Skip to content

JAM TANGAN BERSAIZ KECIL PILIHAN LELAKI MODEN 2026

JAM TANGAN BERSAIZ KECIL PILIHAN LELAKI MODEN 2026

Kongsikan artikel ini

Tidak lagi perlu memakai jam yang dapat dilihat dari seberang bilik. Enam jam tangan bersaiz kecil ini mencuri perhatian dengan reka bentuk yang tersendiri.

Setiap kali berbicara tentang jam tangan bagi lelaki, seringkali saiz besar seperti 42mm menjadi pilihan ramai. Disebalik keterbacaan, saiznya juga lebih flashy, sesuai dijadikan statement bagi pakaian yang ringkas.

Namun, trend kebelakangan ini menunjukkan peningkatan populariti bagi jam tangan bersaiz kecil. Bukan sahaja saiz, malah ketebalan model baharu bagi Watches and Wonders 2026 juga menampilkan jam-jam ultra nipis, termasuklah Richard Mille RM UP-01 Ferrari 1.75mm dan Bvlgari Octo Finissimo Ultra 1.88mm. Tidak terlupakan, selebriti A-list kegilaan ramai seperti Hudson Williams, Andrew Garfield, dan Apo Nattawin telah membuka jalan untuk trend jam tangan kecil. Penggayaan mereka membuktikan bahawa arloji bersaiz kecil juga mampu memberi impak besar.

Bagi yang baru ingin mula menceburi trend ini, lihatkan enam jam tangan kecil yang digayakan oleh selebriti untuk membuktikan lagi kerelevanannya.

 

1. Rolex Day-Date 

Pertama dalam senarai tidak memerlukan sebarang introduksi. Model ikonik ini hadir dalam pelbagai variasi, saiz, dan warna. Bagi bintang Puerto Rico Bad Bunny, arloji vintaj berdail kayu dan gelang emas kuning 18k menjadi pilihan. Meskipun saiz 36mm dianggap kecil bagi lelaki, rona dan dail uniknya menghadirkan gaya berani.

 

2. Bvlgari Serpenti Tubogas

Bintang Heated Rivalry, Hudson Williams, menjadi burhan bahawa jam tangan saiz kecil juga dapat meninggalkan kesan yang mendalam. Sering dikaitkan sebagai model jam tangan wanita, pemilihan Hudson dalam menggayakan Bvlgari Serpenti Tubogas mencabar norma konvensional jam tangan melilit ini sebagai model uniseks.

 

3. Cartier Tank Louis

Selain lakonan, Jacob Elordi juga memberi pengaruh luas dalam dunia fesyen. Sebelum bergelar duta Cartier, pelakon Euphoria ini sentiasa meragakan jam tangan daripada maison tersebut. Dia mempunyai koleksi Cartier Tank Louis yang cukup luas, dengan variasi warna, model, dan tali yang berbeza.

 

4. Casio A158WA

Cukup klasik, A158WA merupakan salah satu model Casio yang paling popular. Cirinya termasuklah gelang bersepadu, muka digital yang berilhamkan nota vintaj serta reka bentuk keseluruhan yang luhur. Desain ini menjadi pilihan para pelakon, penyanyi, malah CEO. Antara yang pernah dilihat memaikai model kesukaan ramai ini adalah Ryan Gosling.

 

5. Piaget Sixtie

Ambil contoh Apo Nattawin dalam jam tangan Piaget Sixtie. Diinspirasikan oleh gaya flamboyan tahun 1960-an, sarung berbentuk trapez memberi cerminan barang kemas berbanding jam tangan tradisional.

 

6. Jaeger-LeCoultre Reverso

Senarai ini tidak akan lengkap jika tiadanya jam ikonik flippable, Jaeger-LeCoultre Reverso. Digilai internet boyfriends daripada Jeremy Allen White hingga ke Andrew Garfield, jam bersaiz kecil ini menjadi pembicara halus mengenai cita rasa dan pengetahuan jam.

Artikel berkaitan: 5 JAM TANGAN MEWAH DENGAN ‘STYLE EQUITY’ TERTINGGI 2026

Mengintegrasikan fesyen dan advokasi, one article at a time.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

LIMA TIPS PENGGAYAAN FESYEN ALA KABILAN JELEVAN

LIMA TIPS FESYEN UNTUK TAMPIL BERGAYA ALA KABILAN JELEVAN

Bacaan Lanjut

DAYA TARIKAN TAHAN LASAK LUMINOX ADVENTURE WATCH

Bacaan Lanjut
ANALISIS TREND UTAMA DI PENTAS KLFW 2026

ANALISIS TREND UTAMA DI PENTAS KLFW 2026

Bacaan Lanjut
KOLEKSI JAM TANGAN ERLING HAALAND LEBIH MENGAGUMKAN DARIPADA KOLEKSI HERMÈSNYA

KOLEKSI JAM TANGAN ERLING HAALAND LEBIH MENGAGUMKAN DARIPADA KOLEKSI HERMÈS MILIKNYA

Bacaan Lanjut

FRANCK MULLER MERAIKAN SENI PEDANG SAMURAI DENGAN KOLEKSI VANGUARD DAMASCUS

Bacaan Lanjut
BR-03 GMT GREEN LUM BAHARU BERINSPIRASIKAN RONA NOTHERN LIGHTS

BELL & ROSS BR-03 GMT GREEN LUM BAHARU BERINSPIRASIKAN RONA NOTHERN LIGHTS

Bacaan Lanjut