GL THE MAN AWARDS 2025, “STAIL TERBAIK”-IQIE
Teks & temu bual, BATRISYIA FAISAL
IQIE, VOKALIS & GITARIS INSOMNIACKS, DINOBATKAN SEBAGAI “STAIL TERBAIK”-GL THE MAN AWARDS 2025. STAIL YANG SENTIASA LUAR BIASA, MODEN, BERANI DAN MENCERMINKAN PERJALANAN SENINYA DALAM MUZIK. SETIAP PENAMPILAN ADA CERITA DAN IA TENTANG BAGAIMANA MUZIK DAN FESYEN BERSATU.
Bagaimana anda menggambarkan diri anda hari ini berbanding lima tahun lalu?
Tahun 2020 penuh dengan ketidaktentuan tentang masa depan, terutamanya ketika pandemik COVID-19. Untuk saya dan Insomniacks, kami tidak pasti bagaimana industri muzik akan berubah berbanding sebelumnya. Kami selalu ingatkan diri kami, selagi kami ikhlas dengan karya kami, semuanya akan baik. Alhamdulillah, lima tahun kemudian, kami masih berkembang dan menikmati perjalanan ini.
Tahun ini, kami genap 10 tahun. Saya bukanlah tidak sangka kami boleh berada sejauh ini, kerana kesetiaan terhadap kumpulan ini memang sudah ada sejak awal lagi.
Apakah risiko terbesar yang pernah anda ambil dalam kerjaya, dan bagaimana hasilnya?
Risiko terbesar yang saya dan banda saya, Insomniacks pernah ambil ialah apabila salah satu lagu kami ditolak oleh label dan hampir dibatalkan. Namun, kami tetap berkeras untuk meneruskannya. Bagi kami, jadi atau tidak, biarlah. Akhirnya lagu itu menjadi satu hits yang mengubah hidup kami, Pulang.
Di luar kerjaya, apakah perkara yang paling anda minati?
Saya minat bersukan, terutamanya bola sepak. Saya mula bermain bola pada umur 15 tahun, agak lewat berbanding orang lain. Tapi sampai sekarang ia jadi salah satu minat utama saya selain muzik. Pasukan kegemaran saya ialah Arsenal.
Apakah erti ‘good style’ buat anda sebagai seorang lelaki?
Bagi saya, gaya yang baik bukan diukur daripada apa yang seseorang itu pakai, tetapi sejauh mana dia selesa dengan apa yang dipakai. Keselesaan itu paling penting.
Berkait dengan tema #BOSSRecognizeBOSS, bagaimana anda pastikan anda kekal relevan sebagai seorang ‘Boss’ dalam industri hiburan?
Dengan team saya yang sentiasa saling menyokong. Itu yang buat saya rasa seperti seorang ‘Boss’. Saya tak terlalu fikir tentang relevan atau tidak. Selagi orang yang saya sayang masih bersama saya, itu sudah cukup.
Artikel berkaitan: GL THE MAN AWARDS 2025, “CREATIVE VISIONARY”- MASYADI MANSOOR
Tags
Artikel Yang Berkaitan
BARISAN BINTANG THAI YANG WAJIB ANDA KENALI SEKARANG
Kenali barisan pelakon lelaki Thai paling berpengaruh yang kini merajai pentas fesyen global. Ketahui ikon kegemaran jenama mewah di sini.
5 JENAMA KASUT LOKAL & ANTARABANGSA MENGUBAH SEMPADAN GAYA LELAKI KINI
Ketahui 5 jenama kasut penentu trend fesyen lelaki moden 2026. Sempurnakan padanan gaya urban dengan pilihan siluet berimpak tinggi.
5 SELEBRITI A-LIST PILIHAN DI BARIS HADAPAN PRADA SS27
Dari Pond Naravit hingga Jaafar Jackson, saksikan 5 gaya selebriti A-list terbaik di baris hadapan Prada Menswear.
BOGGI MILANO MERAIKAN KEHANGATAN PIALA DUNIA 2026 BERSAMA KOLEKSI EKSKLUSIF
Boggi Milano melancarkan Koleksi Kapsul Piala Dunia 2026 di TRX. Terokai gaya sukan mewah lelaki urban moden di sini.
MANIFESTASI ADIBUSANA LOEWE DI PADANG HIJAU
Rumah fesyen LOEWE membawakan manifestasi adibusana eksklusif ke padang hijau selaku rakan rasmi pasukan bola sepak kebangsaan Sepanyol.
CONCERT LOOK: JENAMA MALAYSIA YANG SESUAI UNTUK GAYA KONSERT ANDA
Inspirasi gaya street luxury maksimum ke konsert akan datang dengan padanan eksklusif jenama tempatan popular pilihan GLAM Lelaki.











