Skip to content

ATURAN CINTA TOM CRUISE & SHAKIRA

ATURAN CINTA TOM CRUISE & SHAKIRA

Kongsikan artikel ini
1 of 2

‘Perlumbaan’ cinta kini bermula untuk penyanyi Latin berstatus solo, Shakira.

Tom Cruise dan pelantun Hips Don’t Lie itu dirakam meluangkan masa bersama di Formula 1 Grand Prix di Miami pada hujung minggu lalu. Kini, satu sumber mengesahkan kepada Page Six bahawa aktor berusia 61 tahun itu benar-benar berhasrat mahu menjalin hubungan cinta dengan Shakira. “Ada tarikan kimia yang kuat antara mereka.”

shakira

Foto: Getty Images

Shakira Tom Cruise

Foto: Getty Images

Hubungan mereka dilihat terjalin dengan mudah tanpa sebarang halangan. Tom Cruise tidak dikaitkan dengan mana-mana wanita sejak setahun lalu manakala Shakira, 46, pula baru sahaja berpisah dengan kekasihnya, Gerard Pique. Hubungan mereka putus di tengah jalan Jun lalu setelah bekas pemain bola sepak Sepanyol itu menjalin hubungan sulit dengan Clara Chia Marti yang kini menjadi kekasihnya.

“Shakira memerlukan ‘bahu untuk bersandar’, dan Tom mungkin lelaki yang tepat,” jelas sumber yang mengakui bintang Mission Impossible itu mempunyai beberapa kelebihan termasuk tampan dan berbakat besar. “Dan ketinggiannya tidak melebihi Tom,” tambah sumber, merujuk kepada bekas isteri aktor itu yang jauh lebih tinggi daripadanya iaitu Katie Holmes dan Nicole Kidman. Tom Cruise berketinggian 170cm manakala Shakira pula 157cm.

1 of 2

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

ALPHA

ALPHA, BOY GROUP PALING ‘STUNNING’ & BERPENGARUH TAHUN INI

Bacaan Lanjut
KILAUAN JAM TANGAN MEWAH CHOPARD DI GALA AMFAR CANNES 2026

KILAUAN JAM TANGAN MEWAH CHOPARD DI GALA AMFAR CANNES 2026

Bacaan Lanjut
EYKA FARHANA & AKHYAR RASHID KONGSI DETIK KELAHIRAN MUHAMMAD LUAY KHAYR

EYKA FARHANA & AKHYAR RASHID KONGSI DETIK KELAHIRAN MUHAMMAD LUAY KHAYR

Bacaan Lanjut
THE DEVIL WEARS PRADA 2: EVOLUSI KUASA DAN SURVIVAL FESYEN DI ERA DIGITAL

THE DEVIL WEARS PRADA 2: EVOLUSI KUASA DAN SURVIVAL FESYEN DI ERA DIGITAL

Bacaan Lanjut
jalil hamid

MENGENANG JALIL HAMID, DARI KOMEDI SATIRA KE DRAMA JIWA

Bacaan Lanjut
EVOLUSI WATAK DAN KARISMA AEDY ASHRAF DALAM 5 FILEM IKONIK

EVOLUSI WATAK DAN KARISMA AEDY ASHRAF DALAM 5 FILEM IKONIK LAKONANNYA

Bacaan Lanjut