Skip to content

6 JAM TANGAN ALTERNATIF BAGI CARTIER TANK LOUIS

6 JAM TANGAN ALTERNATIF BAGI CARTIER TANK LOUIS

Kongsikan artikel ini

Berikut ialah 6 jam tangan alternatif untuk anda lihat sekiranya kita berkongsi jam tangan impian yang sama.

Cartier Tank Louis… seutas jam tangan yang diimpikan oleh GLAM Lelaki. Apa sahaja yang tidak dapat dicintai tentangnya? Arloji klasik ini bersifat timeless, bersaiz kompak, dapat dipakai secara effortless dari siang ke malam, dan sesuai digayakan untuk apa jua acara. Lihat sahaja bagaimana ia menjadi jam tangan go-to untuk kerabat diraja dan selebriti, termasuklah mendiang Puteri Diana, ahli tinju Muhammad Ali, dan bintang lakonan Jacob Elordi. Tidak dapat dinafikan, Cartier Tank dalam pelbagai lelarannya merupakan salah satu jam tangan yang paling signifikan, mudah dikenali, dan cukup ikonik.

Kali pertama Cartier memperoleh nama dalam industri pembuatan jam tangan adalah dengan pelancaran Cartier Santos pada tahun 1904. Ia direka khas oleh Louis Cartier buat Alberto Santos-Dumont sebagai penentu masa yang mudah dibaca. Rekaannya yang terikat pada pergelangan tangan menjadi alternatif praktikal bagi kegunaan kokpit berbanding jam poket pada masa itu. Kemenangan horologi besar kedua Cartier pula bermula ketika Perang Dunia I pada tahun 1917. Reka bentuk Cartier Tank berinspirasikan ketenteraan, iaitu kreasi segi empat tepat unik kereta kebal Renault FT-17. Mengintergrasikan bentuk bekas yang unik dengan nama kereta kebal, dengan itu, lahirlah sebuah ikon.

GL telah mengimpikan Cartier Tank Louis ini buat terlalu lama – sehinggakan GL mula mencari setiap rekaan alternatifnya. Memintas pelbagai titik harga, meneliti rekaan yang paling hampir dengan the ultimate dream watch. Seperti Cartier Tank Louis, aspek non-negotiable yang dicari oleh GL termasuklah fitur angka roman, tali kulit hitam, dan sudah tentunya, dail segi empat. Berikut ialah enam jam tangan alternatif untuk anda lihatkan seandainya kita berkongsi jam tangan impian yang sama.

 

1. Fossil Raquel Three-Hand Date Black Leather Watch

 

2. Seiko Essentials Collection

 

3. Longines DolceVita

Longines DolceVita Men's Black Leather Strap Watch | Ernest Jones

 

4. Citizen EW5622-09P

 

5. Frederique Constant Classics Carrée Small Seconds

 

6. Maurice Lacroix Fiaba Square

Maurice Lacroix Fiaba Square - 24 x 34 mm

Pautan berkaitan: JAM TANGAN BERSAIZ KECIL PILIHAN LELAKI MODEN 2026

Mengintegrasikan fesyen dan advokasi, one article at a time.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

MUARA HOROLOGI: SOROTAN JAM TANGAN BAHARU SEPANJANG OKTOBER

MUARA HOROLOGI: 5 SOROTAN JAM TANGAN BAHARU SEPANJANG OKTOBER

Bacaan Lanjut
IWC SCHAFFHAUSEN MEMBAWA IWC. ENGINEERED KE PAVILION KUALA LUMPUR

IWC SCHAFFHAUSEN MEMBAWA PERKHIDMATAN ‘INDIVIDUALISATION’ EKSKLUSIF KE PAVILION KUALA LUMPUR

Bacaan Lanjut
ZARIF GHAZZI MENCERMINKAN KARISMA ROYAL OAK OFFSHORE

ZARIF GHAZZI MENCERMINKAN KARISMA ROYAL OAK OFFSHORE

Bacaan Lanjut
FOSSIL SIGNATURE CS-1, LAMBANG KEKINIANNYA KE DUNIA PEMBUATAN JAM TANGAN SWISS

FOSSIL SIGNATURE CS-1, KEMBALINYA FOSSIL KE ARENA PEMBUATAN JAM TANGAN SWISS

Bacaan Lanjut

7 JAM TANGAN BAHARU BULAN SEPTEMBER 2026!

Bacaan Lanjut
JAM TANGAN BERSAIZ KECIL PILIHAN LELAKI MODEN 2026

JAM TANGAN BERSAIZ KECIL PILIHAN LELAKI MODEN 2026

Bacaan Lanjut