Skip to content

MESEJ PENTING DI SEBALIK UCAPAN ‘SELAMAT DATANG’ PERDANA MENTERI BUAT COLDPLAY

MESEJ PENTING DI SEBALIK UCAPAN ‘SELAMAT DATANG’ PERDANA MENTERI BUAT COLDPLAY

Kongsikan artikel ini
1 of 2

Kedatangan Coldplay ke Malaysia untuk menjayakan konsert jelajah dunia mencuri perhatian ramai peminat, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kumpulan rock terkemuka itu bakal tiba di Malaysia pada bulan November bagi menjayakan siri jelajah Music Of The Spheres World Tour. Ini merupakan konsert sulung Coldplay dan dijadualkan berlangsung pada 22 November 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

coldplay

Kumpulan yang dianggotai oleh Chris Martin, Jonny Buckland, Guy Berryman dan Will Champion itu memulakan siri jelajah pada bulan Mac lalu di Costa Rica. Persembahan mereka diteruskan di beberapa lokasi di seluruh pelosok dunia termasuk Tokyo, Kaohsiung (Taiwan), Jakarta, Perth seterusnya Kuala Lumpur.

Menerusi satu perkongsian di Facebook, Perdana Menteri mengalukan kedatangan Coldplay ke Malaysia dengan menitipkan ucapan ‘selamat datang’ berserta mesej istimewa. “Coldplay, selamat datang ke Malaysia. Ayuh kita bekerjasama, melindungi alam sekitar dan menjaga keselamatan dunia. Terima kasih,” kata beliau dalam video yang dimuat naik berserta kapsyen, “Jumpa anda pada bulan November!”

@utusantimur

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengalu-alukan kedatangan kumpulan muzik ternama dari United Kingdom, Coldplay ke Malaysia pada November depan. #coldplay #coldplaymalaysia #malaysiamadani #utusantimur

♬ original sound – Utusan Timur – Utusan Timur

1 of 2

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

COLDPLAY BUAT PERMOHONAN MAAF KEPADA RAKYAT MALAYSIA

COLDPLAY BUAT PERMOHONAN MAAF KEPADA RAKYAT MALAYSIA

Bacaan Lanjut
kumpulan search

KONSERT ‘FANTASIA BULAN SALJU’ SEARCH BAKAL MENGGEGARKAN ARENA OF STAR, RESORT WORLD GENTING

Bacaan Lanjut
RAHSIA PERHUBUNGAN CHRIS MARTIN & DAKOTA JOHNSON

RAHSIA PERHUBUNGAN CHRIS MARTIN & DAKOTA JOHNSON

Bacaan Lanjut
BTS, COLDPLAY UNGGULI CARTA BILLBOARD

BTS, COLDPLAY UNGGULI CARTA BILLBOARD

Bacaan Lanjut
MARK HOPPUS BLINK-182 AKHIRNYA DEDAH JENIS KANSER YANG DIHIDAPI

MARK HOPPUS BLINK-182 AKHIRNYA DEDAH JENIS KANSER YANG DIHIDAPI

Bacaan Lanjut
PM INDIVIDU PERTAMA MENERIMA DOS LENGKAP PFIZER-BIONTECH

PM INDIVIDU PERTAMA TERIMA DOS LENGKAP PFIZER-BIONTECH

Bacaan Lanjut