Skip to content

9 KERABAT DIRAJA BRITAIN YANG MENGHIDAP KANSER

9 KERABAT DIRAJA BRITAIN YANG MENGHIDAP KANSER

Kongsikan artikel ini

Dunia menerima kejutan besar apabila Puteri Wales, Kate Middleton mendedahkan dia menghidap kanser.

Berita duka ini muncul selepas tidak lama selepas tersebarnya teori konspirasi tentang kehilangannya. Dalam satu video yang dimuat naik di media sosial, Kate berkata kansernya dikesan selepas menjalani pembedahan abdomen pada 16 Januari lalu. Bagaimanapun dia tidak mendedahkan jenis kanser yang dihidapi.

“Berita ini sangat mengejutkan. William dan saya telah melakukan segala yang terdaya untuk menguruskannya secara peribadi demi keluarga kami. Namun paling penting, kami mengambil masa untuk menjelaskan segalanya kepada George, Charlotte dan Louis dengan cara tepat, dan untuk meyakinkan mereka bahawa saya akan baik-baik saja.

“Seperti yang saya katakan kepada mereka, saya sihat dan semakin kuat setiap hari dengan memberi tumpuan kepada perkara yang akan membantu saya sembuh – dari segi fikiran, tubuh dan semangat,” katanya.

putera william kate Middleton kanser

Foto: Reuters

Puteri berusia 42 tahun itu kini dalam proses pemulihan dan sedang menjalani kemoterapi pencegahan yang bermula pada Februari lalu. Bagaimanapun Kate bukanlah satu-satunya kerabat yang didiagnos menghidap barah.

Berikut lapan lagi kerabat Britain yang menderitai kanser

1. Raja Charles III

Foto: Getty Images

Monarki Britain baru-baru ini disahkan menghidap kanser pankreas susulan pembedahan yang dijalaninya bagi masalah prostat membesar pada bulan Januari. Baginda kini sedang menjalani rawatan pemulihan.

 

2. Sarah Ferguson, Duchess of York

kerabat diraja britain menghidap kanser

Bekas isteri Putera Andrew ini didiagnos dengan barah kulit pada Januari 2024. Enam bulan sebelum itu, Sarah mendedahkan kepada umum bahawa dia disahkan menghidap kanser payudara.

 

3. Ratu Elizabeth II

kerabat diraja britain menghidap kanser

Menurut rekod rasmi, Ratu Elizabeth II mangkat akibat sakit tua. Bagaimanapun Gyles Brandreth yang merupakan pengarang Elizabeth: An Intimate Portrait mendedahkan, baginda menderita sejenis kanser tulang sumsum pada tahun-tahun terakhir kehidupannya. Dalam satu petikan daripada biografi tersebut, Gyles yang merupakan rakan karib Putera Philip berkata dia diberitahu bahawa mendiang menghidap multiple myeloma. Ratu mangkat pada 8 September 2022 ketika berusia 96 tahun.

 

4. Permaisuri Elizabeth The Queen Mother

kerabat diraja britain menghidap kanser

Ibu Ratu Elizabeth II didiagnos menghidap pelbagai jenis barah sepanjang bergelar Permaisuri di samping suaminya, George VI (1936 hingga 1952). Perkara itu hanya didedahkan kepada umum hampir sedekad selepas kemangkatannya pada 30 Mac 2002 ketika berusia 101 tahun.

Pada 2009, pengarang biografi William Shawcross mendedahkan dalam buku The Queen Mother: The Official Biography bahawa baginda menjalani prosedur membuang ketumbuhan pada 1966 susulan disahkan menghidap kanser kolon. Pada 1984, baginda sekali lagi menjalani pembedahan selepas didiagnos dengan barah payudara.

 

5. Raja Edward VIII

kerabat diraja britain menghidap kanser

Edward VIII yang diberi gelaran Duke of Windsor selepas turun takhta merupakan perokok tegar sepanjang hayatnya. Baginda mangkat pada 28 Mei 1972 ketika berusia 77 tahun akibat kanser tekak.

 

6. Raja George VI

Pada 1951, paru-paru kiri bapa Ratu Elizabeth II terpaksa dibuang akibat ketumbuhan. Baginda tidak berjaya pulih sepenuhnya selepas pembedahan itu. Setahun kemudian pada 6 Februari 1952, baginda mangkat dalam tidur dek kanser paru-paru ketika berusia 56 tahun. Merupakan perokok tegar seperti adiknya Raja Edward VIII, Raja George VI menghidap penyakit vaskular periferi yang menyebabkan klaudikaso tak selanjar. Bermakna, mendiang mengalami kesakitan pada ototnya akibat kekurangan oksigen.

 

7. Puteri Diraja Victoria

Cahaya mata Ratu Victoria dan Putera Albert ini mangkat akibat barah payudara pada 5 Ogos 1901 ketika berusia 60 tahun. Tiga belas tahun sebelum itu, suaminya yang merupakan Maharaja Jerman, Frederik III juga terkorban akibat kanser tekak.

 

8. Raja Edward VII

Semasa pemerintahannya dari 1901 hingga 1910, Raja Edward VII menghidap sejenis kanser kulit, karsinoma sel basah di sekitar hidunganya. Ia berjaya dirawat menggunakan radium pada 1907, menurut biografi Bertie Jane Ridley: A Life of Edward VII. Baginda mangkat tiga tahun kemudian pada 6 Mei 1901 ketika berusia 68 tahun. Bagaimanapun kematiannya tiada kaitan dengan kanser, sebaliknya disebabkan oleh jangkitan paru-paru.

 

Foto: People

Pautan berkaitan: 5 KERABAT BRITAIN YANG HAMPIR MENJADI MANGSA PEMBUNUHAN

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

6 RAKYAT BIASA YANG KINI BERGELAR KERABAT DIRAJA BRITAIN

6 RAKYAT BIASA YANG KINI BERGELAR KERABAT DIRAJA BRITAIN

Bacaan Lanjut
KEMUNCULAN AWAM PERTAMA RAJA CHARLES SELEPAS DIDIAGNOS KANSER

KEMUNCULAN AWAM PERTAMA RAJA CHARLES SELEPAS DIDIAGNOS KANSER

Bacaan Lanjut
DUGAAN BERGANDA BUAT PUTERA WILLIAM

DUGAAN BERGANDA BUAT PUTERA WILLIAM

Bacaan Lanjut
8 KERABAT DIRAJA BRITAIN YANG ANDA TIDAK TAHU MENGHIDAP KANSER

8 KERABAT DIRAJA BRITAIN YANG ANDA TIDAK TAHU MENGHIDAP KANSER

Bacaan Lanjut
RAJA CHARLES III TUNDA TUGAS RASMI AKIBAT KANSER

RAJA CHARLES III TUNDA TUGAS RASMI AKIBAT KANSER

Bacaan Lanjut
TEKNIK PERNAFASAN MUDAH UNTUK TIDUR LEBIH LENA & BERKUALITI

TEKNIK PERNAFASAN MUDAH UNTUK TIDUR LEBIH LENA & BERKUALITI

Bacaan Lanjut