Skip to content

TOM CRUISE PUTUS CINTA DEK GANGGUAN ORANG KETIGA

TOM CRUISE PUTUS CINTA DEK GANGGUAN ORANG KETIGA

Kongsikan artikel ini

Baru beberapa bulan menjalin asmara, hubungan Tom Cruise dan teman wanitanya Elsina Khayrova dilaporkan sudah pun berakhir.

Tom memutuskan hubungannya dengan sosialit Rusia itu untuk mengelak sebarang masalah dengan bekas suami Elsina yang bermulut lantang, Dmitry Tsvetkov.

Selepas tularnya berita percintaan pasangan itu, Dmitry yang merupakan usahawan berlian antarabangsa mengadakan temu bual dengan Daily Mail. Dalam wawancara itu, dia memperincikan butiran perkahwinan mereka dan sempat memberi peringatan kepada Tom untuk “buka mata dan dompetnya luas-luas”.

Satu sumber memberitahu Page Six, artikel yang dikeluarkan itu membuatkan pasukan Tom berasa bimbang dan terganggu.

“Bagaimana dia mahu menjalani penggambaran (Mission: Impossible) jika suami Elsina asyik mengata setiap kali berita mengenainya keluar di media? Mereka sudah tidak larat mahu melayan kerenah bekas suaminya yang sentiasa bercakap buruk setiap beberapa minggu.”

Elsina merupakan anak kepada Rinat Khayrova, ahli politik Rusia dan rakan sekutu Vladimir Putin. Bekas suaminya yang mempunyai kewarganegaraan Britain dilaporkan berada dalam senarai paling dikehendaki Kremlin pada 2020 dan pernah terselamat daripada cubaan bunuh.

Elsina Khayrova Dmitry Tsvetkov

Foto: X

Antara Tom Cruise, Elsina Khayrova dan Dmitry Tsvetkov

Dalam wawancara sama, Dmitry berkata dia membelanjakan lebih USD14.5 juta pada pakaian dan beg tangan bekas isterinya sepanjang 11 tahun perkahwinan mereka. Dia juga hampir kehilangan USD200 juta dalam kes perceraian yang berlangsung selama tiga tahun.

Perceraian pasangan itu menjadi tajuk berita seluruh dunia dek perebutan harta termasuk sebuah rumah agam di Surrey, lima pangsapuri di London, sebuah Bentley dan Ferrari, barang kemas Cartier, serta karya seni daripada Renoir dan Chagall.

“Tidak kira dengan siapa pun dia menjalin hubungan, Tom Cruise atau orang lain, mereka perlu tahu bahawa dia gilakan barangan mewah dan mempunyai cita rasa yang tinggi,” tambah Dmitry kepada Daily Mail.

tom cruise

Foto: Instagram

Menurut laporan, Elsina masih berharap hubungannya dengan Tom akan kembali terjalin. “Dia tidak melakukan apa-apa kesalahan,” menurut sumber terdekat.

Tom dan Elsina dilaporkan berpisah pada akhir bulan Februari. Kedua-duanya berkenalan apabila rakan Elsina membawanya ke salah satu parti teh ekskusif anjuran pelakon itu di emper miliknya di Hyde Park. Mereka dilihat buat kali pertama pada Disember tahun lalu kala menghadiri sebuah parti di Grosvenor Square, London.

 

Foto: Page Six

Pautan berkaitan: ATURAN CINTA TOM CRUISE & SHAKIRA

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

7 BINTANG HOLLYWOOD YANG MERUPAKAN JURUTERBANG BERTAULIAH

7 BINTANG HOLLYWOOD YANG MERUPAKAN JURUTERBANG BERTAULIAH

Bacaan Lanjut
5 SELEBRITI LELAKI YANG BERKAHWIN LEBIH TIGA KALI

5 SELEBRITI LELAKI YANG BERKAHWIN LEBIH TIGA KALI

Bacaan Lanjut
MENGAPA TOM CRUISE TIDAK LAGI DIBENARKAN MEMBELI BUGATTI?

MENGAPA TOM CRUISE TIDAK LAGI DIBENARKAN MEMBELI BUGATTI?

Bacaan Lanjut
ATURAN CINTA TOM CRUISE & SHAKIRA

ATURAN CINTA TOM CRUISE & SHAKIRA

Bacaan Lanjut
CINTA SHAWN MENDES BERALIH ARAH KEPADA WANITA MUDA

CINTA SHAWN MENDES BERALIH ARAH KEPADA WANITA MUDA

Bacaan Lanjut

TAN SRI MICHELLE YEOH TERCALON, TOM CRUISE DIKETEPIKAN ANUGERAH GOLDEN GLOBES 2023

Bacaan Lanjut