MILAN & PARIS FASHION WEEK MEN’S SS27: SIAPA SELEBRITI ASIA YANG HADIR?
Seperti biasa, Milan dan Paris Fashion Week SS27 kali ini dihadiri oleh selebriti Asia yang mewakili jenama masing-masing, dengan penuh gaya.
Milan dan Paris Fashion Week Men’s Spring/Summer 2027 sekali lagi membuktikan bahawa pentas fesyen lelaki kini bukan sekadar tentang koleksi pakaian baharu, tetapi juga menjadi medan pertemuan terbesar antara dunia fesyen, hiburan dan budaya pop global. Dari barisan hadapan pertunjukan di Milan sehinggalah ke venue ikonik di Paris, kehadiran selebriti Asia tahun ini nyata mencuri tumpuan dan menghangatkan suasana.
Gelombang pengaruh selebriti Asia dalam industri fesyen mewah semakin sukar dinafikan. Bintang dari Korea Selatan, Jepun, Thailand serta China kini bukan sahaja menjadi tetamu jemputan eksklusif, malah ramai yang memegang status duta global buat rumah fesyen ternama. Kehadiran mereka secara langsung memberi impak besar terhadap liputan media, engagement di media sosial, serta relevansi jenama dalam kalangan generasi muda.
Apa yang menarik, fashion week kali ini juga memperlihatkan diversiti gaya yang lebih ketara. Daripada tailoring klasik yang sofistikated, streetwear moden yang edgy, sehinggalah eksperimen siluet avant-garde yang mencabar norma fesyen lelaki. Setiap selebriti hadir dengan interpretasi gaya tersendiri, menjadikan front row hampir sama menarik dengan koleksi di runway.
Jadi, siapakah selebriti Asia yang paling mencuri perhatian sepanjang Milan & Paris Fashion Week Men’s SS27? GLAM Lelaki senaraikan wajah-wajah yang paling hangat diperkatakan.
Milan Fashion Week
Di Milan Fashion Week, nama-nama besar seperti Kim Woo-bin, Meen Nicha, Henry Golding, dan JJ Lin membawa aura elegan di pertunjukan Ralph Lauren, manakala dunia K-pop terus mendominasi dengan kemunculan Soobin, Jaehyun NCT, ENHYPEN, dan HAN Stray Kids di acara jenama mewah seperti Dolce & Gabbana, Prada, dan Tod’s.
#1 Kim Woobin – Ralph Lauren
#2 Meen Nicha – Ralph Lauren
#3 Henry Golding – Ralph Lauren

#4 JJ Lin – Ralph Lauren

#5 Soobin – Dolce & Gabbana
#6 Jung Jaehyun (NCT) – Prada
#7 PP Naravit – Prada
#8 ENHYPEN – Prada
#9 HAN (Stray Kids) – Tods
Baca: MEN’S FASHION WEEK SS27: BARISAN DUTA GLOBAL & BINTANG KPOP YANG DIJANGKA MENGGEGARKAN ‘FRONT ROW’
Paris Fashion Week
Sementara itu, Paris Fashion Week Men’s SS27 menyaksikan lebih ramai selebriti Asia mengambil alih spotlight. Dari kehadiran bintang global seperti Jimin, J-Hope, dan V dari BTS, hinggalah kepada nama-nama popular seperti BamBam, Jackson Wang, Yuta, Bright, Ahn Hyo-seop, serta Joshua Hong, setiap kemunculan mereka membuktikan pengaruh budaya Asia dalam landskap luxury fashion semakin besar.
#1 Juhoon, Seonghyeon, Keonho (CORTIS) – Dior

#2 Jimin (BTS) – Dior

#3 James, Martin (CORTIS) – YSL

Baca: KENALI KUMPULAN K-POP GENERASI TERKINI, CORTIS
#4 Kento Yamazaki – YSL

#5 Ahn Hyo-seop – YSL

#6 Chen Zhe Yuan – YSL

#7 BamBam, Jackson (GOT7) – Louis Vuitton
#8 J-Hope (BTS) – Louis Vuitton

#9 Yuta (NCT) – Louis Vuitton

#10 Fourth Nattawat – Louis Vuitton
#11 Choi Woo-shik – Ami Paris
#12 Bright – Ami Paris

#13 Dori Sakurada & Ayaka Miyoshi

#14 Jongho (ATEEZ)

#15 Tu Tontawan

#16 Joshua Hong (Seventeen) – Amiri

#17 V (BTS) – Celine

#18 Mingi (ATEEZ) – Christian Louboutin

#19 Seonghwa – SONGZIO
Pautan berkaitan: PRADA SS27, MENENTANG ‘USELESS DESIGN’
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
SENSASI HEATED RIVALRY BAWA HUDSON WILLIAMS KE RUNWAY DSQUARED2
Hudson Williams membuka show Dsquared2 di Milan Fashion Week, memperkukuh pengaruhnya sebagai bintang televisyen dan ikon fesyen baru.
PARK BO-GUM KINI DUTA OMEGA, MEMAKAI KOLEKSI SEAMASTER PLANET OCEAN DALAM KEMPEN RASMI
Bagi Park, menjadi duta OMEGA merupakan satu penghormatan besar dan peluang berkongsi falsafah dan nilai jenama tersebut peringkat global.
DIOR JETT, BEG BAHARU FOKUS DIOR UNTUK MUSIM BUNGA 2026
Dior Jett, siluet baharu antara warisan dan kemodenan. Beg musim baharu yang patut dimiliki. Terdapat dua rekaan sebagai pilihan peribadi.
5 JENAMA YANG PERNAH RIDZMAN ZIDAINE, MODEL MALAYSIA, PERAGAKAN DI FASHION WEEK
Ridzman Zidaine semakin mendapat perhatian di pentas fesyen global apabila wajahnya sering menghiasi runway rumah-rumah fesyen ternama dunia.
GL THE MAN AWARDS 2025, “GAME CHANGER”-RIDZMAN ZIDAINE
Ridzman Zidaine melakar sejarah sebagai model lelaki Malaysia pertama di melewati pentas Louis Vuitton untuk beberapa musim berturut-turut.
EYKA FARHANA, AMEERA KHAN, CHRISTINNA KUAN DI MILAN DAN PARIS FASHION WEEK SS26
Milan dan Paris Fashion Week SS26 kali ini membuka tirainya dengan penuh glamor, lebih-lebih lagi dengan kehadiran wajah tempatan.













