Skip to content

“THE GREATEST STORY EVER WORN” MERAIKAN 150 TAHUN JEANS IKONIK LEVI’S® 501®

Kongsikan artikel ini

Bersempena dengan ulang tahun ke-150, Levi’s® meraikan seluar jean 501® Original yang menjadi ikon gaya global dengan kempen “The Greatest Story Ever Worn”.

Kehadiran 2023 menandakan detik permulaan ulang tahun ke-150 salah satu ikon gaya global yang terunggul. Levi’s® meraikan seluar jean 501® Original yang telah digayakan oleh jutaan ikon fesyen, penggerak budaya, pemain kreatif, penggerak perubahan, dan penggemar risiko melalui pelancaran kempen “The Greatest Story Ever Worn”.

 

levi's Malaysia

 

Dalam meraikan kegemilangannya selama 150 tahun, Levi’s® turut menghasilkan sebuah filem pendek yang menjadi sebahagian daripada kempen ini. Filem pendek ini diarahkan oleh Martin de Thurah dan Melina Matsoukas yang bertajuk “The Greatest Story Ever Worn” dalam menerokai kisah keraian 150 tahun seluar jean 501® dari seluruh dunia.

 

 

Paul O'Neill

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai seluar jean Levi’s® yang ikonik ini, GLAM lelaki berbicara bersama Pengarah Desain, Levi Strauss & Co., Paul O’Neill:

Levi’s® 501® meraikan ulang tahun ke-150 tahun ini. Apakah makna ikon ini kepada anda?

Ia sudah menjadi seluar jean pilihan sejak saya berusia 12 tahun lagi. Saya masih ingat saat saya membeli buat pertama kali. Rakan saya, Barry Ryan yang tinggal berhampiran rumah saya, ibu bapanya selalu memakai jean tersebut dan mereka turut membelikan untuk Barry. Saya sentiasa mengagumi seleksi jeannya, dan pada Hari Krismas ibu saya memberikan duit untuk membeli 501®. Lantas saya mendapatkan sepasang jean Levi’s® 501® yang pertama di Dublin bersama Barry. Saya memakainya bersama kemeja-t thrash metal dan jaket biker pada Krismas itu. Dan saya masih mempunyai foto kami menggayakannya di ruang tamu rumah saya.

Apabila berbicara tentang Levi’s® 501®, apakah perkataan pertama yang terlintas dalam fikiran anda?

Ikonik! Levi’s® 501® adalah ikon gaya yang sebenar. Ia hanyalah sepasang seluar denim biru potongan lurus dan kekal sehingga ke hari ini. Itulah yang membuatnya timeless. Ia menjangkaui fesyen, jantina, politik dan sentiasa relevan.

Sebagai Pengarah Desain untuk Levi’s® Collections, apakah yang anda boleh kongsi tentang seluar denim ini?

Levi’s® 501® harus menjadi satu desain yang kekal untuk jenama ini. Fesyen sentiasa berubah di seluruh dunia, tetapi kami perlu melindunginya sebagai ikon dan kekal relevan untuk 150 tahun akan datang.

 

levi's Malaysia

 

Bagaimana Levi’s® 501® boleh menjadi sebahagian daripada budaya remaja dan subbudaya?

Ia bermula pada 1940-an dengan menyaksikan American GI memakai kemeja-t putih bersama seluar denim 501®  sebagai gaya kasual. Sebelum itu, kemeja-t putih dianggap sebahagian daripada pakaian dalam dan seluar jean ini pula hanya dipakai oleh pekerja biasa. Padanan ini terus menjadi pilihan oleh Hollywood untuk filem seperti “The Wild Ones” yang menampilkan Marlon Brando. Selepas itu, Levi’s® 501® terus diangkat ke dalam subbudaya untuk setiap generasi yang berterusan sehingga hari ini.

Bagaimana warisan 501® terus memacu desain Levi’s® pada hari ini?

501® membantu kami untuk memahami desain asli dan keindahan desain praktikal.  Ia adalah contoh sebenar fungsi rekaan dan menjadi tunjang kepada pereka-pereka Levi’s® untuk menghasilkan rekaan seluar jean. Walaupun kami banyak menghasilkan produk yang mengikut trend fesyen semasa, kami hanyalah penjaga kepada 501®. Saya percaya proses mendalami seluar jean ini akan menjadikan kami pereka yang lebih baik.

Siapakah pemakai Levi’s® 501®?

Anda, saya dan semua orang.

Boleh anda kongsikan selebriti dan ikon yang pernah menggayakan Levi’s® 501®?

Marlon Brando, Bob Dylan, Patti Smith, Kate Bush, Kurt Cobain, Snoop Dog dan Steve Jobs. Senarai yang tidak akan berakhir, daripada pekerja buruh kepada kerabat diraja.

 

Levi's Steve jobs

Seluar 501® milik Steve Jobs

 

Kongsikan aspek desain mengenai seluar jean Levi’s terutamanya 501® dan juga Levi’s® Vintage Collection?

