Skip to content

KONSERT + TRIP LUAR NEGARA: TEMPAT MENARIK DALAM ASIA ANDA PATUT SINGGAH!

KONSERT + TRIP LUAR NEGARA: TEMPAT MENARIK DALAM ASIA ANDA PATUT SINGGAH!

Kongsikan artikel ini

Kini, pergi ke konsert boleh jadi lebih teruja dengan trip Asia on the side. Sudah tiba masanya anda upgrade trip konsert anda!

Generasi Z sekarang menjadikan konsert sebagai hobi. Menghadiri konsert di luar negara, tetapi masih dalam Asia menjadi salah satu aktiviti kesukaan mereka. Dua dalam satu, bercuti dan menghadiri konsert. Daripada terbang ke Bangkok demi festival muzik, hinggalah ke Seoul untuk konsert K-pop, ramai kini memilih untuk memanjangkan perjalanan dengan meneroka lokasi-lokasi hip dan trending di bandar tersebut.

Jika anda sudah berbelanja untuk tiket konsert dan penerbangan, apa salahnya tambah satu atau dua hari untuk explore kawasan cool yang penuh dengan budaya lokal, kafe menarik, butik indie dan spot Instagram-worthy?

Berikut merupakan tujuh lokasi di Asia yang wajib anda singgah ketika trip konsert anda.

#1 Siam Square — Bangkok

Kalau anda ke Bangkok untuk konsert, jangan lepaskan peluang singgah ke Siam Square. Kawasan ini sering dianggap sebagai nadi budaya pop anak muda Bangkok. Dipenuhi butik fesyen tempatan, kafe estetik, restoran viral dan kedai merchandise, Siam Square menawarkan pengalaman urban yang cukup hidup. Bagi peminat fesyen, ini tempat terbaik untuk mencari jenama lokal Thailand yang sedang meningkat naik. Pada waktu malam pula, kawasan ini menjadi lebih meriah dengan lampu neon dan crowd muda yang fashionable.

trip konsert asia

#2 Blok M — Jakarta

Blok M kini menjadi antara kawasan paling happening di Jakarta. Dulu terkenal sebagai kawasan komersial biasa, kini Blok M mengalami transformasi menjadi hotspot generasi muda. Anda akan menemui coffee shop artisan, kedai vinyl, restoran hidden gem dan ruang kreatif yang menjadi tempat lepak anak seni Jakarta. Vibe di sini cukup santai tetapi penuh karakter. Sesuai untuk healing selepas night concert yang penuh adrenaline.

#3 Haji Lane — Singapura

Terletak di kawasan Kampong Glam, Haji Lane terkenal dengan lorong kecil penuh mural berwarna-warni dan butik unik. Walaupun kecil, kawasan ini mempunyai aura yang cukup besar dalam dunia gaya hidup Singapura. Di sini, anda boleh shopping pakaian indie, menikmati kopi specialty atau sekadar bergambar dengan street art yang aesthetic. Jika anda ke Singapura untuk konsert di Singapore Indoor Stadium atau National Stadium, Haji Lane ialah pit stop yang sempurna.

trip konsert asia

 

#4 New Bahru — Singapura

Antara lokasi terbaru yang semakin mendapat perhatian di Singapura ialah New Bahru. Dibangunkan dalam bangunan sekolah lama, ruang ini menggabungkan elemen nostalgia dan moden dalam satu lokasi. Ia menempatkan pelbagai kafe premium, kedai konsep dan jenama lifestyle tempatan. Jika anda sukakan tempat yang lebih eksklusif dan less touristy, New Bahru patut ada dalam itinerary anda.

trip konsert asia

#5 Seongsu-dong — Korea Selatan

Jika Seoul ada Brooklyn versi Korea, itulah Seongsu-dong. Kawasan ini terkenal dengan kilang lama yang diubah menjadi kafe hipster, gallery seni dan flagship store jenama mewah. Banyak jenama besar membuka pop-up di sini, menjadikan Seongsu destinasi wajib untuk fashion lovers. Tambahan pula, ramai idol K-pop dan selebriti Korea gemar berkunjung ke kawasan ini, jadi siapa tahu anda mungkin terserempak dengan selebriti kegemaran.

#6 Shimokitazawa — Tokyo

Bagi yang ke Tokyo, Shimokitazawa ialah hidden gem yang wajib diterokai. Kawasan ini terkenal sebagai syurga thrift shopping, muzik indie dan budaya underground Tokyo. Lorong-lorong kecilnya dipenuhi kedai vintage, record store dan kafe cozy yang memberi vibe sangat artsy. Jika anda mahukan pengalaman Tokyo yang lebih autentik dan jauh daripada kesibukan bandar utama, Shimokitazawa adalah jawapannya.

Konsert sememangnya pengalaman yang sukar dilupakan, tetapi trip yang lengkap datang dengan eksplorasi bandar yang turut memberi memori baharu. Jadi, untuk trip konsert seterusnya di Asia, jangan terus balik selepas show tamat—luangkan masa untuk meneroka kawasan-kawasan menarik ini dan jadikan perjalanan anda lebih bermakna.

Pautan berkaitan: CORTIS, ZARA LARSSON, JAMES ARTHUR DAN RAMAI LAGI LINE-UP SINGAPORE GP 2026

Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

Sorry, we couldn't find any posts. Please try a different search.