MENGAPA KELESTARIAN ALAM MENJADI KEUTAMAAN KERABAT DIRAJA BRITAIN?
Perubahan iklim dan kelestarian alam sekitar telah menjadi misi filantrofi utama kerabat Britain sejak berdekad lalu yang diturunkan dari generasi ke generasi.
Kini dengan ancaman lebih besar dan berbahaya, misi memulihara dan melindungi alam menjadi kepentingan baru bagi Putera William, Kate Middleton, Putera Harry dan Meghan Markle.
“Generasi muda Diraja memberi lebih tumpuan kepada perubahan iklim kerana kita telah mencapai titik kritikal,” jelas Victoria Arbiter, pengulas Diraja dan pengarang Queen Elizabeth II: Pocket Giants. Cuaca ekstrem telah mendorong rakyat dan kerajaan di seluruh dunia untuk melaksanakan perubahan jangka panjang.
Dengan memberi keutamaan kepada pemulihan Bumi, Putera William dan Harry mengikut jejak langkah bapa serta datuk mereka, Raja Charles III dan mendiang Putera Philip. Raja Charles mendahului zamannya dengan menangani kesan buruk penggunaan plastik serta pencemaran kimia dan udara lebih 50 tahun lalu.

Foto: PA Images/Alamy
Tags
Artikel Yang Berkaitan
THE TOMMY X SHAWN CLASSICS REBORN, DUKUNG KELESTARIAN ALAM
Tommy Hilfiger dan Shawn Mendes berkolaborasi dalam koleksi eksklusif untuk masa hadapan dengan Classics Reborn musim bunga 2023.
PUTERA EDWARD DIKURNIA GELARAN YANG PERNAH MENJADI MILIK PUTERA PHILIP
Adik bongsu Raja Charles III, Putera Edward diberi gelaran baharu sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-59.
PATUNG LILIN PUTERA WILLIAM & KATE MIDDLETON DIANGGAP MENGERIKAN
Sebuah muzium lilin di Poland dikecam di media sosial kerana memaparkan patung Putera dan Puteri Wales yang dikategorikan sebagai gagal.
PUTERA HARRY DISAHKAN MENGHIDAP GANGGUAN MENTAL KALA WAWANCARA SECARA LANGSUNG
Strim langsung Putera Harry bersama pakar terapi Dr Gabor Mate baru-baru ini tanpa sengaja membongkar satu lagi masalah mental yang dihidapinya.
RAJA CHARLES RAMPAS PEMBERIAN RATU ELIZABETH II KEPADA PASANGAN SUSSEX
Keterlanjuran Putera Harry mendedahkan sisi gelap keluarganya kepada umum dalam memoir Spare ternyata membawa padah.
ED SHEERAN & ADELE TOLAK JEMPUTAN KONSERT PADA HARI PERTABALAN RAJA CHARLES III
Raja Charles III telah pun memilih penghibur kegemarannya untuk membuat persembahan di konsert pertabalan, namun kini terpaksa berdepan kekecewaan.