowy. Ia dipadankan dengan Roper Shacket yang berstruktur slim dan moden. Roper Bustier pula melengkapkan gaya dengan potongan yang membentuk siluet tubuh secara semula jadi, menghasilkan satu set yang sofistikated dan versatil. Tidak ketinggalan, Embroidered Bandit Trucker Jacket dan seluar pendek padanannya turut menyerlahkan sisi feminin dengan sentuhan artistik.

Acara Blue Tab™ Exhibit

Melangkaui pakaian, Levi’s® turut mempersembahkan Blue Tab™ Exhibit yang berlangsung pada 5 hingga 6 Mei 2026 di The Grey Box, GMBB, Kuala Lumpur. Ruang ini diubah menjadi pengalaman imersif yang menggabungkan estetika galeri dengan penceritaan tekstil yang mendalam. Setiap helaian dipamerkan sebagai karya seni, lengkap dengan kajian material serta tag eksklusif. Selain itu, rujukan arkib yang mendedahkan proses kreatif di sebalik rekaan turut diperlihatkan.

levi's blue tab

Salah satu tarikan utama adalah instalasi khas oleh Phynn Studio bertajuk Roots of Connection, yang menginterpretasikan semula meja dan kerusi lipat Malaysia menggunakan denim Levi’s®. Berinspirasikan suasana kopitiam dan gerai jalanan, karya ini mencerminkan memori kolektif yang dekat dengan budaya tempatan.

levi's blue tab

Pengunjung juga berpeluang menikmati pelbagai aktivasi menarik termasuk demonstrasi penjagaan denim, rekaan khas oleh Levi’s® Tailor, ruang editorial interaktif, serta persembahan runway eksklusif yang memperlihatkan koleksi Blue Tab™ secara lebih hidup. Tetamu-tetamu istimewa tempatan turut hadir seperti Nadhir Nasar, Hun Haqeem, Daiyan Trisha, Angel dan ramai lagi. Yang diterbangkan dari Indonesia seperti Refal Hady, Sheila Dara, Yoshi Sudarso serta Dion Wiyoko dan ramai lagi memeriahkan Kuala Lumpur malam itu.

Levi’s® Blue Tab™

Dengan Blue Tab™, Levi’s® bukan sekadar memperkenalkan koleksi baharu — ia adalah manifestasi evolusi denim yang terus relevan, progresif dan penuh karakter dalam dunia fesyen moden.

Pautan berkaitan: KOLABORASI LOUIS VUITTON DAN J-HOPE, DENGAN LV BUTTERSOFT SNEAKER

Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

GAYA SELEBRITI MALAYSIA DI PREMIER THE DEVIL WEARS PRADA 2 PILIHAN GLAM LELAKI

GAYA SELEBRITI MALAYSIA DI PREMIER THE DEVIL WEARS PRADA 2 PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut
MASIMALISME 2026 : MENGAPA SUDAH TIBA MASANYA LELAKI BERHENTI BERMAIN SELAMAT

MAKSIMALISME 2026 : MENGAPA SUDAH TIBA MASANYA LELAKI BERHENTI ‘PLAY SAFE’

Bacaan Lanjut

BARISAN DUTA JENAMA BAJU RAYA BULAN BINTANG 2026

Bacaan Lanjut
10 SELEBRITI LELAKI ASIA YANG LAHIR PADA BULAN JANUARI

10 SELEBRITI LELAKI ASIA YANG LAHIR PADA BULAN JANUARI

Bacaan Lanjut
hun haqeem armani beauty

SELAMAT HARI JADI YANG KE-28 HUN HAQEEM! KETAHUI LIMA PERKARA MENGENAI HUN HAQEEM & GLAM LELAKI LOVES HUN!

Bacaan Lanjut
TOP 5 FILEM MALAYSIA PALING HANGAT TAHUN 2025

TOP 5 FILEM MALAYSIA PALING HANGAT TAHUN 2025

Bacaan Lanjut