IWC SCHAFFHAUSEN MEMBAWA PERKHIDMATAN ‘INDIVIDUALISATION’ EKSKLUSIF KE PAVILION KUALA LUMPUR
Buat pertama kalinya di Malaysia, IWC Schaffhausen membuka peluang kepada para pengunjung untuk merasai pengalaman Perkhidmatan Penyesuaian Individu di Pavilion Kuala Lumpur.
Kepakaraan kejuruteraan bertemu citra abadi kontemporari di IWC Schaffhausen. Buat pertama kalinya di Malaysia, jenama jam tangan Switzerland ini membuka peluang kepada para pemilik jam tangan mereka untuk merasai pengalaman Perkhidmatan Penyesuaian Individu (Individualisation Service) di aras dua Pavilion Kuala Lumpur, berlangsung dari 8 Oktober hingga 4 Disember 2026. Kebiasaannya, perkhidmatan ini hanya disediakan di butik-butik utama IWC yang dipilih.
Tahun ini, IWC meraikan ulang tahun ke-50 Ingenieur SL. Pertama kali diperkenalkan pada tahun 1976 dan direka oleh Gérald Genta, Ingenieur SL menggabungkan kejuruteraan teknikal dengan reka bentuk bersepadu. Ia mewujudkan estetika tersendiri yang terus mencorakkan koleksi Ingenieur sehingga ke hari ini.
Perjalanan merentasi inovasi
Kini, sejarah maison dibangkitkan dalam suasana yang terbuka dan moden, menggabungkan reka bentuk termaju dengan komitmen IWC yang telah lama wujud terhadap seni penceritaan dan kepakaran mekanikal. Di butik pop-up yang hanya bertapak selama dua bulan ini, pengunjung berpeluang untuk mendalami kisah di sebalik koleksi ikonik tersebut sambil menerokai koleksi-koleksi ikonik IWC yang dipamerkan secara khusus. Ini termasuk model Pilot’s Watches, Portugieser, Portofino, dan Ingenieur. Kesemuanya merangkumi pelbagai reka bentuk, daripada jam tangan klasik yang diinspirasikan oleh dunia penerbangan, jam tangan elegan untuk acara rasmi, sehinggalah kepada model teknikal yang berani dan ikonik. Melangkaui sorotan penuh ikonik, pengunjung juga dapat memperibadikan jam tangan Portugieser Chronograph mereka sendiri.

Ringkas namun abadi, model Portugieser Chronograph digilai ramai lantaran gabungan ciri keanggunan dan kesukanannya. Ia telah menjadi salah satu rekaan yang paling dihormati dalam siri Portugieser keluaran IWC. Kini, para pengunjung boleh menyesuaikan setiap elemen jam tangan Portugieser Chronograph mengikut cita rasa tersendiri. Pilihan tersedia daripada pelbagai bahan sarung, warna muka jam dan jarum, kemasan elemen hiasan, serta pilihan tali jam. Pengalaman ini juga dipertingkatkan lagi dengan ukiran peribadi pada bahagian belakang sarung jam. Ini menghasilkan sebuah jam tangan yang unik dan tersendiri, sama seperti pemiliknya.
Artikel berkaitan: 7 JAM TANGAN BAHARU BULAN SEPTEMBER 2026!
Mengintegrasikan fesyen dan advokasi, one article at a time.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
ZARIF GHAZZI MENCERMINKAN KARISMA ROYAL OAK OFFSHORE
Zarif Ghazzi membuka interpretasi tersendiri terhadap rekaan terbaharu Royal Oak Offshore, menyerlahkan semangat yang kekal relevan serta tenaga berani yang menjadi identiti koleksi ikonik ini.
FOSSIL SIGNATURE CS-1, KEMBALINYA FOSSIL KE ARENA PEMBUATAN JAM TANGAN SWISS
Reka bantuk minimalis, identiti jelas, serta ketukangan jam tangan Switzerland menjadi tumpuan utama Fossil Signature CS-1.
7 JAM TANGAN BAHARU BULAN SEPTEMBER 2026!
Lihatkan tujuh sorotan jam tangan baharu yang menjadi tumpuan horologi bulan September.
6 JAM TANGAN ALTERNATIF BAGI CARTIER TANK LOUIS
Berikut ialah 6 jam tangan alternatif untuk anda lihat sekiranya kita berkongsi jam tangan impian yang sama.
JAM TANGAN BERSAIZ KECIL PILIHAN LELAKI MODEN 2026
Tidak lagi perlu memakai jam yang dapat dilihat dari seberang bilik. Lima jam tangan bersaiz kecil ini mencuri perhatian dengan reka bentuk yang tersendiri.
LIMA TIPS FESYEN UNTUK TAMPIL BERGAYA ALA KABILAN JELEVAN
Daripada jam tangan flashy hingga seluar yang tampil baggy, GL melampirkan lima tips fesyen untuk tampil bergaya ala Kabilan Jelevan.