Fokus kepada 501®, ia menjalani evolusi secara perlahan dan secara khusus pada pakaian kerja, ia bermula pada 1873 sebagai waist overall dengan satu poket di belakang, kancing tali pinggang sins dan butang suspender. Ia bergerak seiring dengan masa dengan tambahan poket belakang kedua dan gelung tali pinggang serta pengasingan pada butang suspender dan kancing tali pinggang sins. Transisi daripada pakaian kerja kepada pakaian kasual, dan menjelang 1940-an ia berevolusi menjadi seluar jean lima poket yang kita semua tahu dan suka hari ini.

Menerusi Levi’s® Vintage Clothing kami menghasilkan semula 501® untuk meraikan evolusi yang dilalui dan kini ia mempunyai lapan model 501 dalam koleksi ini dari 1873 sehingga 1966. Bukan sahaja kami mahu meniru potongan asal tetapi juga mengembalikan kesemua perincian pada desain. Dari setiap inci jahitan kepada kualiti metal yang digunakan pada butang dan pasak.

Apakah langkah seterusnya buat Levi’s® 501®?

501® akan kekal sebagai seluar jean biru potongan lurus buat setiap generasi untuk menggayakannya. Walaupun kami meraikan kegemilangan ulang tahun ke-150, saya percaya ia masih lagi dalam pengembaraan awal dan akan kekal relevan pada tahun-tahun mendatang.

Apakah cara terbaik penggayaan Levi’s® 501® untuk lelaki hari ini?

Tiada peraturan, there is no bad way to wear 501®. Apa yang penting anda akan berasa seperti diri sendiri apabila menggayakannya.

 

levi's 501

 

Anda adalah pengumpul piring hitam. Apakah lagu atau penyanyi yang sesuai merefleksikan Levi’s® 501®?

Bob Dylan yang pertama terlintas dalam fikiran saya. Dia sentiasa memakai 501® dan dia telah melalui banyak perjalanan yang mengagumkan.

Kongsikan satu fakta menarik mengenai Levi’s® 501®?

Seluar jean 501® dihasilkan untuk semua. Ia boleh didapati dalam variasi harga, dari potongan klasik kepada desain fit juga rekaan artisan Jepun. Siluetnya yang timeless dan bergaya untuk semua orang, tanpa mengira umur dan bentuk tubuh. Walaupun fesyen mengalami perubahan, Levi’s® 501® kekal sama sehingga kini. There is a lot to be said about that!

 

Koleksi Levi’s® 501® Original Terbaharu

levi's 501

 

Musim ini, Levi’s® meraikan legasi denim legenda sepanjang zaman menerusi pedanan baharu, disamping mempersembahkan himpunan keseluruhan keluarga Levi’s® 501® dengan suntikan penuh warisan. Mengimbau lembaran sejarah, Levi’s® mengambil inspirasi secara langsung daripada kemasan arkib dan menghasilkan untuk gaya era ini. Ia juga lebih unik dengan menambah elemen buatan tangan yang kemas dan premium serta pembaharuan pada ikon gaya sepanjang zaman.

 

levi's 501

 

Koleksi 501® ’54 menceduk inspirasi daripada siluet 501® 1954. Ia padanan sesuai yang menepati trend fesyen terkini dalam portfolio keluarga 501®. Ia menampilkan padanan lurus pada paha, melekap di pinggang dan mempunyai potongan kaki lurus yang lebih langsing. Kemasan moden juga digandingkan dengan elemen tampalan kraf/pembaikan/ kuilt bermusim untuk melengkapkan gaya kemuncak keseluruhan.

 

Koleksi Levi’s® 501® boleh didapati di semua stor Levi’s® di Malaysia atau secara atas talian di sini.

 

Foto: Levi’s® Malaysia

Baca lebih lanjut: 7 STAIL FESYEN PELAKON ‘PROJEK: HIGH COUNCIL’ YANG BOLEH JADI RUJUKAN LELAKI MASA KINI

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

Paris fashion week 2024

15 GAYA SELEBRITI LELAKI TERBAIK DI PARIS FASHION WEEK FALL 2024

Bacaan Lanjut
Sisley Malaysia

SISLEY BUKA STOR FLAGSHIP PERTAMA DI MALAYSIA

Bacaan Lanjut
fashion week 2024

30 GAYA SELEBRITI LELAKI TERBAIK DI FASHION WEEK MENSWEAR 2024

Bacaan Lanjut

LIVESTREAM – SAKSIKAN PEMENTASAN VALENTINO LE CIEL MEN FALL/WINTER 2024 DI SINI

Bacaan Lanjut
Louis Vuitton Men

LIVESTREAM – SAKSIKAN PEMENTASAN LOUIS VUITTON MEN FALL WINTER 2024 DI SINI

Bacaan Lanjut

6 MASALAH GAYA YANG SERING DIHADAPI LELAKI MENURUT PAKAR FESYEN

Bacaan Lanjut