GAYA FESYEN RETRO LELAKI: INSPIRASI KLASIK UNTUK PENAMPILAN MODEN
Bersiap sedia untuk menghidupkan semula gaya klasik retro dengan sentuhan moden yang penuh stail? Bayangkan anda mengenakan jaket kulit ala Tom Cruise atau jeans denim seperti James Dean. Tiada yang lebih segak daripada memberi penghormatan kepada ikon-ikon gaya zaman dulu sambil mengekalkan vibe maskulin kontemporari.
Tidak mengejutkan fesyen retro yang menjadi kegilaan wanita, kini lelaki pun sudah mula menggemarinya. Menerokai estetik vintaj memberi mesej yang penuh dengan gaya unik, di mana setiap helaian pakaian membawa cerita tersendiri. Bayangkan anda sedang melangkah ke dalam almari masa yang dipenuhi harta karun fesyen! Ia adalah ekspresi gaya yang mencerminkan aura elegan era dahulu, kini kembali menjadi sebagai simbol cool yang abadi.
GAYA RETRO UNTUK LELAKI: 5 IDEA & TIPS STAIL UNTUK TAMPIL BERGAYA DAN MODEN
1. JAKET KULIT

Dari jaket bomber era 1940-an hingga jaket biker tahun 1950-an, jaket kulit sudah telah lama menjadi uniform bagi mereka yang berani dan ikonik tanpa usaha. Ada sesuatu tentang menyarungkan jaket kulit yang terus memberi anda aura yakin, penuh keberanian, seolah-olah anda sedia untuk berdepan dunia dengan gaya tersendiri. Sama ada anda memilih gaya moto klasik atau reka bentuk minimalis yang elegan, jaket kulit adalah item wajib bagi setiap lelaki yang menggemari gaya vintaj.
2.KNITTED SWEATER

Foto: Billkin dan Chris Evans
Jika anda mahukan gaya minimalis dan segak, cuba knitted sweater untuk lelaki. Ia adalah cara terbaik untuk menambah gaya retro dalam almari pakaian anda tanpa berlebihan. Kini, baju ini sangat trendy kerana penggunaan fabrik yang lembut bukan sahaja membuatkan anda selesa dan hangat, tetapi juga warna dan coraknya menambah elemen keseronokan pada penampilan.
3.BOOTCUT JEANS

Seluar bell-bottom atau jeans flare sangat popular pada tahun 70-an dan 80-an, dan kini mereka kembali bergaya. Pada era 1970-an, seluar ini menjadi ikon fesyen untuk lelaki, terinspirasi oleh budaya disko dan hippie. Jeans ini adalah pilihan fesyen yang luar biasa dan cara yang hebat untuk mengekspresikan personaliti anda. Anda boleh gayakan secara kasual atau lebih formal bergantung kepada taste anda. Boleh dipadankan dengan pelbagai jenis baju seperti polo atau turtleneck, menjadikannya cukup serba boleh untuk dipadankan dengan pelbagai pakaian yang ada dalam almari anda.
4. BAND T-SHIRT

T-shirt band adalah cara yang terbaik dan mudah untuk menghidupkan kembali gaya klasik masa lalu. Mereka hadir dalam pelbagai warna, corak, gaya, bentuk, dan saiz. T-shirt band seperti Nirvana boleh dipadankan dengan hampir apa saja dari jeans, seluar pendek, hingga seluar sporty. Pakaian ini sangat sesuai untuk mereka yang mahukan gaya vintaj lama tetapi tetap ingin kelihatan terkini dengan pilihan pakaian mereka.
5. BANDANA

Rekaan bandan geometri yang menarik boleh menambah elemen grafik kepada t-shirt putih yang simple, manakala tekstur sutera akan memberikan sentuhan elegan kepada sut biasa untuk gaya yang benar-benar menonjol. Bandana mungkin satu-satunya aksesori lelaki yang boleh dilihat dipakai oleh bintang rock, pencinta streetwear muda, dan Wall Street pada masa yang sama, cuma dengan gaya yang berbeza.
Pautan Berkaitan:PIQUARDO PERKENAL KOLEKSI FW24: ERA BAHARU ITALI DAN INOVASI TEKNOLOGI
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 JAM TANGAN MEWAH DENGAN ‘STYLE EQUITY’ TERTINGGI 2026
Cari jam tangan mewah pelaburan terbaik 2026. Terokai 5 jam tangan mewah yang menawarkan Style Equity tinggi untuk gaya maskulin moden.
MEN’S FASHION WEEK SS27: BARISAN DUTA GLOBAL & BINTANG KPOP YANG DIJANGKA MENGGEGARKAN ‘FRONT ROW’
Jelajahi jangkaan barisan duta global dan bintang K-Pop di pentas Menswear RTW SS27. Ikuti perkembangan trend terkini bersama GLAM LELAKI.
BOGGI MILANO MERAIKAN KEHANGATAN PIALA DUNIA 2026 BERSAMA KOLEKSI EKSKLUSIF
Boggi Milano melancarkan Koleksi Kapsul Piala Dunia 2026 di TRX. Terokai gaya sukan mewah lelaki urban moden di sini.
MANIFESTASI ADIBUSANA LOEWE DI PADANG HIJAU
Rumah fesyen LOEWE membawakan manifestasi adibusana eksklusif ke padang hijau selaku rakan rasmi pasukan bola sepak kebangsaan Sepanyol.
CONCERT LOOK: JENAMA MALAYSIA YANG SESUAI UNTUK GAYA KONSERT ANDA
Inspirasi gaya street luxury maksimum ke konsert akan datang dengan padanan eksklusif jenama tempatan popular pilihan GLAM Lelaki.
ALPHA, BOY GROUP PALING ‘STUNNING’ & BERPENGARUH TAHUN INI
Kenali kumpulan ALPHA, ikon M-Pop paling berpengaruh tahun ini. Ketahui rahsia estetika visual dan dominasi karya hebat mereka sekarang.











