Skip to content

gote club

GL THE MAN AWARDS 2025, “MAN OF INFLUENCE”-HAN PIN

Kongsikan artikel ini

GL THE MAN AWARDS 2025, “MAN OF INFLUENCE”-HAN PIN. SEBAGAI USAHAWAN BERJAYA, PENGASAS GOTE.CLUB YAKNI JENAMA PENJAGAAN LELAKI DAN PENCIPTA KANDUNGAN BERPENGARUH-HAN PIN TERUS MENGINSPIRASI GENERASI LELAKI MODEN DENGAN VISI, GAYA DAN KEPIMPINAN YANG LUAR BIASA. INI BARU PERMULAAN PADANYA. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by GLAM Lelaki (@glamlelaki)

Bagaimana anda menggambarkan diri anda hari ini berbanding lima tahun lalu?

Dulu saya sibuk mengejar peluang dan selalu mahu buktikan sesuatu. Hari ini, saya lebih banyak mencipta peluang dan saya nampak lebih jelas bahawa kejayaan sebenar ialah bila kita berkembang dengan tenang, matang, dan seimbang.

Apakah risiko terbesar yang pernah anda ambil dalam kerjaya, dan bagaimana hasilnya?

Risiko terbesar yang pernah saya lakukan adalah berani melepaskan sesuatu yang selesa untuk kejar sesuatu yang tidak pasti. Pada masa itu ramai yang ragu-ragu dengan saya, tapi keputusan itu membuka jalan kepada pengalaman dan kejayaan yang membentuk siapa saya hari ini.

Di luar kerjaya, apakah perkara yang paling anda minati?

Bagi saya, kemewahan sebenar ialah masa. Masa untuk keluarga, untuk kembara, dan untuk menikmati seni. Semua itu memberi saya perspektif dan keseimbangan dalam hidup.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by GLAM Lelaki (@glamlelaki)

Apakah erti ‘good style’ buat anda sebagai seorang lelaki?

Good style, pada saya bukan hanya tentang pakaian. Ia tentang keyakinan, kesederhanaan, dan bagaimana kita membawa diri dengan hormat dan autentik. Pakaian boleh jadi mahal, tetapi aura tak boleh dibeli.

Berkait dengan tema #BOSSRecognizeBOSS, bagaimana anda pastikan anda kekal relevan sebagai seorang ‘Boss’ dalam industri yang diceburi?

Saya akan pastikan diri saya sentiasa belajar mendengar, dan beradaptasi. Industri ini bergerak pantas, jadi bagi saya seorang ‘Boss’ sebenar bukan hanya mencipta ruang untuk diri sendiri, tetapi juga membuka jalan untuk orang lain turut bersinar.

Artikel berkaitan: GL THE MAN AWARDS 2025, “CREATIVE VISIONARY”- MASYADI MANSOOR

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

GL THE MAN AWARDS 2026, “VISI KREATIF” – M. SHAFFUAN

GL THE MAN AWARDS 2026, “VISI KREATIF” – M. SHAFFUAN

Bacaan Lanjut
GL THE MAN AWARDS 2026, “STYLE TASTEMAKER” – ZAID ARIF

GL THE MAN AWARDS 2026, “STYLE TASTEMAKER” – ZAID ARIF

Bacaan Lanjut
GL THE MAN AWARDS 2026, “BRAND OF THE YEAR” – ALL LOVE

GL THE MAN AWARDS 2026, “BRAND OF THE YEAR” – ALL LOVE

Bacaan Lanjut
GL THE MAN AWARDS 2026, “STYLE HERO” – MIERUL AIMAN

GL THE MAN AWARDS 2026, “STYLE HERO” – MIERUL AIMAN

Bacaan Lanjut
GL THE MAN AWARDS 2026, “GAME CHANGER” – ASHRAF ANUAR

GL THE MAN AWARDS 2026, “GAME CHANGER” – ASHRAF ANUAR

Bacaan Lanjut
GL THE MAN AWARDS 2026, “STAIL TERBAIK” – YM TENGKU BAKAR

GL THE MAN AWARDS 2026, “STAIL TERBAIK” – YM TENGKU BAKAR

Bacaan Lanjut