GL THE MAN AWARDS 2025, “GAME CHANGER”-RIDZMAN ZIDAINE
Teks & temu bual: BATRISYIA FAISAL
RIDZMAN ZIDAINE MELAKAR SEJARAH SEBAGAI MODEL LELAKI MALAYSIA PERTAMA DI PENTAS LOUIS VUITTON SECARA KONSISTEN UNTUK BEBERAPA MUSIM DAN KOLEKSI JENAMA TERKEMUKA DUNIA LAIN, ANTARANYA MAISON MARGIELA, KID SUPER, WALES BONNER, EMPORIO ARMANI, TODD SNYDER.
RIDZMAN KINI BUKAN SEKADAR WAJAH FESYEN. DIA ADALAH SUARA PERUBAHAN, KEBERANIAN DAN KEBANGGAAN BANGSA. DARI KUALA LUMPUR KE PARIS, LANGKAHNYA MEMBUKTIKAN BAHAWA IDENTITI TIDAK PERNAH MENGHALANG POTENSI.
Bagaimana anda menggambarkan diri anda hari ini berbanding lima tahun lalu?
Saya akan menggambarkan diri saya hari ini sebagai seorang yang jauh lebih yakin, berdikari dan mencukupi berbanding lima tahun yang lalu. Dalam tempoh itu, saya banyak belajar tentang erti tanggungjawab, ketekunan dan kepercayaan terhadap diri sendiri.
Apakah risiko terbesar yang pernah anda ambil dalam kerjaya, dan bagaimana hasilnya?
Risiko terbesar yang pernah saya ambil pastinya apabila saya melangkah keluar dari zon selesa dan mencuba menembusi pasaran Eropah. Ia bukan keputusan yang mudah, tetapi saya tahu langkah berani itu perlu diambil untuk membawa diri dan dapat bekerja untuk jenama yang lebih besar. Proses menyesuaikan diri dengan budaya, cita rasa, dan persaingan di sana benar-benar menguji daya tahan saya, namun pengalaman itu juga membuka pintu kepada banyak peluang baharu.
Di luar kerjaya, apakah perkara yang paling anda minati?
Saya amat meminati dunia automotif, senjata api dan pakaian. Untuk senjata api, saya lebih gemar pistol Glock, namun menggunakan rifle juga memberikan satu kepuasan tersendiri. Selain itu, pakaian dan gaya adalah cara saya mengekspresikan siapa diri saya; ia menjadi cerminan.
Apakah erti ‘good style’ buat anda sebagai seorang lelaki?
Pada saya, stail yang baik bermula apabila seseorang itu menyedari kekurangan dirinya dan tahu bagaimana untuk menyesuaikan gaya agar tetap kelihatan menyerlah. Ia bukan tentang meniru orang lain, tetapi tentang memahami diri sendiri. Apa yang sesuai, apa yang tidak, dan bagaimana untuk mempersembahkan diri dengan cara yang paling autentik.
Berkait dengan tema #BOSSRecognizeBOSS, bagaimana anda pastikan anda kekal relevan sebagai seorang ‘Boss’ dalam industri yang diceburi?
Saya selalu mengingatkan diri bahawa walaupun saya berada di tangga paling atas sekalipun, saya tetap akan kekal menjadi ‘Boss’!
Artikel berkaitan: GL THE MAN AWARDS 2025, “MAN OF INFLUENCE”-HAN PIN
Tags
Artikel Yang Berkaitan
RECAP GL THE MAN AWARDS 2026: MERAIKAN GAYA LELAKI MODEN
GLAM Lelaki kembali dengan GL The Man Awards buat tahun 2026.
GL THE MAN AWARDS 2026, “VISI KREATIF” – M. SHAFFUAN
Sebagai pengarah kreatif generasi baharu, M. Shaffuan hadir dengan bakat, idea segar serta perspektif kreatif yang sentiasa melangkaui kebiasaan.
GL THE MAN AWARDS 2026, “STYLE TASTEMAKER” – ZAID ARIF
Setelah lebih sedekad meniti dunia fesyen lelaki moden, Zaid Arif, pengasas Zeve, membuktikan bahawa dunia kreatifnya tidak terhad kepada satu cabang.
GL THE MAN AWARDS 2026, “BRAND OF THE YEAR” – ALL LOVE
Dengan identiti segar dan pendekatan yang seiringan dengan budaya lelaki moden, ALL LOVE kini menjadi antara jenama tempatan yang cukup dekat dengan generasi muda.
GL THE MAN AWARDS 2026, “STYLE HERO” – MIERUL AIMAN
Nama yang sememangnya semakin besar dalam dunia lakonan, Mierul Aiman juga aktif dalam dunia fesyen dengan jenamanya, DreamKid.
GL THE MAN AWARDS 2026, “GAME CHANGER” – ASHRAF ANUAR
Ketekunan Ashraf Anuar menjadi peneraju utama disebalik kejayaan SVG Worldwide.











