Skip to content

JUNGKOOK DEDAH RAHSIA DAPATKAN SIX PACK UNTUK DEBUT SOLO, SEVEN

JUNGKOOK DEDAH RAHSIA DAPATKAN SIX PACK UNTUK DEBUT SOLO, SEVEN

Kongsikan artikel ini

Ahli kumpulan BTS, Jungkook telah menjadi sumber inspirasi kecergasan buat peminat selama bertahun-tahun.

Dia pernah mengakui obses dengan six pack miliknya dan jarang dilihat duduk diam apabila ada masa terluang. Jika ada waktu senggang antara sesi penggambaran, Jungkook akan bersenam untuk meningkatkan tenaga.

Baru-baru ini penyanyi berusia 26 tahun itu berkongsi pelan diet ketat dan rejim kecergasan amalannya dalam episod terbaharu Suchwita. Jungkook berkata, dia bekerja keras untuk mendapatkan perut berotot seperti yang dipamerkan dalam foto promosi lagu solo pertamanya, Seven.

jungkook

Foto: BigHit Music

Jungkook Amalkan Intermittent Fasting

Dikenali dengan six pack dan susuk kekar, pendedahan penyanyi itu tentang tabiat pemakanan dan rutin senamannya membuatkan netizen tertarik. Kongsinya kepada hos Suchwita, Suga, dia mengamalkan intermittent fasting atau puasa rawatan – pelan diet yang semakin mendapat perhatian di kalangan pengamal kesihatan.

Jungkook BTS mengikuti jadual puasa yang agak ketat iaitu 20:4, bermakna 20 jam tempoh berpuasa dan empat jam tempoh makan. Walaupun pelan diet ini dilihat sukar, dia mengakui tidak terlalu obses dan mengambil pendekatan seimbang terhadap kesihatan serta kecergasan.

“Saya rasa 20:4 ideal untuk tubuh saya. Tapi saya tidak obses, saya tidak melakukannya secara keterlaluan,” jelasnya.

 Jungkook

Foto: Kpoppo

Jungkook berkata dia memilih kaedah ini untuk mempersiapkan diri bagi penggambaran debut solo Seven yang dijalankan di Amerika Syarikat. Dia turut mengikuti rutin senaman intensif untuk dapatkan susuk kekar idaman ramai.

Jelas dia amat berdedikasi mengekalkan penampilan, bukan sahaja untuk tujuan estetik tetapi juga untuk mempersembahkan yang terbaik buat peminat.

Kejayaan Seven

Pemilik nama Jeon Jung-kook ini mencuri perhatian dunia bulan lalu apabila Seven mencipta sejarah di Spotify dengan memperoleh 30 juta strim dua hari selepas dilancarkan. Video muziknya yang menampilkan aktres The World Of The Married, Han Soo Hee pula meraih dua juta tanda suka di YouTube dalam tempoh satu jam lima puluh lapan minit.

Seven menjadi lagu penyanyi solo lelaki terpantas melepasi angka 30 juta strim di Spotify sejak dikeluarkan. Pencapaian itu sekali gus menewaskan rekod yang dipegang Harry Styles menerusi lagu popularnya, As It Was.

Ia turut mengangkat Jungkook sebagai penyanyi solo K-Pop terpantas mencapai kejayaan sebegitu besar, mengukuhkan lagi pengaruh dan popularitinya dalam industri muzik.

Foto: Bighit Music

Pautan berkaitan: JIMIN PINTAS KEJAYAAN JUNGKOOK DALAM GUINESS WORLD RECORD

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

DIET YANG BERKESAN UNTUK LELAKI 2023

Bacaan Lanjut
JUNGKOOK LANCAR ALBUM 3D: THE REMIXES KOLABORASI BERSAMA JACK HARLOW

JUNGKOOK LANCAR ALBUM 3D: THE REMIXES KOLABORASI BERSAMA JACK HARLOW

Bacaan Lanjut
JUNGKOOK PECAH REKOD SPOTIFY MENERUSI LAGU SOLO PERTAMA, SEVEN

JUNGKOOK PECAH REKOD SPOTIFY MENERUSI LAGU SOLO PERTAMA, SEVEN

Bacaan Lanjut
TIP DIET AMALAN LIMA BINTANG HOLLYWOOD TERKENAL

TIP DIET AMALAN LIMA BINTANG HOLLYWOOD TERKENAL

Bacaan Lanjut
PETUNJUK KOLABORASI JUNGKOOK BTS & JUSTIN BIEBER

PETUNJUK KOLABORASI JUNGKOOK BTS & JUSTIN BIEBER

Bacaan Lanjut
10 IKON ASIA YANG MEMBERI IMPAK BESAR TERHADAP DUNIA PADA 2022

10 IKON ASIA YANG MEMBERI IMPAK BESAR TERHADAP DUNIA PADA 2022

Bacaan Lanjut