Skip to content

MESEJ PENTING DI SEBALIK UCAPAN ‘SELAMAT DATANG’ PERDANA MENTERI BUAT COLDPLAY

MESEJ PENTING DI SEBALIK UCAPAN ‘SELAMAT DATANG’ PERDANA MENTERI BUAT COLDPLAY

Kongsikan artikel ini
2 of 2

Sumbangan Coldplay Buat Malaysia

Ramai peminat teruja dengan ucapan Perdana Menteri meraikan kedatangan kumpulan dari United Kingdom itu, malah ada yang menyangka beliau merupakan salah seorang peminat. Bagaimanapun kebanyakannya tidak memberi perhatian pada mesej penting mengenai alam sekitar yang diselit dalam ucapan Perdana Menteri.

coldplay

Pasti ramai tidak menyedari bahawa Coldplay pernah menabur jasa terhadap Malaysia dengan menyumbang mesin memerangkap sampah sungai, Interceptor 005 pada 2022 bernilai RM3.2 juta. Ia merupakan kolaborasi mereka bersama pertubuhan tidak berasaskan keuntungan dari Belanda, The Ocean Cleanup. Matlamat mereka adalah untuk mencegah sampah dan pencemaran daripada masuk ke dalam laut.

“Jika tiada tindakan, mungkin akan ada lebih banyak plastik daripada ikan di lautan pada 2050. Sebab itulah kerja The Ocean Cleanup sangat penting. Kami bangga menaja Interceptor 005 yang akan memerangkap ribuan tan sampah sungai sebelum ia sampai ke lautan,” kata kumpulan yang mementingkan kelestarian alam itu.

Menurut Boyan Slat, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif The Ocean Cleanup, Malaysia merupakan negara pertama yang menerima Interceptor 005. Mesin ini adalah yang kedua di Malaysia selepas Interceptor 002 yang telah beroperasi di Sungai Klang sejak Ogos 2019.

 

Foto: Facebook/Los Angeles Times

Pautan berkaitan: MENGAPA KELESTARIAN ALAM MENJADI KEUTAMAAN KERABAT DIRAJA BRITAIN?

2 of 2

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

COLDPLAY BUAT PERMOHONAN MAAF KEPADA RAKYAT MALAYSIA

COLDPLAY BUAT PERMOHONAN MAAF KEPADA RAKYAT MALAYSIA

Bacaan Lanjut
kumpulan search

KONSERT ‘FANTASIA BULAN SALJU’ SEARCH BAKAL MENGGEGARKAN ARENA OF STAR, RESORT WORLD GENTING

Bacaan Lanjut
RAHSIA PERHUBUNGAN CHRIS MARTIN & DAKOTA JOHNSON

RAHSIA PERHUBUNGAN CHRIS MARTIN & DAKOTA JOHNSON

Bacaan Lanjut
BTS, COLDPLAY UNGGULI CARTA BILLBOARD

BTS, COLDPLAY UNGGULI CARTA BILLBOARD

Bacaan Lanjut
MARK HOPPUS BLINK-182 AKHIRNYA DEDAH JENIS KANSER YANG DIHIDAPI

MARK HOPPUS BLINK-182 AKHIRNYA DEDAH JENIS KANSER YANG DIHIDAPI

Bacaan Lanjut
PM INDIVIDU PERTAMA MENERIMA DOS LENGKAP PFIZER-BIONTECH

PM INDIVIDU PERTAMA TERIMA DOS LENGKAP PFIZER-BIONTECH

Bacaan Lanjut