GABUNGAN HEBAT NMIXX DAN DOLLA UNTUK K-WAVE SUPER CONCERT KUALA LUMPUR
Ratu muzik genre-bending dari JYP Entertainment, NMIXX bakal menggegarkan pentas Kuala Lumpur pada 31 Ogos 2025 ini di K-Wave Super Concert.
Dikenali dengan bunyi Mixx Pop yang berani serta pengaruh fesyen yang tidak dapat disangkal, NMIXX akan berada di Idea LIVE Arena, 3 Damansara buat pertama kalinya. Ini merupakan kemunculan pertama NMIXX di Malaysia selepas 3 tahun debut. NMIXX terus mendefinisikan semula muzik K-Pop, sentiasa mencabar batas dengan setiap lagu mereka. Daripada debut mereka yang menggemparkan dengan O.O hingga ke DICE yang penuh fantasi. Lagu kegemaran ramai, Love Me Like This serta DASH yang rancak, kebanyakkan lagu mereka seringkali tular. Kumpulan wanita ini menyajikan pengalaman muzik yang luar biasa dan berbeza dari yang lain. Konsert ini bakal menjadi persembahan penuh genre campuran, pameran vokal hebat dan tarian memukau yang akan membuatkan penonton terpaku.

Selepas memukau peminat di jelajah NMIXX CHANGE UP: MIXX LAB mereka di Australia dan Bangkok, kini giliran Kuala Lumpur menerima tenaga luar biasa mereka. Mereka juga menghangatkan pentas berprestij seperti Music Bank World Tour di Madrid dan KCON LA. Nantikan senarai lagu yang padat dengan hit popular dan lagu kegemaran peminat yang menonjolkan kehebatan mereka secara langsung. NMIXX juga akan disertai dengan kumpulan wanita Malaysia, DOLLA. Gabungan dua kumpulan wanita dengan genre girl crush ini amat dinantikan oleh NSWER dan iDOLLA.
Impak NMIXX Dalam Dunia Hiburan
Selain muzik, NMIXX turut dikenali sebagai ikon fesyen K-pop yang tidak dapat disangkal. Terkenal dengan gaya yang sentiasa berubah dan berani, mereka menjadi pencetus trend. Daripada perlantikan sebagai duta global jenama mewah Loewe, hinggalah penggayaan persalinan pentas mereka yang unik. Selain Loewe, NMIXX turut dilantik sebagai duta Asia jenama fesyen GUESS. Kyujin, ahli termuda kumpulan ini merupakan duta rasmi Beidelli.
NMIXX merupakan kumpulan wanita dari Korea Selatan yang ditubuhkan oleh SQU4D, sub-label kepada JYP Entertainment. Terdiri daripada enam ahli yang sangat berbakat, Lily, Haewon, Sullyoon, Bae, Jiwoo, dan Kyujin memulakan debut mereka pada Februari 2022 dengan album single AD MARE. Mereka diraikan kerana genre unik MIXX POP, gabungan pelbagai gaya muzik, serta persembahan yang bertenaga, meletakkan penanda aras baharu dalam dunia muzik global.
Pautan Berkaitan: 8 KONSERT K-POP PEMINAT HARAP BAKAL HADIR DI MALAYSIA
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
DOLLA UKIR SEJARAH DI PARIS, 12 LAGU DIPERSEMBAHKAN BUAT LEBIH 2,000 PENONTON
DOLLA mencipta sejarah sebagai kumpulan wanita Malaysia pertama yang membuat persembahan di Paris menerusi festival The A Music Festival
8 LAGU BAHARU TEMPATAN ANDA PATUT DENGAR SEPANJANG BULAN OKTOBER 2026
Tiba masanya untuk update playlist lagu anda sempena bulan Oktober 2026 dengan keluaran lagu-lagu dari artis tempatan.
5 ARTIS LOKAL UNTUK DIDENGARI SEANDAINYA ANDA MEMINATI KUMPULAN ALPHA
Lihatkan lima artis lokal yang berkongsi latar bunyi bersama ALPHA, daripada DUKES hinggalah Aisha Retno.
COMEBACK K-POP SEPANJANG SEPTEMBER 2026 ANDA PATUT NANTIKAN!
Bulan September 2026 dipenuhi dengan comeback yang bakal menggegarkan duni peminat K-Pop seluruh dunia dari pelbagai genre.
BIGBANG LANCAR SINGLE BAHARU, ‘BIIIG’ SEMPENA ULANG TAHUN KE-20
Penantian akhirnya berakhir! BIGBANG kembali semula dengan single baharu berjudul "BiiiG" sebagai hadiah ulang tahun ke-20 mereka.
KEMUNCULAN SEMULA HENLEY SHIRT DALAM TREND GAYA LELAKI TERKINI
Henley shirt kembali dalam dunia fesyen sebagai salah satu trend terkini dalam kalangan lelaki muda yang inginkan gaya lebih kasual.











