Skip to content

PERSEMBAHAN ISTIMEWA BUNGA ISME DI KONSERT COLDPLAY

PERSEMBAHAN ISTIMEWA BUNGA ISME DI KONSERT COLDPLAY

Kongsikan artikel ini
1 of 2

Tuah menyebelahi penyanyi hip hop, Bunga Isme apabila dipilih untuk membuat persembahan pembukaan di konsert Coldplay disaksikan 85,000 penonton.

Konsert Coldplay Music of Spheres World Tour dijadualkan berlangsung pada 22 November 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil. Bunga Isme atau nama sebenarnya Noor Ayu Fatini memaklumkan dia ditawarkan peluang keemasan itu dua bulan lalu sebelum jualan tiket dibuka di Malaysia.

Bunga isme konsert Coldplay

Foto: Instagram

“Saya menerima tawaran daripada pihak Coldplay sendiri dua bulan lalu. Alhamdulillah saya sangat gembira dan terkejut apabila ditawarkan untuk membuat persembahan pembukaan kumpulan muzik terkenal dunia itu. Saya sendiri meminati dan membesar dengan lagu-lagu Coldplay. Sudah tentu tawaran yang saya terima ini tidak akan disia-siakan,” katanya menurut laporan Kosmo! Online. Bunga Isme akan mendendangkan tiga lagu termasuk Intan Payung dan Buai. Akuinya, persiapan akan dibuat selepas sambutan Aidiladha memandangkan dia kini sedang sibuk dengan pengajian.

1 of 2