FOTOGRAFI INTIM JACOB ELORDI BUAT CARTIER LOVE UNLIMITED
Menghangatkan lagi LOVE Unlimited, wajah Jacob Elordi dirakam dalam pelbagai gaya oleh kakaknya sendiri, Isabella Elordi.
Meneruskan evolusi koleksi ikonik, Cartier LOVE Unlimited memperkenalkan interpretasi baharu, merangkumi rantai emas sepenuhnya yang elegan serta gelang tangan dan cincin bertatahkan berlian.
Menggabungkan keindahan alunan bentuk, kilauan memukau dan ketukangan luar biasa. Rangkaian ciptaan terbaharu ini meraikan sebuah visi cinta tanpa batas, melangkaui segala definisi. Teralun umpama reben keemasan, rantai LOVE Unlimited kini tampil dengan lebih elegan. Tersedia dalam emas merah jambu, emas kuning, dan emas putih bersalut rodium, susunan pautan berukir (gadrooned) yang tampak mengalir ini diserlahkan lagi dengan skru LOVE yang tersendiri – satu gabungan antara kepintaran teknikal dan ketukangan yang halus.
Sebagai sebuah interpretasi sofistikated terhadap reka bentuk asal, koleksi LOVE Unlimited baharu turut memperkenalkan rekaan yang dihiasi berlian. Berlian potongan bulat terpahat berkilauan, menggantikan skru LOVE ikonik oleh Maison.
Dilengkapi dengan tetapan berbentuk skru yang dibangunkan khusus oleh Cartier serta kancing paten yang tidak kelihatan, gelang-gelang ini juga boleh disambungkan, digayakan secara berlapis, atau dipadankan dengan rekaan asal yang diperbuat sepenuhnya daripada emas. Ia membenarkan interpretasi bebas bagi setiap yang memakai, sekali gus menawarkan pelbagai kemungkinan dalam ekspresi diri.
Fotografi intim Jacob Elordi
Menghangatkan lagi LOVE Unlimited baharu, Jacob Elordi membawa interpretasi sendiri dengan siri fotografi intim. Wajah Jacob Elordi dirakam dalam pelbagai gaya oleh kakaknya sendiri, Isabella Elordi. Sejak diperkenalkan tahun 1969, LOVE menjadi sebuah koleksi yang telah mencabar kelaziman. Kempen ini mencerminkan kebebasan, keintiman, dan semangat abadi koleksi LOVE.
Artikel berkaitan: HUDSON WILLIAMS X BVLGARI, WAJAH BAHARU, STATUS BERBEZA
Mengintegrasikan fesyen dan advokasi, one article at a time.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
MUARA HOROLOGI: 5 SOROTAN JAM TANGAN BAHARU SEPANJANG OKTOBER
Terokai sorotan jam tangan terbaharu Oktober yang menyatukan warisan, inovasi dan estetika kontemporari.
6 JAM TANGAN ALTERNATIF BAGI CARTIER TANK LOUIS
Berikut ialah 6 jam tangan alternatif untuk anda lihat sekiranya kita berkongsi jam tangan impian yang sama.
BUKU SEBAGAI AKSESORI: TREND LELAKI BERINTELEKTUAL
Lihat bagaimana selebriti dunia menjadikan naskhah fizikal sebagai pelengkap personaliti yang sangat berkarisma.
6 IKON GLOBAL & OBSESI MEREKA TERHADAP PEMBACAAN
Terokai 6 ikon global daripada Jacob Elordi ke Dua Lipa yang membuktikan buku adalah aksesori paling karismatik.
LIGHTING THE PATH: DUA DEKAD REVOLUSI SOSIAL CARTIER
Raikan 20 tahun Cartier Women’s Initiative 2026 di Bangkok. Terokai inovasi 30 usahawan wanita global menerusi tema "Lighting the Path".
THE DRAMA KING: AMIR AHNAF
Amir Ahnaf berkongsi obsesinya terhadap seni, tanggungjawab membentuk landskap industri, dan bagaimana fesyen menjadi refleksi identiti.











