Skip to content

5 TIP KEKAL BERTENAGA SEPANJANG BERPUASA

5 TIP KEKAL BERTENAGA SEPANJANG BERPUASA

Kongsikan artikel ini

Berpuasa merupakan peluang terbaik untuk menyahtoksik badan secara rohani dan jasmani.

Ia memberi banyak manfaat kesihatan seperti mengawal gula dalam darah, tekanan darah dan paras kolesterol. Bagaimanapun sepanjang 13 jam menahan lapar dan dahaga, pasti tubuh terasa letih dan lesu kerana tidak mengambil sebarang makanan mahupun minuman.

Cuba cara ini untuk mengatasi rasa lemau ketika berpuasa

1. Ambil Makanan Seimbang

Jangan tinggal sahur kerana ia amat penting. Untuk memastikan tubuh kekal bertenaga sepanjang hari, pilih makanan tepat yang terdiri daripada karbohidrat, protein dan serat. Elakkan makanan tinggi kandungan garam kerana ia boleh meningkatkan rasa dahaga ketika berpuasa.

 

2. Minum Air Secukupnya

Foto: Getty Images

Pengambilan air yang cukup akan membekalkan hidrasi yang diperlukan oleh badan. Ini sekali gus membantu mengurangkan rasa letih ketika berpuasa. Anda disarankan minum kira-kira lapan hingga sepuluh gelas air antara waktu berbuka dan sahur.

 

3. Jangan Minum Kafein

Elak minuman berkafein seperti teh atau kopi pada waktu sahur kerana ia bersifat diuretik dan boleh menyebabkan dehidrasi. Pengambilan kafein akan menyebabkan anda sering ke tandas untuk membuang air kecil. Bukan itu sahaja, ia akan membuatkan mulut kering dan berasa dahaga.

 

4. Lakukan Pergerakan Ringan

Foto: One Medical

Berpuasa bukan alasan untuk anda berehat atau tidur sepanjang hari. Melakukan aktiviti ringan dan kekal aktif boleh menghilangkan rasa lesu. Apa kata sementara menunggu waktu berbuka, anda lakukan senaman ringan yang tidak mengeluarkan banyak peluh seperti berenang atau berjalan di taman.

 

5. Dapatkan Tidur Mencukupi

Tubuh lesu memerlukan rehat yang secukupnya untuk pulih. Selain mengambil makanan seimbang, tidur juga memainkan peranan penting untuk memastikan anda kekal bertenaga sepanjang berpuasa. Memandangkan perlu bangun awal untuk bersahur, pastikan waktu tidur anda juga awal pada bulan Ramadan. Dapatkan waktu rehat kira-kira lapan jam setiap malam.

 

Foto: Freepik

Pautan berkaitan: 5 TIP ELAK MULUT BERBAU KALA BERPUASA DI BULAN RAMADAN

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 TIP ELAK MULUT BERBAU KALA BERPUASA DI BULAN RAMADAN

5 TIP ELAK MULUT BERBAU KALA BERPUASA DI BULAN RAMADAN

Bacaan Lanjut
JUNGKOOK DEDAH RAHSIA DAPATKAN SIX PACK UNTUK DEBUT SOLO, SEVEN

JUNGKOOK DEDAH RAHSIA DAPATKAN SIX PACK UNTUK DEBUT SOLO, SEVEN

Bacaan Lanjut
TIP DIET AMALAN LIMA BINTANG HOLLYWOOD TERKENAL

TIP DIET AMALAN LIMA BINTANG HOLLYWOOD TERKENAL

Bacaan Lanjut