KOLABORASI PERIBADI RADO DAN TAN JIANCI
Rado memperkenalkan jam tangan Edisi Terhad terbaharu yang dihasilkan melalui kerjasama dengan Duta Jenama Global, Tan Jianci.
Diinspirasikan oleh perairan biru kehijauan yang tenang di Tasik Lungern, Switzerland. True Square Thinline x Tan Jianci Limited Edition menterjemahkan satu detik bermakna daripada perjalanan Tan Jianci baru-baru ini ke dalam muka jam mutiara berwarna biru kehijauan. Terhad kepada 320 unit, jam tangan ini memberi penghormatan kepada tarikh 20 Mac, iaitu ulang tahun rasmi kumpulan peminatnya. Angka “320” telah menjadi simbol penghargaan yang sering disertakan dalam projek-projek khas dan karya yang didedikasikan untuk para peminatnya.

Dalam pengembaraan bintang besar China ke Switzerland baru-baru ini, Tasik Lungern meninggalkan kesan mendalam baginya. Terpesona dengan perairan biru kehijauan serta keindahan yang tenang, idea ini kemudiannya membentuk True Square Thinline x Tan Jianci Limited Edition. Dengan mengubah detik yang singkat menjadi satu karya abadi, jam tangan ini merakam semangat pengalaman yang tidak dapat dilupakan.
Terhad kepada 320 unit, model init turut meraikan kreativiti, hubungan yang bermakna, serta keyakinan untuk bersinar dengan cara yang unik.
SEUTAS PERKONGSIAN KREATIF

Inspirasi peribadi bertemu kepakaran pembuatan jam tangan Switzerland. Karya ini mencerminkan pertukaran idea yang tulus antara Tan Jianci dan Rado. Ukiran “CO-CREATED BY JCT” pada bahagian belakang kerangka jam menjadi bukti abadi di sebalik penghasilan jam tangan.
Selain itu, butiran-butiran halus menambahkan lagi sentuhan Tan Jianci. Warna kuning dapat dilihat pada bahagian belakang kerangka jam, manakala rona cerah yang sama turut dipaparkan pada jarum jam serta logo Rado di atas muka jam. Kontras ini menyerlahkan lagi rona tenang pada dail. Bukan sekadar kolaborasi, ia juga menjadi bukti bahawa karya yang paling bermakna lahir daripada emosi yang tulus dan visi yang berani.
Artikel berkaitan: RADO DIASTAR ORIGINAL SKELETON BAHARU, EKSPRESI BERANI WARNA MUSIM PANAS
Mengintegrasikan fesyen dan advokasi, one article at a time.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
G-SHOCK GMC-2500 DAN GAC-2500 MEMBAWA FUNGSI G-SHOCK KEDALAM REKA BENTUK ANALOG
Casio mengumumkan tambahan terbaharu kepada barisan jam tangan tahan lasak, G-SHOCK, dengan GMC-2500 dan GAC-2500.
AUDEMARS PIGUET ‘THE WATCH KEEPERS’: TERPAKAI DAN DIIKTIRAF
Audemars Piguet memperkenalkan 'The Watch Keepers', perkhidmatan baharu bagi jam tangan Audemars Piguet terpakai yang disahkan.
DNA BERPARALEL BR-05 CHRONO SNOW ROCKET DAN SUKAN LUNCUR SKI
Sifat semulajadi sukan luncur ski mencerminkan DNA BR-05 Chrono Snow Rocket dengan ketepatan, kebolehbacaan, prestasi, dan penguasaan masa.
MUARA HOROLOGI: 5 SOROTAN JAM TANGAN BAHARU SEPANJANG OKTOBER
Terokai sorotan jam tangan terbaharu Oktober yang menyatukan warisan, inovasi dan estetika kontemporari.
IWC SCHAFFHAUSEN MEMBAWA PERKHIDMATAN ‘INDIVIDUALISATION’ EKSKLUSIF KE PAVILION KUALA LUMPUR
Buat pertama kalinya di Malaysia, IWC Schaffhausen membuka peluang kepada para pengunjung untuk merasai pengalaman Perkhidmatan Penyesuaian Individu di aras dua Pavilion Kuala Lumpur.
ZARIF GHAZZI MENCERMINKAN KARISMA ROYAL OAK OFFSHORE
Zarif Ghazzi membuka interpretasi tersendiri terhadap rekaan terbaharu Royal Oak Offshore, menyerlahkan semangat yang kekal relevan serta tenaga berani yang menjadi identiti koleksi ikonik ini.











