Skip to content

KEMUNCULAN AWAM PERTAMA RAJA CHARLES SELEPAS DIDIAGNOS KANSER

KEMUNCULAN AWAM PERTAMA RAJA CHARLES SELEPAS DIDIAGNOS KANSER

Kongsikan artikel ini

Selepas lebih sebulan berehat untuk memberi fokus pada rawatan kanser, Raja Charles III akhirnya membuat penampilan awam pertamanya.

Sempena sambutan Easter Ahad lalu, baginda menghadiri kebaktian tradisional gereja Easter Mattins di Windsor pada hari Ahad di samping isterinya, Permaisuri Camilla.

Raja Charles dilihat bersemangat ketika tiba di Gereja St. George, sebuah bangunan abad ke-14 di perkarangan Istana Windsor, selepas menempuhi perjalanan satu jam dari London. Acara ini adalah ruji dalam kalendar Diraja.

Foto: Getty Images

Kebiasaannya keluarga Diraja akan berkumpul untuk sambutan Easter di Istana Windsor sebelum pergi ke gereja bersama-sama. Ketibaan mereka biasanya diperhatikan oleh kakitangan yang tinggal di Windsor, sama ada dari tebing berdekatan atau dari depan pintu istana.

Sambil tersenyum, pasangan Diraja itu melambai kepada orang ramai yang memberi ucapan sebelum masuk ke dalam gereja melalui Galilee Porch. Seorang individu sempat mengucapkan ‘Selamat Hari Easter’ sambil menjerit, lalu baginda membalas, “Selamat buat kamu juga.”

Penampilan Raja Charles III Mengundang Keterujaan

Sambutan tahun ini kurang meriah berbanding tahun lalu dengan kehadiran hanya beberapa kerabat. Ini bertujuan meminimumkan sentuhan dengan orang lain kerana baginda masih menerima rawatan dan dalam proses pemulihan.

Malah Raja Charles dan Permasuri Camilla dilihat duduk berasingan daripada jemaah utama sepanjang acara berlangsung selama satu jam. Usai acara, pasangan itu memberi kejutan menggembirakan kepada rakyat yang hadir dan memberi ucapan selamat. Raja Charles dilihat menghampiri mereka dan berjabat tangan sambil berbual mesra.

raja Charles

Foto: AP

Kemunculan semula baginda dalam keadaan sihat dan tenang membuatkan peminat Diraja mampu menarik nafas lega. Sebelum ini monarki Britain itu terpaksa berehat daripada tugas Diraja atas nasihat doktor.

Baginda didiagnos menghidap kanser susulan pembedahan yang dijalaninya bagi masalah prostat membesar pada bulan Januari. Menurut laporan, raja berusia 75 tahun itu menghidap kanser pankreas.

 

Foto: Getty Images

Pautan berkaitan: 9 KERABAT DIRAJA BRITAIN YANG MENGHIDAP KANSER

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

GAJI TAHUNAN PUTERA WILLIAM SELEPAS DIKURNIA GELARAN DUKE OF CORNWALL

GAJI TAHUNAN PUTERA WILLIAM SELEPAS DIKURNIA GELARAN DUKE OF CORNWALL

Bacaan Lanjut
10 LARANGAN YANG MESTI DIPATUHI KERABAT DIRAJA BRITAIN

10 LARANGAN YANG MESTI DIPATUHI KERABAT DIRAJA BRITAIN

Bacaan Lanjut
HIMPUNAN FOTO KERABAT DIRAJA BRITAIN DARI 1920-AN YANG TIDAK PERNAH DILIHAT

HIMPUNAN FOTO KERABAT DIRAJA BRITAIN DARI 1920-AN YANG TIDAK PERNAH DILIHAT

Bacaan Lanjut
RAJA CHARLES III AKHIRI TRADISI ISTANA WINDSOR BERUSIA 200 TAHUN

RAJA CHARLES III AKHIRI TRADISI ISTANA WINDSOR BERUSIA 200 TAHUN

Bacaan Lanjut
5 BUTIRAN TERSEMBUNYI DALAM POTRET RASMI PERTAMA RAJA CHARLES III

5 BUTIRAN TERSEMBUNYI DALAM POTRET RASMI PERTAMA RAJA CHARLES III

Bacaan Lanjut
6 RAKYAT BIASA YANG KINI BERGELAR KERABAT DIRAJA BRITAIN

6 RAKYAT BIASA YANG KINI BERGELAR KERABAT DIRAJA BRITAIN

Bacaan Lanjut